Larian aku teruskan. Peluh yang mulai membasahi tubuhku aku hiraukan. Aku berlari tanpa hala tuju. Larian demi larian.
Aku berpeluk tubuh. Sarung kepala hoodie aku tarik menutupi bahagian rambut dan kepalaku. Sebuah bangku kayu aku hampiri.
Aku berlari setempat. Sedikit regangan aku lakukan. Punggung akhirnya dijatuhkan. Nafas yang tidak teratur aku susun semula. Air mineral yang dibawa ku minum rakus lalu dibuang kedalam tong sampah. Poket hoodie diseluk, iphone 6s aku keluarkan. Paparan skrin ditilik sekilas lalu disumbatkan semula kedalam poket.
" 6.30 a.m. " gumamku perlahan. Earphone di kedua belah telinga dibetulkan. Udara segar pagi aku hirup. Bersih tanpa cemaran. Usai sahaja menunaikan solat subuh, terus sahaja aku capai hoodie hitamku bersama phone dan juga sebotol air. Tidur lepas subuh? Not my style.
Mata dipejamkan. Erti kata ketenangan cuma aku cari. Jiwaku bercelaru. Ketenangan. Mampukah aku mendapat ketenangan seperti dulu?
> ⏳ <
" Hello? " laungku kuat. Tapi sayang, hanya suaraku yang bergema sahaja menjawab. Sekeliling aku pandang. Gelap. Sunyi. Tiada sebarang bunyi. Hanya bunyi pasir dan juga detik waktu jam berlalu. Waktu?
Tubuhku yang terduduk dilantai aku gigihkan untuk bangun. Kakiku perlahan lahan menapak. Satu langkah demi satu langkah aku gigihkan.
" Auchh " aduhku. Tangan kanan aku teliti. Ada satu torehan panjang di tapak tangan ku, perlahan lahan aku tiup.
" fuhhh " aku meniup dan meniup
" Ha ha ha ha " gelakkan kuat yang bergema di sekeliling menghentikan perlakuanku. Nafasku tersekat. Jantung mengepam darah dengan laju sekali. Peluhku menitik.
" Syasya Hani " aku menjadi semakin cuak. Dia sebut nama aku atau .. aku yang salah dengar?
" Yaa. Aku panggil kau. Syasya Hani binti Eric. " glupp. Dia jawap pertanyaan hati aku. Tanganku menggeletar. Dahiku dibasahi peluh. Otakku cuba mengesan dimana suara misteri ini datang. Dinding dan lantai aku ketuk. Namun hampa, batu.
" Welcome to the game, dear " kata suara itu sinis. Tanpa disedari, aku tertekan satu butang.
Dapat aku rasakan angin mulai menerpa aku diikuti cahaya sang suria. Tangan aku angkat untuk menghalang pandangan silauan cahaya.
Otakku pantas berputar " Pintu! " jeritku lalu berlari ke arah cahaya itu datang. Larian aku hampir ke penamat. Tiba tiba, larian aku terhenti. Pergerakan ku bagai disekat. Kakiku ditarik. Aku tarik dan tarik, namun hampa. Kekuatannya mengatasi kekuatan aku.
Semakin aku bergerak, semakin kuat tarikannya pada kakiku. Dan arhhh .. aku tersungkur jatuh lalu ditarik ke tempat yang aku .. tak pasti dimana. Penglihatanku jatuh pada jam yang aku pakai dipergelangan tangan.
" Tarikh, 24 Oct 2004. Masa, .. " belum sempat aku menghabiskan ayatku. Aku ditarik kedalam satu lubang panjang.
" Arhhhhhh "
> ⏳ <
" Miss? "
" Arhh "
" Miss! "
Aku terjaga. Mata yang masih samar aku gosok. Kedua belah poket aku selok, tangan dikeluarkan semula bersama phone.
" 8 a.m " gumamku perlahan. Tangan dimasukkan semula kedalam poket bersama phone.
" Are you ok? " tanyanya prihatin. Mungkin risau aku tetiba menjerit.
" Ouhh, ok. I'm fine. " senyuman nipis aku lemparkan. Punggung diangkat, langkah diatur perlahan. Hoodie yang menutupi kepalaku aku tarik lagi. Well muka aku time bangun tidur is jahanam. That's why aku trying hard nak tutup muka panda aku ni.
Aku mengeluh lemah. Aku lelah dengan semua benda ni. Aku penat. After the stupid call and letter, my life is chance.
Arhhh.
Perkara yang paling aku benci. The same nightmare. Again? Shitt
Tiba tiba, tangan sebelah kiri aku menggenggam pasir. Tangan aku keluarkan dari poket hoodie. Genggaman dibuka.
" Kertas? "
Kertas putih yang terselit bersama pasir keemasan itu aku ambil. Lipatan dibuka.
" Bukan aku dah .. "
" What? Different letter? Damn it "
YOU ARE READING
[C] Hourglass
Short Story[ COMPLETED ] ✔ " perjalanan hidup seorang gadis tanpa seketul hati. mampukah? " putarkan balik masa? siapa je yang tak nak. yee, dan itu tidak terkecuali aku. semuanya bermula kerana satu NIGHTMARE. sehinggalah aku terjumpa sesuatu yang mungkin aku...