CINTA PENGGANTI 18

1.2K 40 3
                                    

Adam dan Anim masing-masing meleraikan pelukan. Tersenyum sesama sendiri sambil bertentang mata.

"I'm happy to have you in my life, Anim"

Anim tersenyum sambil mengusap pipi Adam. "Me too" jawabnya singkat.

"Abang, I love you and your baby love you too"

Adam tersenyum kemudian menunduk mengelus perut isterinya yang masih rata itu.

"Papa love you more my baby"

Anim tersenyum sampai ke hujung telinga melihat apa yang berlaku di depan matanya sekarang.

Her heart is full.

***

Suraiya memanggil Cik Nur dari lantai atas. Kuat sangat suaranya sehingga menggelegar. Teriakkannya terdengar seakan merintih kesakitan.

"Cik Nuuuuuur, tolong Yaya"

Menggelabah Cik Nur naik keatas. Dibuka nya pintu bilik Suraiya. Suraiya sudah terduduk diatas lantai dengan memegang perut nya.

"YaAllah... apa dah jadi ni?"

"Sakit Cik Nur... pinggul Yaya sakit" Terpejam-pejam mata Suraiya saking kuatnya rasa sakit.

Cik Nur pun mengambil telefon bimbit Suraiya diatas katil. Ia mendail ambulance.

"Cik Nur nak call Anim dengan Adam juga, ye?"

Suraiya menggeleng. "Bawa Yaya pergi hospital dulu" Pinta nya.

Cik Nur pun akur.

***

Suraiya didorong dengan katil hospital menuju Emergency Room. Berair mata nya disebabkan sakit yang tak kunjung henti.

Selepas Suraiya masuk ke dalam bilik Emergency, Cik Nur pun mula mendail Adam.

***

Phone Adam berdering. Anim memberi isyarat supaya Adam mengangkat call itu.

Berkerut kening Adam melihat nama si skin telefon. "Cik Nur?" Sebab tak pernah-pernah Cik Nur call Adam.

"Assalamualaikum" Ucap Adam.

"Walaikumsallam, Dam..." Nafas Cik Nur terdengar tak keruan. Turun naik nafas nya terdengar tak berirama.

"Ada apa ni? Kenapa suara Cik Nur macam tu?"

"Suraiya... Suraiya masuk hospital"

Adam takut namun mencuba tenang setenang tenang nya.

Anim sudah tak keruan melihat Adam begitu.

" KPJ Ampang" Ucap Cik Nur memberitahukan hospital tempat Suraiya dirawat.

"Okay Adam dan Anim pergi sana"

Talian diputuskan.

Adam memegang tangan Adam " Kenapa? Ada Apa?"

"Suraiya masuk hospital" mendengar jawaban itu, tangisan Anim jatuh.

Tak keruan sudah dirinya. Adam memeluk nya.

"Sabar sayang sabar. In sha Allah tak ada apa. Jom kemas, kita pergi hospital"

Anim mengangguk laju.

***

Anim langsung memeluk Cik Nur sesampainya dia di hospital. Di peluk nya erat Siti Nuraini.

Sedangkan Adam duduk di kerusi tunggu untuk keluarga pesakit. Ia menutup wajahnya dengan tangan. Berdoa di dalam hati untuk Suraiya. Tak cinta bukan bererti dia kehilangan kasih sayang. Dia tetap mengambil berat pasal Suraiya sama macam dulu.

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now