Jam dinding yang berbentuk heksagon bersaiz sederhana itu dipandang sekilas. Keluhan berat aku lepaskan.
" 9.30 pagi " gumamku perlahan. Tekak yang sedikit kering diurut perlahan. Batuk kecil aku lepaskan. Entah kenapa, tubuhku semakin lemah. Tubuh aku sandarkan pada dinding diikuti kepala, secara mengiring. Rambut yang mengerbang aku hiraukan. Bunyi derapan kaki semakin menghampiri. Degupan jantung semakin laju.
" Heyy " sapaan darinya aku abaikan. Sungguh, tiada daya untuk aku menjawab. " Erkk, kau ok tak? " tanyanya bernada kosong. Posisi berdiri diubah kepada mencangkung. Walaupun penglihatanku dihalang dengan juntaian rambut, namun dapat dirasakan si dia sedang memerhatikan aku. Air liur ditelan kesat. Menghilangkan ketakutan serta mengubati anak tekak yang sedikit kering. " Kalau kau nak, aku boleh .. "
" I'm fine " kataku bersama suara yang serak. Dia terdiam.
" Hishh " rungutan kecil darinya sampai ke pendengaran telingaku. Tiba-tiba, tubuhku terasa di awang-awangan. Yee, tubuhku dicembung.
" Apa kau .. "
" Shuhh "
Anak tangga dituruni perlahan-lahan. Pintu kayu usang ditolak dengan kakinya. Tubuhku dijatuhkan secara terduduk diatas kerusi kayu berhadapan meja kayu. Cukup menyatakan bahawa inilah tempat dia mengisi perut.
" Makan " pinggan plastik berwarna grey berisi nasi hujan panas ditolak menghadap aku. Hidangan itu aku pandang kosong. Uwahh, fav aku tapi .. tskk.tskk. Mata aku pejamkan. Tolonglah nafsu melahapku, be nice plisss. Tuanmu ini tidak larat mahu ... MAKAN.
" Buka mulut " arahnya. Serentak itu pandangan aku buka. Aku tersentak. Dia, apa masalah dia? Semalam, dia culik aku. Now, dia suapkan aku?
> ⏳ <
Sudu plastik yang disebelah pinggan dicapai lalu dibawa ke nasi. Nasi yang sudah terisi dalam sudu dihalakan pada wajahnya.
" Buka mulut "
Kelopak matanya dibuka. Seperti yang disangka, dia tersentak.
Mata dia, tak ubah macam Fryzeer.
Senyuman nipis yang sudah terpadam sejak pemergian adiknya kembali menghiasi bibir.
Seketika kemudian dia tersentak. Air mata yang mengalir dari sebudar mata itu dipandang. Keningnya bertaut. Pelbagai soalan mulai bersarang dalam benak fikirannya. Bukan kerana apa dia menangis, tapi air mata dia. Air mata dia warna grey.
Siapa dia?
> ⏳ <
Sayap putih dikepakkan berkali-kali di atmosfera bumi. Rahang diketap. Sesuatu yang melilit di kakinya dipandang sekilas. Seluruh tenaga disalurkan pada sayapnya. Nafasnya turun naik.
" Tolonglah Jack, jangan " rayunya perlahan. Pada siapa? Pada angin. Mengharap angin itu akan berterbangan menyampaikan pesanannya.
Tiba-tiba, terasa dirinya ditarik kearah graviti. Pandangan segera dijatuhkan pada kaki kirinya. Lelaki bertubuh sasa sedang menarik besi yang terlilit dikakinya.
" Arhhh " dia menyeringai kesakitan.
" Kau fikir, kau boleh lari? HAHAHA " dekahan demi dekahan dilepaskan. Semakin dia ketawa, semakin kuat tarikannya.
" Tak, aku kena kuat. " katanya pada diri sendiri. Motivasi untuk dia berjaya. Sayapnya semakin kuat dimainkan. Disebabkan angin kuat daripada sayap Magnificent, lelaki tegap itu terpelanting menjauhi. Rantai besi yang sudah karat itu perlahan-lahan terputus.
Akhirnya dia bebas, Magnificent. Bersama sisa besi di kakinya, dia terbang.
Dengan satu hala tuju.
> ⏳ <
Sedang aku berehat untuk mengumpulkan tenaga, tiba-tiba aku disergah.
" Bangun " lenaku terganggu. Dengan teragak-agak, aku menggagahkan diri untuk berdiri. Dia hanya memerhatikan tanpa sedikit pun niat untuk membantu. " Sudah tiba masa untuk kau pergi " dahiku berkerut.
" Pergi? "
" Masa silam kau "
Aku terdiam. Betul ke keputusan aku ni? Hanya itu yang sering berlegar dalam fikiranku. Tanpa berfikir lagi, langkah ku diatur. Hourglass yang berdiri diatas meja aku genggam lalu diterbalikkan. Serbuk keemasan itu perlahan-lahan mengalir turun.
Tiba-tiba ia membeku. Aku tersentak. Tenaga aku salurkan untuk menjauhi Hourglass itu namun hampa. Tanganku sudah terlekat bersama. Lelaki berhoodie biru aku pandang meminta jawapan. Namun hampa, hanya sengihan sinis yang terukir di bibirnya.
Perlahan-lahan bucu tongkat dihalakan pada dadaku. Pantas aku menekup dadaku. Jantungku terasa sakit. Seperti mahu berhenti. Aku jatuh terduduk. Sungguh terlalu sakit.
" Apa kau "
Hilang.
Lelaki itu tersenyum sinis. Bayang-bayang gadis itu sudah menghilang. Tiada lagi wajah gadis itu yang menyapa pandangan matanya.
" Tunggu. Dia, Fryzeer. "
Serta merta senyuman sinis lelaki berhoodie biru itu menghilang.
" Takk .. Tak mungkin! "
YOU ARE READING
[C] Hourglass
Short Story[ COMPLETED ] ✔ " perjalanan hidup seorang gadis tanpa seketul hati. mampukah? " putarkan balik masa? siapa je yang tak nak. yee, dan itu tidak terkecuali aku. semuanya bermula kerana satu NIGHTMARE. sehinggalah aku terjumpa sesuatu yang mungkin aku...