CINTA PENGGANTI 30

1.2K 40 5
                                    

"Kak Rina.... lepas kita belajar ni apa kata kita pergi Pavi?" Pelawa Bella.

"Ha??? Pavi?" Rina terkejut.

Bella mengangguk. "Iya betul, Pavilion. Kita pergi KLFW jom"

Rina menggelengkan kepala "Mengada lah budak ni"

Bella mengeluarkan dua buah kad jemputan KLFW dari dalam beg sekolah nya. "Bella ada 2 invitations, jom lah"

Rina mengambil tiket dan melihatnya sebetul-betulnya. "Curi kat mana?" Tanya Rina mengacau.

"Eeei Kak Rina ni, apa pun Bella boleh dapat lah. Bella minta je dengan secretary papa tu. Tapi Bella tak kedekut kan?"

"Macam mana eh? Kak Rina tak biasa pergi show have have tu"

"Bukan ke kak Rina ni anak have have jugak?" Tanya Bella penuh semangat.

"Mak Kak Rina je lah yang banyak duit. Kalau Kak Rina banyak duit, tak ada nya lah nak mengajar Bella hari ni"

Bella tergelak kemudian memeluk Rina. "Bella sayang Kak Rina. Jom lah, membazir nanti ticket ni. Bila lagi nak pergi tempat have have, kan?"

"Tengok lah baju kakak, nanti datang sana orang ingat kakak ni cleaner pula"

Bella gelak sakan. "Jom ikut Bella"

Budak ni kecik lagi tapi gaya dia dah kalah orang umur 20 tahun.

###

Rina berdiri di depan rumah Bella. "Sure ke ni ajak kakak datang rumah Bella?"

Bella mengangguk pasti. "Mama dan Papa tak ada kat rumah, diaorang pergi luar negara. Jom lah!"

Memang kaya teruk lah si Bella ni. Rumah nya mengalahkan rumah Datin Roza yang dah mewah dan besar gedabak itu.

"Bilik Bella dekat atas, bilik tu ada tulisan Mi Amore. Bella nak pergi bilik mama kejap. Kakak naik lah, minta pembantu rumah makanan apa-apa aje yang kakak nak"

"Okay" jawab Rina sambil tersenyum.

Bella pun dah menghilang dari pandangan. Rina melihat keseluruh sudut rumah. Ada sebuah gambar family. Bella ni anak tunggal rupanya.

"Kesian kan dia, dah lah anak tunggal kena tinggal selalu pulak tu"

Tiba-tiba Rina berhenti di sebuah gambar keluarga. "Oh My God!" Rina menutup mulut dengan kedua belah tangannya dek kerana terkejut yang amat.

"Abang Syed Haqeem! Patutlah dia tu tua semacam je masa kahwin dengan Kak Eli. Patutlah macam tiap-tiap minggu outstation ye" Bella mengetap bibirnya sebab geram.

"Aku tergamam teruk" Bella mengambil phone dan mengambil gambar family itu.

"Eh Kak Rina kenapa tak naik lagi?" Bella datang dengan membawa beg, baju, skirt, dan kasut berjenama milik Mamanya.

"Eh" Rina terkejut dan segera menaruh phone dalam beg.

"Kak Rina tengok-tengok gambar family Bella ni ha. Bella anak tunggal rupanya?"

Bella mengangguk. "Itu lah, kesian kan? Dah lah anak tunggal di telantarkan pulak tu. Tapi tak apa, Bella ada Kak Rina"

Rina tersenyum. Mereka berdua pun naik ke tangga sambil Rina membantu membawa semua barang yang di angkut Bella dari bilik Mamanya.

"Mesti lah itu Papa Bella kan?" Rina masih nak tahu.

"Yup. Handsome kan? Sebab tu lah Bella cantik"

"Handsome. Mama Bella pun cantik"

"Yup... perpaduan orang kacak dan orang cantik menjadikan Bella sekarang ni Hahaha. Tak ada lah gurau je. Mesti Kakak ingat Bella ni mengada kan? Bella nak buat lawak je"

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now