HOSPITAL

48 7 2
                                    

'Laura, susah sangat lah cakap dalam telefon. Aku hantar location jelah.'

Laura mengangguk sambil mematikan talian. Dia kembali menatap telefon bimbitnya, sebuah location yang mempunyai jarak 5 km muncul di skrin.

Laura kembali memasuki kereta. Sepatutnya dia sudah sama-sama tiba bersama Claudia, tetapi kerana tugasan yang masih berbaki, membuatkan dia pilih melawat jenazah Benny lewat malam.

Laura menghidupkan enjin kereta Savy miliknya. Location menunjukkan sebuah hospital itu segera dia masuki perkarangannya.

Cahaya dari lampu kalimantang membuatkan Laura berasa lega. Terus Laura menuju ke kaunter. Seorang wanita tersenyum manis menyambutnya.

'Kawan saya nama Benny. Dia baru meninggal dunia tadi.' Beritahu Laura.

Segera wanita manis itu menunjukkan arah jalan dengan ibu jarinya. Selepas mengucapkan terima kasih, Laura berjalan menuju ke wad.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berirama. Nama Claudia menghasilkan cahaya di skrin. Segera dia angkat.

'Laura, aku silap send location. Kau dekat mana sekarang?" Laura terkedu.

Segera dia menoleh kaunter tadi. Kelihatan meja kayu yang buruk dan reput. Dan, wanita tadi sedang duduk di kerusi memandangnya dengan senyuman penuh misteri.

CERTOT SERAMWhere stories live. Discover now