twelve: mystery book

662 84 0
                                    

Larian aku teruskan. Rimbunan pokok-pokok yang menghalang laluan segera aku tepis.

" White bear. " panggilanku disambut dengan suaraku yang bergema. Masih kosong. Tiada yang menyambut kedatanganku seperti dulu. Saat aku sedar aku berada di dunia asing.

Langkah aku atur tanpa gentar. Rimbunan daun-daun yang jatuh berguguran pantas dilangkah begitu sahaja. Mata melilau disegenap Florezt. Mencari kelibat 'mereka' yang mengelar diri mereka sebagai teman aku.

Sedang mata meliar mencari, rumah agam yang sudah usang itu berjaya menarik perhatian. Derapan kakiku terhenti. Banglo putih yang sudah comot dengan warna hitam itu dipandang lama. Hatinya berdetik.

' pergi atau .. tidak? '

Lama aku berdiam diri. Anak mataku masih memandang rumah agam itu tanpa berkelip. Bak kata orang, macam nak tembus. Ecehh, hyperbola betul.

Entah apa yang merasuk fikiranku, langkah demi langkah aku atur kehadapan. Rumah agam yang pada mulanya jauh dari kedudukan aku kini sudah berada dihadapan aku. Tombol pintu yang sudah berkarat itu aku tenung sejenak. Tanganku teragak-agak untuk memulasnya.

" Arhh. Mungkin ada rahsia pasal aku kat sini. " omelku. Tanpa membuang masa, tombol pintu aku pulas. Eh, tak berkunci?

" sreetttt "

Berdesing telingaku dibuatnya dek pintu usang itu. Maybe dah lama rumah ni tak berpenghuni? Maybe.

" tummm "

Pantas kepala aku pusingkan ke belakang. Dadaku diurut. Muka pintu yang sudah merapati dinding rumah agam aku jeling.

Hembusan nafas aku lepaskan. Perlahan, terlalu perlahan.

Perlahan-lahan langkahku diatur. Mata meliar melihat ke segenap rumah agam itu. Berpandukan cahaya matahari dari bukaan pintu dan tingkap yang sudah tidak bertingkap itu membuatkan langkahku sedikit lancar. Isi dalam rumah agam yang sudah dibaluti kain putih itu sedikit banyak membuatkan aku sedikit gerun. Klise lah pulakk. Normal ea? Rumah agam je perabot salut kain putih. Huhh, pikir seram lahh. Erkk, sikit tu boleh lah. Just, sikit.

Rak kayu yang sudah padat dengan buku-buku aku pandang. Menunggu masa untuk ia jatuh menyembah lantai. Memikirkan hal itu, pantas aku bergerak menjauhi rak buku itu. Pandangan aku bawa ke sekeliling. Kembali menyambung niatku tadi, meneroka ke segenap rumah agam. Tangga menuju ke tingkat atas yang sudah ditimpa kayu-kayu serta daun-daun itu aku pandang.

Naik atas?

" Noo " desisku perlahan. Hidungku yang sedikit gatal aku gosok laju. Hampir sahaja mahu mengeluarkan rembesan air liur, namun pantas aku tahan. " Nothing? Huhh " bibirku mencebik. Bosan. " Waste my time " baru sahaja aku mahu menapak kehadapan. Suatu bunyi menghentikan langkahku.

" papp "

Bahuku terhinjut akibat terkejut. Kepala aku tolehkan kebelakang. Mata aku jatuhkan pada permukaan lantai.

" Buku? " keningku bertaut. Tanpa berfikir panjang, buku yang sedikit tebal itu aku capai lalu dibelek.

" Who are you? " suara wanita tua memenuhi gegendang telingaku. Nenek kebayan?

Langkah aku buka bersedia untuk mencabut lari.

1.

2.

3.

Berdesup pergi aku meninggalkan nenek tua itu dibelakang. Tanpa menoleh kebelakang, larian aku teruskan. Disebabkan terkejut yang melampau apabila disapa sebegitu, buku lama yang kononnya dibelek sahaja tadi kini selamat berada dalam pelukan tanganku. Peluh yang menitik aku hiraukan. Dada yang sesak dengan udara yang ditarik dan dihembus menyebabkan larianku semakin lama semakin perlahan.

Dan aku, terhenti.

> ⏳ <

" Lepahh! " sayapnya yang dari tadi cuba untuk dikepakkan terhenti. Mungkin penat. Ikatan yang melilit tubuhnya sedikit pun tidak longgar. Semakin ketat adalah. Dasar penyihir tak gune.

" Lepas! " suara dalam diikuti ngauman seekor White Bear bergema di setiap pelusuk bangunan itu. Akibatnya, gari yang membaluti lehernya semakin ketat disertakan bersama dengan kepanasan suhu melampau yang disalurkan melalui garinya itu. Usai penyeksaan itu selesai, tubuhnya terkulai jatuh. Matanya sedikit berpinar.

" Aku takkan lepaskan selagi kau tak bagi tahu aku, mana Syasya Hani! " jerkahnya kuat bersama matanya yang terjegil. Arus angin yang kuat akibat jeritannya membuatkan lagi dirinya semakin lemah.

" Aku ... aku tak ... tahu. "

" Be honest please! Or your friends ... " senyuman sinis terukir dibibirnya yang sudah dicalit dengan gincu grey berkilat. " You know what i means, right? "

" Noo!! "

Sahabatnya yang sudah berbaring lemah dipenjuru dinding dipandang lemah. Nafasnya yang sudah tidak teratur menyesakkan lagi dadanya.

Dan dunianya.

Gelap.

> ⏳ <

Nafasku yang sudah kembali teratur membuatkan aku menegakkan kembali tubuhku. Pokok besar dibelakangku aku lihat lalu dihampiri. Perlahan-lahan, punggung dilabuhkan bersandarkan batang pokok besar itu.

Keluhan aku lepaskan.

Kini, fokus kembali terarah pada pegangan tanganku. Sebuah buku lama yang disaluti dengan akar pokok yang menjalar aku tenung lalu dibelek. Tepi buku menarik perhatianku.

" Cehh. " aku mencebik lalu mengulingkan anak mataku. " Berkunci. Sia-sia je aku ambil buku ni. " keluhku. Peluh yang dari tadi menitik didahiku aku lap dengan hujung lengan.

Corak unik yang ada dikulit buku membuatkan keningku bertaut.

" Uwuuu, lawoo. " jari aku jatuhkan pada kulit buku. Berniat cuma untuk merasai timbulan akibat corak unik itu. Namun lain jadinya.

Akar menjalar yang membaluti buku itu perlahan-lahan bergerak. Pantas tangan aku jauhkan daripada menyentuh buku itu. Corak unik yang tadinya menarik perhatianku mengeluarkan cahaya biru. Buku yang tadinya terikat dengan akar menjalar akhirnya terbuka apabila pandangan mataku sudah lagi tidak menangkap kelibat akar yang menjalar itu tadi.

Kulit buku terbuka dikuti kertas-kertas berwarna gold isi buku itu terselak. Bukan dengan tangan aku. Tapi dengan sendirinya ia terselak. Creepy!

Selakan kertas terhenti.

Mataku bergerak untuk melihatnya. Satu rangkap ayat itu aku baca.

Mulutku tergamam.

" AP-A-KAH? "

[C] Hourglass Where stories live. Discover now