five : kemunculan dia

1.4K 133 0
                                    

Punggung dihenyakkan. Tapak tangan yang terlekat batu-batu kecil pada dataran perhimpunan itu aku bersihkan. Kelibat Elly melabuh punggung disebelah aku perhatikan kemudian dilarikan pada pentas kecil dihadapan.

" Syasya " panggil seseorang sambil mencuit peha ku.

Pandangan dilemparkan pada Elly disebelah. " Apa? "

" Kau tak rasa pelik ke? " ujar Elly sedikit perlahan. Dagu ditongkatkan beralaskan ribanya.

" Pelik? " dahiku berkerut seribu. Kening bertaut. " Pelik what? "

" Kau tak tahu ke? " pertanyaan yang dilemparkan oleh Elly hanya dibalas dengan jongketkan kening sebelah. " Ishh, kau ni. Katak bawah tempurung lah. " dengusnya.

" Aku manusia, bukan katak. And .. aku tinggal bawah langit, bukan tempurung. " jawap ku selamba. Malas nak melayan isu semakin. Bior arhh. Aku anti sosial k.

" Menjawap je tau " omelan daripada Elly hanya aku hiraukan. " Hahh! Ni aku nak story .. " mula dah. Mata digulingkan keatas. " Pasal, Magnificent. " dengar sahaja nama itu disebut, terus aku tertarik untuk mendengar lebih lanjut. Baru sahaja Elly mahu memulakan story, suara yang bergema dibalik mikrofon berbunyi menyebabkan Elly terhenti bersuara. Suasana kembali sepi. Mata-mata terarah pada pentas kecil dihadapan.

Masing-masing menelan air liur kesat. Figura gadis serba hitam dihadapan dipandang penuh gerun. Aura hitam sentiasa berlegar berhampiran dirinya.

Dia, Magnificent.

> ⏳ <

Senyuman sinis terukir di bibirnya. Hoodie sky blue ditarik menutupi rambutnya. Tongkat seperti ranting kayu yang tersemat kemas dalam genggamannya dilihat kemudian dilarikan pada bangunan dihadapannya.

Langkah diatur perlahan.

Pagar besi besar yang menghalang laluan ditolak.

" Encik maaf, sekarang bukan waktu melawat " kata security itu sambil menghalang laluannya.

" Bagi aku masuk! " aku dengan in mood ni. Kau jangan nak buat aku moody.

" Maaf encik, memang ... "

" Arhh! " teriakkan dilepaskan. Tongkat yang dipegang diangkat. Satu pusaran angin menolak tubuh sasa security sehingga dinding tebal sekolah pecah.

Langkah diatur penuh keyakinan. Tiupan angin halus dikeluarkan dari mulutnya. Perlahan-lahan pagar besi yang menghalang laluannya terbuka luas.

Mata-mata tertumpu kearah dirinya. Tidak ketinggalan dia, sahabat lamanya, Magnificent. Senyuman sinis terukir khas ditujukan kepada wanita serba hitam itu.

Magnificent mengetap rahang.

" Oiurt! " laungnya kuat. Sekumpulan kad dalam saiz manusia berlari keluar bersama senjata dalam genggaman. Lelaki misteri itu menjadi sasaran mereka.

Aku tergamam. Bukan sahaja aku, malahan seluruh pelajar Baetylus School. Lidah terkelu. Langkah tidak digerakkan walau seinci pun. Masing-masing bagai sudah bertukar menjadi patung cendana akibat dipukai oleh gadis berambut ular.

Lelaki misteri berhoodie itu tersenyum sinis penuh ejekan. " Ini je kau mampu?! " laungnya sinis. Tongkat diangkat lalu hujung atau bucu tongkat mendarat jatuh menyembah tanah. Tanah yang dipenuhi dengan damparan menghijau bertukar kepada ice. Oiurt yang berlari ingin menyerangnya tergelincir jatuh akibat permukaan tanah yang sudah bertukar, menjadi lebih licin.

Selepas menewaskan sekumpulan Oiurt, tongkat diseret kehadapan. Tanpa mengorak langkah, dirinya dibawa kehadapan. Magnificent menjadi sasarannya. Pelajar-pelajar yang sedar akan itu pantas beredar dari kawasan perlawanan dongeng.

Sasaran ais nya dilepaskan namun berjaya dia elak.

" Kenapa kau muncul?! " jerkah Magnificent.

" Hehh, kau tahu kenapa. " provok lelaki misteri itu. Magnificent mendengus geram. Bukan ini jawapan yang aku mahu!

Sasaran demi sasaran berjaya dielak.

" Arhh! " jeritan kuat dilaungkan. Tangan didepakan. Sayap putih perlahan-lahan tubuh dibalik belakang badannya. Pergelangan tangan lelaki misteri itu dicapai. " Bukan sini untuk kita bertarung " sayapnya dikepak. Mereka berdua berterbangan di awangan.

Figura mereka berdua dihantar bersama lirikan mata sehingga mereka menghilang.

Masing-masing berbisik antara satu sama lain.

Aku masih tergamam.

" Aku masih bermimpi "

" Atau ... "

" Apakah? "

-

-

-

-

Oiurt : sejenis mutasi gabungan kad dan kumbang merah ( ladybug ). dia, lebih kurang macam guard. yang akan protect ' tuan dia ' dan akan mengikuti arahannya. Kelebihan ; boleh terbang, badan terputus tapi boleh bercantum semula dalam masa 1 minit. Senjata yang biasa digunakan ; tombak.

A/N : mana aku dapat nama tu? Aku just tekan ii keyboard then muncul lah nama ' Oiurt ' mana aku dapat idea? Dari guard ratu merah, Alice In Wonderland. Bagi mengelakkan kecelaruan fikiran, bio ringkas akan aku tulis setiap kali benda pelik muncul.

[C] Hourglass Where stories live. Discover now