Misha baru tiba dari Kuala Lumpur. Perjalanan ke Kampung Padang Das sungguh memenatkan.
Manakan tidak, semalam dia mengemas, hari ini dia pindah terus ke Taiping. Ini adalah kerana dia telah mendapat penempatan sekolah di situ.
Jam 10.00malam, Misha singgah ke warung tepi jalan. Silap dirinya, tidak singgah awal di R&R.
Sudahnya, perutnya berkeroncong minta diisi. Misha berhenti tepi jalan.
"Makan apa kak?" Tanya pekerja warung itu.
Misha memesan limau suam tanpa gula dan nasi goreng kampung. Sambil menunggu, Misha meluncurkan jarinya ke atas skrin telefon pintar.
Sengaja dia munculkan diri dalam whatsapps keluarga. Salah seorang makcik menyapanya.
'Misha dah sampai mana tu? Mak cik ada di Kamunting sekarang. Singgahlah kalau ada masa terluang.' Jemput Makciknya.
'Misha ada di warung dekat surau ni. Tak tahu sampai rumah jam berapa.' Balas Misha. Misha send location.
Kemudian, telefon Misha berdering. 'Misha, pergi balik sekarang. Situ tak ada warung dah. Tahun lepas, warung di situ terbakar sekali dengan tuan kedai.'
Misha terkedu. Namun akalnya masih ligat berputar. Misha terus berlari ke kereta.
Sebelum memecut, Misha lihat seorang wanita melambai ke arahnya.