CINTA PENGGANTI 34

1.1K 41 0
                                    

Bella berlarian bersama Alif dan Izara di ladang teh di temani oleh Adam. Sedangkan Anim dan Rina berjalan agak jauh sebab Anim mengidam nak tangkap gambar.

"Abanggggg" Anim memanggil Adam sambil melambaikan kedua tangannya kepada Adam, tanda ia mengajak Adam berfoto bersama.

Ladang teh dan villa jaraknya hanya 500 m sahaja, sehingga taman belakang dan balcony kelihatan.

"Bella, tolong tengok tengok kan diaorang ye? Kak Anim ajak bergambar"

"Okay" Bella membentuk OK menggunakan jari jemari ditangan kanan nya.

Adam berlari menuju kearah Anim. Anim tersenyum seolah menyambut Adam yang datang dengan berlari walhal jarah mereka tidak sejauh mana.

"Okay peluk Anim, bang" Pinta Rina selaku tukang ambil gambar pada hari ini.

Adam memeluk Anim dari belakang sambil memegang perut bulat Anim. Mereka tersenyum penuh bahagia yang candid sekali pun ada. "Last ye, penat Rina"

Adam menggenggam tangan Anim kemudia ia menunduk mencium bakal anaknya yang masih berada didalam perut Anim. Adam mencium buah cinta mereka itu lama "I love you" ucapnya pelan tetapi Anim boleh mendengarnya.

Selepas sesi bergambar, Adam dan Anim berpelukan seolah-olah dunia mereka berdua punya.

###

Nampak tangan Eliana melambai pada anak nya "Baliiiik, papa datang!" Ucap Eliana menjerit.

Wajah Alif dan Izara berbinar, mereka berdua terus berlari tanpa perduli Bella dengar ke tak.

"Eh kauorang pergi mana?" Bella ikut mereka berlari sebab ia dah di amanatkan oleh Adam untuk menjaga dua budak ini sekejap.

Bella mengikuti kemana saja langkah dua budak itu membawanya. Sampailah mereka di depan pintu vila "Papaaaaaaa" Alif dan Izara menjerit masuk kedalam rumah begitu juga dengan Bella yang masuk sambil berlari.

Langkahnya terhenti. Ia tak mampu bercakap. Orang yang dipanggil Papa oleh dua orang budak yang baru dikenalnya semalam itu adalah Papa nya juga. Darahnya seketika naik, otak nya seketika beku, ia hendak menendang siapapun yang ada di dekatnya, matanya memerah dan berkaca-kaca. "How you dare, pa?" Ucap Bella selepas itu terus berlari keluar rumah sekuat-kuatnya.

Datin Roza dan Eliana nampak tidak memahami situasi sekarang ini.

Rina melihat Bella berlari keluar daripada halaman vila sesaat ia, Anim dan Adam hendak balik ke vila.

"Bella?!" Rina terus mengejar Bella tanpa tahu apa yang tengah berlaku.

Melihat semua itu, Adam terus berlari kedalam dan Anim berjalan pelan memasuki vila.

Sesampainya didalam, Anim melihat abang iparnya, Syed Haqeem. Anim memejamkan matanya sebab ia tahu ceritanya.

###

"Bella, sudah sudah lah lari tu! Kak Rina penat" Rina bebel sambil berlari megejar Bella. Larian Bella pun mula melambat sebab ia mungkin sudah penat berlari ditengah-tengah cuaca sejuk.

Bella berhenti di tepi jalan raya yang ladang teh dan semua yang hijau-hjau kelihatan. Ia menangis seperti bayi di tepi jalan sambil memeluk tubuhnya. Rina berhenti dan cepat memeluk Bella. "Cuba cerita kat Kak Rina?"

Bella melepaskan pelukan Rina "Papa Bella.... Papa Bella ternyata Papa Alif dan Izara. What should I do kak?" Bella bercerita sambil terus menangis.

Mata Rina membulat sebab ia terkejut. Terus peluknya Bella. "Maafkan Kak Rina... Maafkan Kak Rina" Rina terus meminta maaf pada Bella sambil terus memeluk anak berumur 14 tahun yang harus merasai semua ini.

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now