sixteen : fryz's ( the end )

1.1K 54 0
                                    

Phone dalam peganganku aku scroll. Tidak lepas langsung mataku daripada paparan di skrin phone. Bagai nak tembus gituu. Ecehh. Hyper lebih.

" Weyhh, Sya. " panggilnya sementara penglihatan masih fokus pada benda segi empat tepat didalam pegangannya.

" Apa? " tanyaku. Tyna disebelah aku pandang hairan.

" Kau tengok ni. " phone miliknya kini sudah berada didalam tanganku. Paparan skrin aku pandang.

Phone miliknya aku pulangkan. " So? " keningku terangkat sebelah dan Tyna mempamerkan wajah -_-

" Fryz's. Sejak kumpulan ni ditubuhkan, banyak betul hal yang berlaku. " omel Tyna.

" Maksud kau? "

" Yelah. Negara Baetylus ni jadi lebih selamat. "

" Dringgg. " phone milikku yang berdering menarik perhatian aku. Nama pemanggil aku lihat lalu panggilan aku tolak. Phone disumbat masuk kedalam poket hoodie ku.

" Okeylah babe, aku cau lu. " pamit aku sambil melambai tangan kearah Tyna.

> ⏳ <

Usai memasukkan kata laluan, pintu yang diperbuat daripada besi itu akhirnya terbuka luas. Langkah aku atur masuk kedalam bilik. Selepas memastikan tubuhku sudah selamat masuk kedalam bilik, pintu itu kembali tertutup rapat.

Punggung aku labuhkan. " Asal? " Magnificent disebelah aku pandang.

" Ada kes baharu. " kata Magnificent sambil tangan ligat bermain diatas skrin nipis. " Sya, aku nak kau settle kan kes ni. " paparan skrin aku ligat sekilas.

" Ok. " punggung aku angkat. Langkah aku atur mahu berangkat pergi.

" Fryz. " langkahku terhenti. Kepala aku tolehkan kebelakang. " Be careful. " nasihat Jack. Aku tersenyum nipis lalu mengangguk perlahan.

Yee, aku Syasya Hani. Orang panggil aku Sya tapi Jack, dia panggil aku Fryz, singkatan nama bagi Fryzeer. Dan aku bukan seperti dulu, si lemah. Aku adalah Syasya yang baharu. Fryzeer yang baharu.

> ⏳ <

Lelaki bertopeng yang sudah terjatuh longlai aku pandang sekilas lalu mencebik. " Lembik macam ni pun nak jadi jahat. Cehh. Pigidahh. " tangan aku selok kedalam poket hoodie.

" Eh? " cebisan kertas aku keluarkan. Lipatan kertas aku buka. Ayat yang tertulis kemas itu aku baca.

' mic u '

Aku tersenyum nipis. Seperti dulu, kertas inilah punca aku pergi ke masa silam aku.

Fryzeer.

Dialah yang bagi kertas ni. Dialah yang masuk dalam mimpi aku. Dialah yang hacked wattpad aku. Dialah, masa silam aku.

Dan kini aku berjaya.

Musnahkan Snow White dan kembalikan hati perasaan aku.

Tangan aku angkat separa dengan dada aku. Bebola salji yang keluar dari tangan aku perlahan-lahan dilitupi ais. Akhirnya, bebola salji itu menjadi bola ais yang jernih. Bola itu aku baling ke udara lalu ia bertukar kepada beberapa kelopak bunga Cherry Blossom yang berwarna soft pink. Aku tersenyum gembira.

Kuasa aku, Freyz.

Kuasa yang dapat mengeluarkan salji, ais, bunga, daun, hujan, petir dan lain-lain. Yee, kuasa aku .. kuasa cuaca.

Dengan kuasa ini, aku berjanji.

Akan lindungi Baetylus seperti ibu ayah aku yang terpaksa mengorbankan nyawa demi negara tercinta. Dan aku akan teruskan legasi keluarga aku. Sampai akhir hayatku.

Tapi persoalannya sekarang, macam mana aku boleh ada Qwyzaz? Hurmm. Mungkin Fryzeer yang bagi. I don't know. Tapi, kenapa Fryzeer tak gunakan Qwyzaz untuk lawan Snow White. Dia kan sebahagian daripada aku jugak. Uhh. Nevermind.

Past is past.







• - t h e - e n d - •

[C] Hourglass Where stories live. Discover now