Cikgu Yuan

53 8 2
                                    

Hari ini, Jen bersemangat untuk pergi ke sekolah. Tidak seperti hari biasa, hari ini dia seperti luar biasa bersemangat. Senyuman sinis digariskan pada wajahnya.

Jen sangat membenci guru baru. Dia seperti api yang membara saat memandang wajah nama baru yang tertera di cermin di bilik air Asrama Sekolah Sri Teratai.

Jen terdengar suara-suara berbisik.

"Kau rasa, cikgu baru nanti tu terselamat tak dari Jen?" pelajar-pelajar yang memasuki bilik mandi itu saling berbisik.

"Aku harap cikgu baru tu baik-baik saja."

Mereka cepat-cepat keluar bilik air saat Jen membuka pintu.

Jen menambahkan senyuman sengetnya.

*************************************

"Apalah pengetua ni. Takkan dengan  budak-budak pun saya nak takut. Tak logik dek akal." Cikgu Yuan ketawa sinis.

Cikgu Yuan merupakan Guru Penolong Kanan yang baru di Sekolah Sri Teratai. Dia baru sahaja melapor diri di situ.

"Tak mengapalah. Jika cikgu ada masalah apa-apa, nanti jumpalah kami." Pengtua Razak dan Guru Penolong Kanan HEM, Cikgu Kamal mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Memandangkan jawatan cikgu juga sebagai ketua warden, cikgu boleh mula bertugas malam ini. Ustaz Shafrul akan menemani cikgu malam ini."

Pengetua Razak menyerahkan sebuah fail kepada ketua warden yang baru di sekolahnya.

************************************

"Ustaz, kenapa ketua warden yang lama pindah?"

Soal Cikgu Yuan kepada Ustaz Shafrul. Dia mencelup roti bakar ke dalam cawan yang berisi milo panas. Kemudian, segera disuakan ke dalam mulut.

Malam ini sedikit bahang terasa. Kipas di dewan makan berpusing dengan kelajuan angka 5, tapi masih terasa panas juga.

"Cikgu tidak tahu ceritakah?" Ustaz Shafrul sedikit berkerut.

Cikgu Yuan menggelengkan kepalanya. Dia benar-benar tidak tahu akan cerita sebenar tentang ketua warden yang terdahulu.

Ustaz Shafrul menggelengkan kepalanya.

"Saya rasa bukan saya orang yang sesuai bercerita. Tapi, saya nak pesan, cikgu jangan berjalan sendirian di tingkat dua. Saya bimbang budak-budak nakal mengusik saja. Mereka tu lain macam sikit." Ustaz Shafrul seperti masih menyimpan sesuatu perkara.

"Dan, kalau dengar budak-budak menjerit jam 3 pagi pun jangan naik juga. Tingkat dua ya, cikgu."

Ustaz Shafrul memberi kenyataan sambil memandang ke arah tingkat dua di belakangnya. Cikgu Yuan menjungkitkan keningnya.

Kenapa misteri sangat sekolah ni.
Getus hatinya.

**********************************

Cikgu Yuan bangun dari lenanya. Bising sungguh. Dia menggosokkan matanya berkali-kali. Dan, dia terus memegang rotan di sebelah katilnya.

Kali ini sabarnya hilang terus. Makin kuat pula mereka menjerit. Seolah-olah ada party.

Kakinya dilangkah dengan hati yang membara. Rotan di tangannya digenggam kuat. Seolah mereka mencabar dan mencari nahas.

Apabila sampai di bilik nombor 7, dia membuka pintu dengan kasar. Alangkah terkejutnya dia melihat anak-anak di situ membuat kumpulan yang berbentuk bulat.

Matanya terbeliak apabila melihat Ustaz Shafrul terlantar di tengahnya dengan usus yang terburai. Kesemua mereka yang sedang menikmati daging segar itu menoleh kepadanya.

"Hai cikgu baru. Nama saya Jen." Jen menyeringai sehingga menampakkan giginya yang mempunyai taring.

Cikgu Yuan menapak ke belakang perlahan-lahan.

"Sampai hati cikgu tak mahu sertai kami. Marilah makan bersama kami."

Cikgu Yuan ketar kaki. Badannya menggigil ketakutan. Kemarahannya yang membara seolah sudah hilang.

Jen dan kawan-kawannya bangun. Kemudian, seperti pelesit mereka menerpa ke arah Cikgu Yuan.

Akhirnya, Cikgu Yuan pengsan.

************************************

"Astaghfirullah. Di sini rupanya cikgu."
Ustaz Shafrul dan tiga lagi pelajar menjumpai Cikgu Yuan di aras dua.

Cikgu Yuan bangun dari sedar. Kemudian, matanya menangkap susuk tubuh Ustaz Shafrul di hadapannya.

Dan, Cikgu Yuan ketawa.

Ustaz Shafrul dan lain-lain terus isgtighfar. Mangsa ke tujuh Jen.

Cikgu Yuan telah gila. Dan kisah cikgu tersebut dimuatkan dalam surat khabar.

Jen menyeringai. Dia bertenggek di atas koridor aras dua. Malam itu, sengaja dia memperlihatkan dirinya.

Seorang murid yang lalu di koridor bertentangan aras dua terpaku. Dan dia bertempiaran lari.

"Tolong! Hantu Jen!" jerit pelajar itu.

Jen menggilai dan lompat ke dalam 'biliknya'.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 13, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CERTOT SERAMWhere stories live. Discover now