1

368 28 3
                                    

Di sebuah bangunan lama kelihatan seorang lelaki sedang mengasah pisau. Jari-jarinya di penuhi dengan cecair merah atau dikenali sebagai darah. Bunyi asahan itu mampu menakutkan sesiapa yang mendengarnya.

"Tolong lepaskan saya" Ujar seorang perempuan yang diikat di kerusi.

Lelaki itu tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya. Lelaki itu berjalan ke arah perempuan tersebut.

"Mana boleh lepaskan kau macam tu je...aku tak puas lagi bermain dengan kau" Ujar lelaki itu.

"Saya minta maaf...tolonglah lepaskan saya" Rayu perempuan itu.

Lelaki itu menarik rambut perempuan itu membuatkan perempuan itu mendongak memandang ke arahnya.

"Baru nak merayu bila jadi macam ni?...dulu aku merayu sampai melutut kat kau..kat parents kau ada kau peduli ke sial?" Tengking lelaki itu.

Perempuan itu hanya menangis.

"Kau tahu?...bunyi tangisan,kesakitan itu semua irama yang merdu bagi aku". Ujar lelaki itu kemudian dia melepaskan rambut perempuan itu.

Dia melangkah ke arah besi yang dipanaskan. Dia mencapai salah satu besi yang telah merah membara. Dia melangkah ke arah perempuan itu.

" Tolong..tolong jangan".

"Jangan takut...tak sakit pun" Ujarnya.

Dia terus mencucukkan besi itu di peha perempuan itu.

"Arghhhhh" Perempuan itu mengerang kesakitan.

Lelaki itu sekadar ketawa.

"Itu balasan kau..kerana kau beri penipuan yang indah pada ku". Ujar lelaki itu.

LIE || [PJM°] 박지민Where stories live. Discover now