Haa... Kali ni author nak citer pasal kucing author lak. Sape je yang tak suka dengan sepupu harimau ni kan? 😆😆
Kat dalam keluarga author, kitorang memang suka bela haiwan peliharaan. Sebagai contoh, mama author suka pelihara anak anjing, papa author pula pelihara ikan yang author tak tahu namanya 😂😂 author pula lebih suka kan kucing. Yelah kucing kan manja walaupun kekadang tu terlebih manja sampai naik meluat pun ada.
Author sebenarnya dah ada 6 kucing dan semuanya ada kelakuan yang berbeza2. Okay, author tak nak citer pasal tu lagi. Straight to the point je lah.
Ada satu malam tu, author ni suka berjaga malam sebab nak melukis, dengar lagu atau tengok anime kat phone. Macam biasa 2 ekor kucing author akan tidur di dalam bilik author selepas pukul 10 malam. Dah macam rutin dorang lah. Author pun okay je sebab 2 ekor kucing author ni tak nakal sangat.
Lebih kurang jam 2-3 pagi, author masih syok baca manga kat phone and takleh nak tidur sebab minum kopi tadi( I love Coffee! ❤❤). Tengah syok2, tiba2 ada bunyi tapak kaki menghala ke bilik author. Kalau nak tahu, author dah tak pakai katil dah and prefer tidur atas lantai. Kalau dah tidur atas lantai, bunyi derap kaki pun memang boleh rasa lah kan?
Mula2 author tak kesah sangat tapi benda tu dah main kasar pula. Siap dikacaunya tombol pintu bagai nak tercabut. Author pun dah naik berang sebab masa tu adik author masih tak tidur and masih bermain game kat jiran sebelah so author fikirkan dia yang kacau author sebab dia tu nakal sangat.
Author buka pintu dengan kasar, saje je nak bagi adik author tu takut tapi sorang pun takde kat situ. Well, tak nak kusutkan fikiran, author tutup pintu balik and capai phone. Tak sampai seminit, serious tak sampai seminit benda tu dah kacau author. Okay, kali ni author dah tak tahan. Author keluar dari bilik dan terus ke ruang tamu and buka lampu.
Puas author mencari kelibat adik author tapi tak jumpa pun. Last choice, author pegi kat bilik adik author. Berkunci. Tiba2 mama keluar.
- Kenapa belum tidur? Dah nak dekat pukul 3 ni. (Mama)
- Ada orang kacau pintu tadi. Adik dah lama pulang ke? (Author)
- Ha'ah. Dari pukul 12 lagi. Yang kau belum tidur ni dah kenapa? Keluar masuk je dari tadi. (Mama)
- Tadi ada bunyi orang berjalan pastu kacau tombol pintu. Bila tengok, takde orang pun. (Author)
- Takde apa2 lah. Pegi masuk tidur. Tutup lampu kat ruang tamu ni. (Mama)
Dengan penuh kecewa sebab mama author tak percaya, author tutup lampu and masuk bilik. Dalam 2-3 minit lepas tu, pintu bilik author dicakar pula. Kali ni kucing author pun terjaga. Matanya tepat memandang kearah pintu bilik. Author dah naik cuak bila tengok kedua2 kucing author tengok pintu bilik sambil telinga tegak.
Author cuba usap kepala kucing author memujuknya untuk tidur balik tapi mata nya still melekap kat pintu bilik. Tiba2, kucing author tengok kat tingkap pula. Serious tajam pandangan mata kucing author. Author pun ikut tengok kat tingkap tapi takde apa2 pun kat situ. Author cuba alih kan pandangan kucing author dengan menutup mata nya namun kucing author terus berdiri dari tempat tidurnya dan matanya tetap tengok kat tingkap.
Kucing author yang satu lagi pun sama. Tengok kat tingkap. Author pun apalagi, author terus tutup tingkap pastu author lapis dengan selimut tebal kat tingkap tu 😂 takut kalau tetiba je keluar something kat situ 😂😂
Lepas author tutup tingkap tu, kucing author dah kembali tidur kat tempat tidurnya tapi matanya tetap meliar ke kiri kanan. Author pula yang makin tak dapat tidur sebab takut.
Lupa nak bagi tau, 4 kucing author yang lain author dah kurung kat kurungan sebab masih bayi. Mustahil sangat kalau kucing2 ni yang pegi buat hal.
Kucing, anjing dan beberapa binatang lain selain bayi memang dapat tengok benda2 halus eh?
Share your opinion readers! 😊