CINTA PENGGANTI 14

1.9K 42 4
                                    

Pagi pukul 5 pagi Anim membuka pintu bilik nya. Adam tertidur menyandar di dinding. Rasa sakit hati pada Adam masih kuat lagi. Ia berlari cepat naik ke atas untuk mandi, sholat, dan berkemas hendak pergi kolej. Walaupun kelas start pukul 9, Anim bercadang nak tinggalkan rumah seawal mungkin sebelum Adam bangun.

"Masak ke tak untuk dia?" Anim terdiam di dapur melihat sekeliling. Akhirnya Anim mengambil roti tawar untuk di bakar. Setelah habis buat breakfast untuk Adam, dia pun keluar rumah dengan pelan.

"huuufffft" Anim menghembuskan nafas kelegaan selepas berhasil keluar daripada rumah. Dia tak mampu nak bersemuka dengan Adam. Untuk sekarang, dia bencikan Adam.

Siapa yang tak akan benci bila diperlakukan sebegitu oleh suami sendiri, kan? Anim memang patut baut silent treatment pada Adam.

"Awal lagi, aku nak pergi mana ni?" Ia melirik jam tangannya yang menunjukkan pukul 6 setengah pagi.

***

Adam terbangun dari tidur nya. Badannya sakit sebab tidur dalam keadaan duduk sepanjang malam. Di tolehnya pintu bilik itu sudah pun terbuka. "Anim? Sayang kat mana?" Pantas ia berdiri mencari kelibat Anim namun tak ada.

Di meja makan sudah ada sarapan untuk Adam. Adam tersenyum dan memejamkan matanya. "Masih awak tunaikan tanggung jawab awak sebagai isteri saya walaupun saya dah buat benda teruk kat awak, Nim"

Adam mendail nombor Anim namun tidak dapat. "Please, sayang. Abang nak cari sayang kat mana?"

***

Bergegar tangan Anim sebab kini Farhan berdiri tepat di hadapannya.

"Semalam tu tak betul kan, Nim?" Tanya Farhan memastikan dan berharap semoga segalanya salah.

Anim mengangguk. "Awak tak salah dengar, saya memang dah kahwin dengan Doktor Adam"

"Tapi kan dia dah beristeri? Dia abang ipar awak kan?"

Anim mengangguk sekali lagi "Ya, saya isteri kedua"

Terdiam Farhan mendengar kebenaran dari mulut Anim. Terduduk Farhan di kerusi taman tempat dia biasa bertemu Anim.

Anim menunjukkan jari nya yang sudah tersarung cincin nikah. "I'm married"

"Tapi... tapi kenapa, Nim?"

"Panjang cerita dia, suatu hari nanti saya akan bagitahu awak. Tapi, saya nak minta satu hal. Jangan bagitahu Ira dan juga Mira. Saya belum bersedia. Biarlah awak seorang yang tahu"

Tiba-tiba saja Ira dan Mira datang dengan gelak ketawa macam biasa. "Eh apahal kauroang pagi-pagi dah terpacak kat taman ni?" Tanya Ira kepochi macam biasa.

"Tak ada lah. Sambil-sambil tunggu masuk dewan nak exam, borak sikit" Jawab Farhan meng-cover segalanya.

"Cun, jomlah!"

***

"Dengar cerita, pengawas hari ni Doktor Adam" Mira bercakap sambil membuka beg. Anim diam saja. Sakit sangat hatinya mendengar nama itu.

"Abang kau tak ada cakap apa-apa ke, Nim?" tanya Ira.

Anim hanya menggeleng.

"Dah lah kauorang ni suka nak kacau Anim" Farhan pula mai backup Anim.

"cia cia cia... okaylah" Ira dan Mira menggayakan seolah-olah mengunci mulut mereka.

Adam masuk ke dalam dewan. Anim sikit pun tak memandang kedatangan Adam. "Kenapa lah harus kau pengawas hari ini?" ujar Anim dalam hatinya.

Sepanjang sesi exam tak ada sedikit pun Anim curi tulang memandang Adam. Dia memang tumpukan seratus peratus perhatian nya pada kertas exam. Susah sangat nak kerjakan soala-soalan disaat hati tengah panas membara macam sekarang.

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now