[ 14 ]

168 20 0
                                    

" Nah. Tukar pakai baju ni. " ujar Yoongi sebaik sahaja satu plastik pakaian mendarat di atas riba Jennie.

Sebentar tadi Yoongi berhentikan keretanya di sebuah butik pakaian wanita untuk membelikan Jennie sepasang baju kering.

" Terima kasih. " ucap Jennie lalu dia meloloskan dirinya keluar dari kereta. Langkahnya diatur menuju ke sebuah tandas awam yang berdekatan untuk menukar baju.

Jennie tersenyum melihat pakaian yang dibeli oleh Yoongi. Memang style dia.

Setelah berpuas hati, Jennie mengatur langkahnya kembali ke kereta Yoongi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah berpuas hati, Jennie mengatur langkahnya kembali ke kereta Yoongi.

" Dah. Kau nak bawa aku ke mana sebenarnya? " soal Jennie. Wajah Yoongi ditatap seketika sebelum beralih ke luar tingkap.

" Tempat untuk kau release tension. Aku tau kau tengah stress sekarang. " balas Yoongi lalu dia terus memulakan pemaduannya.

Jennie hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan mereka. Yoongi turut menyertai Jennie dalam situasi diam seribu bahasa itu.

~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~

Kini, mereka sudah berada di sebuah tasik kecil tetapi amat indah di pandangan mata. Jennie melihat sekelilingnya. Tiada sesiapa di sini kecuali dirinya dan Yoongi.

" Tempat apa ni? Kenapa tak ada orang dekat sini? " soal Jennie lalu dia melabuhkan punggung di atas rumput, bersebelahan dengan Yoongi.

" Ni tanah family aku. Ayah aku buat tempat ni jadi tasik mini. Tapi tempat ni terlarang untuk orang lain sebab tulah takde sesiapa. " balas Yoongi.

Jennie mengangguk tanda faham. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Sudah lama dia tidak merasakan ketenteraman sebegini.

Sejak dia dijual pada Mafia Naga Merah, hidupnya hanyalah dipenuhi dengan senjata dan pembunuhan.

Dia diajar untuk membunuh sesiapa sahaja yang mengacau atau mengganggu nya. Sesiapa sahaja yang menyakitkan hatinya.

Semasa berumur 7 tahun, Jennie telah membunuh seekor anak anjing kerana katanya anak anjing itu tidak mahu bermain dengannya.

Sejak kecil dia telah menjadi seorang psychopath. Penuh dengan dendam, kebencian dan amarah.

" Aku nak kau luah apa yang kau nak luah dekat sini. Percayalah cakap aku, kau akan rasa lega. " ujar Yoongi lalu sebaris senyuman dihadiahkan pada Jennie.

Jennie menarik nafas sedalam mungkin lalu dihembusnya. Tangannya mula menari-nari di atas rumput.

" Aku tak tau kenapa aku hidup macam ni. Aku cuma nak jadi macam remaja perempuan yang lain. Digilai ramai. Semua orang suka. Aku? Heh. Semua benci even aku tak buat apa-apa pun. " luah Jennie. Nyaris sahaja dia mahu mengeluarkan air mata.

Tak. Tak boleh. Dia mahu nampak kuat dihadapan Yoongi walaupun hakikatnya dia sangat lemah.

" Aku penat dengan life aku. Aku nak je bunuh diri tapi aku rasa takde apa yang berbaloi kalau bunuh diri. Aku masih perlu selamatkan kakak aku dan beberapa lagi orang tawanan dekat situ. " sambung Jennie. Keluhan kecil dilepaskan.

Yoongi turut mengeluh. Ya, memang pada awalnya dia geram dengan Jennie. Disebabkan Jennie, dia terpaksa direhatkan dan dipandang rendah oleh bos nya.

Tetapi setelah dia mendengar luahan Jennie, cerita dia, dia dapat rasakan yang Jennie ingin larikan diri dari semua ini tetapi dia tidak tahu bagaimana dan tiada sesiapa yang menolongnya.

" Aku nak balik. " ujar Jennie tatkala dia sedar bahawa air matanya sudah menitik. Ya, dia mahu balik dan meraung sepuas hatinya.

" Kau nak aku hantar kau dekat mana? " soal Yoongi. Takkanlah dia nak hantar Jennie sehingga tiba betul-betul dihadapan bangunan rahsia mereka.

" Hantar je dekat gerai kecil tu. Aku jalan kaki dari situ. " balas Jennie lalu kedua-dua mereka terus bangkit dari duduk dan menuju ke kereta milik Yoongi.

~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~

" Jennie, aku nak kau selinap masuk bilik tawanan tu pastu report dekat aku berapa ramai tawanan dalam tu. Kalau boleh bagitau nama sekali. " ujar Yoongi sebaik sahaja mereka tiba di hadapan gerai itu.

Jennie mengangguk tanda faham. " Aku akan cuba masuk. "

Jennie terus meloloskan dirinya keluar dari kereta Yoongi. Gerai kecil itu dipandang sekilas. Tutup. Mungkin makcik itu tidak lagi larat untuk bekerja.

Langkah diatur laju menuju ke bangunan rahsia itu. Sudah hampir senja, nanti macam-macam pula yang disoal oleh CL.

Setibanya di bangunan itu, kedengaran jelas jeritan seseorang serta tangisan seseorang. Laju saja Jennie berlari masuk ke dalam bangunan.

Terbuntang matanya melihatkan seorang makcik dan pakcik dipukul oleh Bobby dan Jungkook.

" Hey! Berhenti! Apa kau buat ni? " marah Jennie. Makcik dan seorang pakcik yang sudah tua. Kau pukul orang tua? Mana hati perut kau?

" Kau dari mana? Asal lambat balik? " soal Bobby pula. Nafasnya naik turun akibat penat 'memukul' .

" Kau tak perlu tau apa-apa pasal aku. Kenapa kau dan Jungkook pukul makcik dan pakcik ni? Korang tak kesian ke dekat diorang? " soal Jennie. Cuba dia membantu makcik dan pakcik itu untuk bangun dari baring akibat dipukul.

Tatkala Jennie memandang wajah makcik itu, dia baru teringat. Itu ialah makcik yang menjual di gerai kecil itu. Luluh hatinya melihat makcik dan pakcik itu diperlakukan sedemikian.

" Jungkook? Aku tak sangka kau sanggup pukul orang tua..? "

To Be Continued❤

#3 girl from hell [ C ]Where stories live. Discover now