fifteen : pertarungan

532 49 1
                                    

El yang berlutut dan tangannya yang sudah terikat dipandang sekilas. Derapan kaki seperti orang berlari menarik perhatian aku. Pandangan aku alihkan pada pintu gerbang. Jack yang sedang mengatur semula nafasnya diperhatikan tanpa riak.

" Mereka .. " sisa nafas yang masih tercungap-cungap mengganggu percakapannya. Setelah memastikan nafasnya kembali normal, ayatnya yang tergantung disambung semula. " .. dah sampai. " selepas ayat itu dituturkan, Magnificent menganggukkan sedikit kepalanya. Pandanganku beralih kepada Magnificent.

Wajah tanpa riak El dipandang bersama satu pandangan yang sukar ditafsirkan. El yang memahami pandangan Magnificent itu pantas menganggukkan kepalanya. Usai itu, Magnificent mengeluh.

" Buat seperti apa yang telah kita rancang. " tutur Magnificent perlahan kemudian langkah diatur menuju ke pintu gerbang.

> ⏳ <

Pandangan dibawa ke atas langit yang membiru. Sekumpulan manusia yang terdiri daripada seorang wanita dan dua orang lelaki yang sedang menunggang dragon hitam dilihat. Semakin mereka menghampiri tempat kami berdiri, semakin deras tiupan angin yang ingin menerbangkan tubuh kami.

" Bertahan. " ujar Jack sambil tangannya menghalang tiupan angin yang semakin deras.

Aku mengangguk faham. Juntaian rambut hadapanku yang sedikit berterbangan di bawa kebelakangan telinga lalu dipegang. Begitu juga yang lain, mencuba untuk memastikan tiupan angin deras itu tidak langsung mengganggu keseimbangan tubuh kami.

Tiupan angin yang deras perlahan-lahan beransur hilang apabila ' tetamu terhormat ' sudah menjejakkan kaki mereka diatas tanah bumi bersama haiwan tunggangan mereka. Dragon Satryz, dragon yang mampu mengawal segala pergerakan pihak lawan hanya dengan pancaran cahaya yang terhasil apabila pihak lawan menatap mata besarnya. Haiwan itu juga mampu menumpaskan sebilangan musuh yang banyak hanya dengan melibaskan ekor panjangnya. Yang istimewanya, sesiapa sahaja yang menyentuh tubuh badannya akan dikenakan renjatan elektrik yang sangat dasyat dan akan menyerap 1/3 tenaga manusia tersebut kecuali yang memegangnya adalah tuannya sendiri.

Wanita yang dikenali sebagai Snow White akhirnya turun daripada haiwan tunggangannya iaitu Dragon Satryz diikuti dua orang pembantunya, Pinocchio dan Robinhood. Langkah mereka diatur serentak kehadapan kemudian berhenti tepat dihadapan kami yang jaraknya hanya berukuran 5 meter. Senyuman sinis menghiasi bibirnya.

Setelah lama ' musuh dalam selimut ' menyorokkan diri, akhirnya ... buku bertemu ruas. Snow White berpeluk tubuh. Wajah kami satu persatu ditiliknya.

Dia tergelak kecil. " Tengok muka pun dah tahu siapa menang dan siapa kalah. " katanya penuh kesinisan dan penghinaan.

" Ohh, really? " kata Jack bersama wajah terkejutnya. Namun ia hanyalah seketika, senyuman sinis melebar di bibirnya. " Then you're a loser. " Jack berpeluk tubuh. Snow White dipandang atas bawah seperti menghina lalu mencebik.

" Kau! "

" Cik kak oii. Baju serba hitam ni apahal? Ada bad news ke? Hehh. " Jack tersenyum sinis. " Owhh lupa. Sempena kekalahan korang hari ini. " rahang Snow White bergerak-gerak seperti menahan amarahnya daripada meletup. Aku hanya tergamam. Woww, tak sangka. Lelaki yang mengaku dia abang aku penuh dengan kesinisan. #abangkusavage

' awal-awal lagi dah perang psychology. nicee. ' desisku perlahan.

Snow White mendengus geram. Langkah diatur laju menuju kearah Jack lalu berhenti tepat berhadapan dengannya. Wajah selamba Jack dipandang meluat.

[C] Hourglass Where stories live. Discover now