one : caller answer in a letter

7.3K 343 1
                                    

Silauan mentari sang suria disebalik cermin kaca tingkap itu mengganggu lenaku. Mataku yang tertutup rapat digosok gosokkan berkali. Malas mahu menyakitkan mata lagi, segera aku bangun menduduk diatas katil queen itu. Tubuh mungilku mengeliat kecil. Selimut yang membaluti kaki segera aku selak. Tuala purple pastel itu aku ambil lalu mengatur langkah ke arah toilet.

Setelah memastikan diri bersih, almari grey itu aku hampiri. Baju uniform sekolah yang sudah berhanger aku capai.

Yupp. Aku budak sekolah. Sebelum apa apa berlaku, better aku introduce myself. Nama aku, Syasya Hani. Umur, unofficial 15 tahun. Parents? Papa Eric and Mama Wendy. Nice an nama parents aku *flip kening* . Aku bersekolah di Baetylus School. Aku takde lah tahu sangat sejarah sekolah tapi sekolah ni berkait dengan dongeng, fiksyen dan seumpanya lah.

" Sweet!! " laungan satu suara dari arah dapur mengganggu sesi intro meng'intro' Syasya. Nama aku Syasya Hani. Sweet? Erkk maybe. Hani, honey, madu, manis, sweet. Mungkin?

" Yes me " sahut Syasya. Pantulan imej dilihat. Pakaiannya dikemaskan lagi. Totebag galaxy disangkutkan dibahunya. Langkah diatur keluar bilik, anak tangga dituruni perlahan.

Haruman makanan yang terhidang di atas meja panjang itu mengoncang nafsu deria makan Syasya. Punggung dilabuhkan.

Pelbagai jenis makanan terhidang, hanya sandwich yang aku ambil. Sekadar alas perut sahaja. Sandwich disumbatkan ke mulut lalu dikunyah perlahan. Papa dan mama yang masih tidak memakai pakaian rasmi office dipandang hairan.

" Papa mama tak kerja ke? " tanyaku. Mama papa dipandang meminta jawapan.

" Cuti " balas mamaku sambil tersengih manis.

" Tapi syasya tak cuti pun " kataku polos.

" Erkk yang tu " mamaku sedikit termagu magu. Tak tau nak cakap apa.

" Papa ada date dengan mama " balas papa ku selamba. Mug berisi coffee dihirup perlahan.

" Ouhh ok ok " kataku mengerti. Selepas menghirup sedikit latte, mug putih itu aku letak dimeja. Punggung diangkat. Langkah diatur kearah papa dan mama. " Ok lah pa ma, Syasya pergi dulu " tangan ku hulurkan untuk bersalaman dengan papa mama.

" Nak papa hantar tak? "

" Sokeyy " tolakku sopan. Tak nak lah kacau date papa mama. Orang tengah nak happy tu.

" Careful sweet " nasihat mama.

" Okey " sneakers putih berline gold itu disarung ke kaki. Malas mahu berlama lama. Langkah diatur menuju ke sekolah. Tak jauh pun, maybe dalam 4/5 minit sampai lah. Jam dipergelangan tangan dikerlip. Mataku membulat.

" Seriously?! 8.25 am? " kataku tak percaya. Kalau aku berjalan maybe tepat tepat sampai. Arhhh, aku tak nak hadap si rambut ular tu. Dengan serta merta aku memecut laju. Dahi bersihku mulai mengeluarkan cecair. Tanpa menghiraukannya, aku tetap berlari. Lari, lari dan lari.

Bayangan sekolahku mulai kelihatan. Larianku semakin laju. Garisan penamat sudah kulihat. Lari dan .. Yeahhh. Aku sampai jua. Tapi sayang, si rambut ular tu dah ada. Fakehope betul.

" Syasya Hani " katanya. Tangannya berura ura mahu mencatat nama di buku nota nya.

" Aku tak lambat k " kataku senada. Malas nak bertekak pagi pagi. Kang ada yang kena sumpah sat gi kang. Dia hanya menggulingkan matanya sahaja. Malas mungkin. Kau malas? Aku 5 kali ganda malas nak layan si rambut ular ni.

Pagar sekolah aku laluan. Bahagian loker aku tuju. Beratus ratus loker yang tersusun rapi dibahagian bawah ni. T1, khas untuk loker sahaja.

" 694 " gumamku. Nombor itu aku ulang dan ulang. Mata melilau mencari loker milikku. Akhirnya .. Totebag aku selok, seutas kunci aku keluarkan. Lubang kunci aku masukkan lalu dipulas. Pintu loker aku buka.

Jadual yang tertampal kemas di sebalik pintu aku lihat. Buku buku belajar aku keluarkan. Setelah memastikan semua yang aku perlukan ada, pintu loker kembali aku kunci.

Langkah kembali diatur, tangga ke T3 aku daki. Buku belajar di peluk erat.

" take my hand take my hand take my hand, my destiny "

Phone di poket blazer ku berdering. Arhh, time ni lah kau nak berdering phone woii. Buku belajar aku peluk menggunakan tangan kiriku. Tangan kanan sibuk menyeluk poket. Tanpa menghiraukan nombor pemanggil, panggilan segera diangkat.

" Hello? " ujarku sebaik sahaja panggilan diangkat.

Sunyi. Tiada jawapan daripada si pemanggil.

" Arhh please lah. I don't have time to this stupid trick. " balas aku bengang, panggilan dimatikan. Phone disumbatkan semula kedalam poket blazer ku.

Serentak itu, seseorang melanggar bahuku. " Yahh?! " gumamku geram. Kepala dipalingkan kebelakang. Figura lelaki bercap hitam dipandang jengkel. Aku menjelingnya tajam sebelum memusingkan kepalaku kehadapan. Mata tajam ku menangkap sesuatu berwarna putih.

Hantu? Aiskrim? ehh, aiskrim?

Noo. It just. Surat?

Tubuh aku bongkokkan. Surat putih itu aku capai.

Dahiku berkerut.

Perlahan lahan kertas putih yang berlipat tiga itu aku buka. Isi kandungan surat aku baca.

" Hello. It's not a stupid trick, it just .. trick to throwback in your future "

" What the hell? "

[C] Hourglass Where stories live. Discover now