Jannah merenung bintang-bintang dilangit. Dengan baring di atas rumput, matanya bersinar indah seolah meneroka bima sakti ciptaanNYA. Hari ini tiada seorang pun berada di rumah .
Masing-masing telah pulang ke kampung halaman kerana cuti sekolah sudah bermula. Almaklum sajalah, temah serumahnya, Aina, Intan dan Lisa adalah guru.
Jannah merenung sebuah kereta yang menghampiri rumah jirannya, BHL 3300, flat Proton Exora memasuki perkarangan rumah. Seorang pemuda keluar dari kereta dan mencekak pinggang ke arahnya. Jannah kerut dahi.
'Kenapa abang? Apa yang abang tengok tu?' Seorang wanita keluar dari pintu sebelah pemandu.
'Saya nampak macam arwah Jannah baring di situ.' Beritahu Kamal sambil menunjukkan telunjuknya di depan pagar rumah sewa guru-guru tersebut.
Nurul terus memaut lengan suaminya. Tiba-tiba dia berasa meremang bulu roma.
Jannah mengukir senyuman misteri.