Dagu ditongkat. Jari diketuk-ketukan pada muka meja. Bosan~ El yang sibuk berbual dengan beberapa orang berpakaian serba hitam dipandang sekilas. Ketat benor muka si El tu.
" Miss. " sedang sibuk stalk muka orang yang datang ke majlis itu, aku disapa. Keningku terangkat sebelah. Malas nak tanya. " Drink? " faham akan keningku yang terangkat sedikit, langsung dia bertanya. Mataku diliarkan pada dulang besi yang dibawanya. Tersusun kemas tiga gelas air yang berbeza jenis.
Malas mahu memikir lama, gelas berisi orange juice itu aku capai. " Thanks. " ujarku bersama senyuman dibibir. Lelaki berkemeja putih itu mengangguk perlahan lalu beredar.
Aku mendengus geram. Mana pulak si Fryzeer ni? Orange juice itu aku teguk perlahan.
" Miss El." suara garau yang memanggil nama El aku hiraukan. Yelah, dia panggil El bukan aku.
El berpaling kearah suara garau itu. " Yes? " langkah diatur menghampiri lelaki itu.
Nafas diambil lalu dihembus. " Dia yang sabotaj majlis ni. " serentak itu aku berpaling. Hatiku menjadi kurang senang. Punggung aku angkat. Langkah diatur. Langkahku terhenti apabila si pelaku berada dihadapanku. El disebelah aku pandang sekilas lalu kembali melihat si pelaku. Cap hitam yang menutupi sedikit wajahnya membuatkan dia sukar untuk dikenalpasti. Tapi aku yakin, itu Fryzeer.
Kantoi lahaii.
" Buka topi dia. " arah El. Lelaki yang membawa si pelaku menghadap El mengangguk faham. Topi hitam itu dia ambil.
" Eh? " dahi El berkerut. Keningnya bertaut. Wajah aku nak si pelaku dipandang silih berganti. " Korang ..? " jari telunjuknya diajukan pada aku dan Fryzeer. Soalannya dibiarkan tergantung.
Aku mengeluh lemah. Mungkin ini pengakhirannya. Jujur. " Sebenarnya .. "
" Aku nak bunuh dia. " potong Fryzeer bersama mata yang terbelalak. Aku yang terpinga-pinga dipandangnya bagai mahu menerkam. Pisau lipat diacukan padaku dan aku masih .. blank.
Serentak itu sekumpulan berbaju hitam menahan tubuh Fryzeer daripada bergerak. Kedua belah lutut Fryzeer ditendang membuatkan dia terpaksa berlutut dihadapan aku dan El. Pisau lipat yang diacukan padaku tadi jatuh menyembah lantai.
Sekilas pisau lipat itu aku pandang. Senyuman sinisku aku sorok.
' pisau lipat untuk potong wayar lampu tadi rupanya. ' desis hatiku perlahan.
Aku hanya berdiri kaku. Tidak mahu bertindak secara terburu-buru dan aku memilih untuk memerhati.
Dapat aku rasa El sudah melangkah kehadapan lalu mencangkung berhadapan dengan Fryzeer. Wajah Fryzeer yang menunduk dipandang hina lalu bibirnya dicebik. Dagu Fryzeer dicengkam kasar lalu ditarik keatas. Akibatnya, Fryzeer terbangun seiring dengan El yang membangun.
Aku mengigit bibir. Wajah perit Fryzeer aku pandang. Matanya memberi isyarat padaku untuk mendiamkan diri. Aku mengeluh. Lelaki yang tadinya menghancurkan plan aku dijeling tajam. Lelaki semua sama, hancurkan hidup orang je tahu. Tak sekarang ni, ada kena mengena ke pasal ' lelaki semua sama ' dalam cerita ni? K. Nevermind.
" Kenapa kau nak bunuh Fryzeer? " cengkaman pada dagu Fryzeer masih dikekalkan. Wajah putih Fryzeer bertukar merah, mungkin kerana sakit kena cengkam dengan si El ni. Well, El cengkam bukan biasa-biasa.
" Akk .. " kata Fryzeer sedikit gagap. Bukan gagap sebab takut, sebab tangan si El ni yang halang. Orang nak cakap dia cengkam dagu, kau rasa boleh ke cakap?
Sedar akan itu, El mendengus geram. Cengkaman dilepas kasar. Usai itu, Fryzeer mengurut perlahan dagunya.
Nafas diambil lalu dihembus keluar. Ayatnya yang tergantung disambung semula. " Aku nak hapuskan semua orang yang seiras dengan aku. Merosakkan imej aku je. " kata Fryzeer sinis dan aku .. tergamam.
YOU ARE READING
[C] Hourglass
Short Story[ COMPLETED ] ✔ " perjalanan hidup seorang gadis tanpa seketul hati. mampukah? " putarkan balik masa? siapa je yang tak nak. yee, dan itu tidak terkecuali aku. semuanya bermula kerana satu NIGHTMARE. sehinggalah aku terjumpa sesuatu yang mungkin aku...