CINTA PENGGANTI 25

1.2K 38 0
                                    

Cik Nur sudah pun bekerja di sebuah syarikat besar sekarang. Ia tinggal seorang diri rumah peninggalan Suraiya.

Anim pandang saja mak sedaranya yang asyik memandang laptop saja walhal ini weekend. Anim serabut sangat dekat rumah itulah kenapa dia datang berjumpa dengan Cik Nur. Lagi satu, dia rindu sangat dengan lawak Cik Nur.

"Amboi, kita kat depan ni tak nampak langsung ye?" Sambil meneguk jus oren yang cukup manis sebab Cik Nur tambah gula.

"Ehhh, sorry. Tak perasan lah" Cik Nur saja kenakan Anim dan gelak. Makin jadi lah mulut Anim termuncung.

"...tak ada lah. Cik Nur tahu Anim ada kat depan ni ha. Tapi bagi lah chance Cik Nur nak habiskan ni. Sebab Cik Nur nak ajak Anim keluar makan tengah hari"

"Ha macam itu lah elok cakap daripada tadi. Cik Nur belanja kan?"

Cik Nur mengangguk. "Of course lah"

Anim membulatkan jari jemarinya membetuk OK.

***

Anim dan Cik Nur sudah pun berada di sebuah mall. Makan sambil beli barang jugak.

"Anim... kenapa lain macam ni? Ada apa-apa ke?" Tanya Cik Nur pada Anim sebab nasi ayam kat depan tu tak terjamah sikit pun.

Anim menghela nafas nya. Nampak berat.

"Entah lah. Anim serabut sekarang ni. Serabut dengan perangai mama Abang Adam yang makin jadi bencikan Anim. Siap bagi pilihan lagi sama ada Adam pilih Anim ke atau pilih Syurga Adam, yaitu mak dia..."

"Astagfirullah... melampau betul lah Datin Roza. Cik Nur rasa nak sekolah kan je si Datin dengan anak sulung dia tu"

"Anim pun geram lah. Kat mana letak salah nya? Anim pun tak nak hidup macam ni. Dia ingat senang ke jadi isteri kedua ni. Kena menyorok kalau nak pergi dengan suami, semua kena menyorok"

"Lepas tu Adam cakap apa?"

"Macam biasa lah. Dia suruh Anim sabar, tenang, sabar lagi, bertenang lagi. Sampai Anim pun ragu akan cinta dia pada Anim"

Cik Nur mengusap tangan Anim. Nampak berat betul masalah anak buah nya ini.

"Sorry, Nim. Untuk kes ini Cik Nur tak berani bagi pandangan. Sebab ini dah masuk zon rumah tangga Anim. Memang lah betul Adam suruh Anim sabar, tapi Anim juga ada had kesabaran. Cik Nur minta maaf, eh?"

Anim mengangguk. "Tak apa Cik Nur. Pandai lah Anim jaga diri"

"Kalau pandai, habiskan nasi tu cepat lepas tu kita pergi beli barang dapur"

Anim mengangguk setuju.

***

"Sayang kat mana?" Sebuah pesan text dari pada Adam untuk Anim.

"Dekat mall dengan Cik Nur.  Sorry lupa nak minta izin. Kejap lagi balik, nak hantar Cik Nur balik rumah dulu"

Adam tersenyum senget membaca balasan mesej dari Anim.

"Saya sayang kat awak, Nim. Tapi kenapa sekarang saya bingung. Mama dan awak adalah sama pentingnya dalam hidup saya"

Suara pintu terbuka dan salam terdengar. Adam tersedar dari lamunan panjang nya.

Anim masuk kedalam rumah dengan membawa barangan dapur yang tadi di beli nya.

"Ei abang buat apa kat bar dapur ni?"

Adam mengangkat cawan air kosong sejuk nya pada Anim. Anim hanya mengangguk dan tersenyum.

Di letakkan nya beg sandang nya di atas meja bar, mula lah dia mengemas barangan dapur ke tempat yang sesuai.

"Cepat nya abang balik? Baru pukul 4 dah terpacak kat rumah?"

"Dah habis kelas balik lah. Kenapa?"

"Tak. Tanya je"

Anim melanjutkan kerja nya sementara Adam skodeng melirik Anim buat kerja.

Anim perasan yang Adam tengah skodeng dia pun akhirnya berhenti daripada kerja.

"yang Abang ni dah kenapa skodeng Anim sampai nak telan kita?"

"Mana ada. Anim je yang perasan lebih"

Anim menaikkan matanya sebab dia rasa Adam mula poyo ni.

"Iya lah tu"

".... Oh sebelum terlupa. Esok ada appointment dengan dokter. Abang teman Anim eh?"

"Laaah iya ke? Pukul berapa?"

"Dalam pukul 10 macam tu. Abang busy ke?"

"Abang ada kelas sebenarnya, tengok mana sempat eh?"

Anim terdiam. Dia perhati aje Adam ni.

"Tak kan lah tiap kali Anim ajak Abang asyik busy je, lecturer lain boleh je tak masuk kelas. Anim pun ada kelas juga esok, tapi Anim ponteng"

"Kenapa ponteng lagi? Dah banyak Anim ponteng, nanti tak lepas sem ni macam mana?"

Anim menggigit bibir nya.

"Nak buat macam mana? Orang mengandung kan? Mesti lah alahan ini itu, abang je yang tak faham. Abang bukan tahu pun Anim rasa apa selama mengandung ni. Anim pun tak pernah minta Abang macam-macam selama mengandung ni. Abang je lebih-lebih. Nak tidur rumah mama lah, nak ini dengan mama lah, itu lah"

Wajah Adam nampak terkejut sebab Anim berani sangat hari ini.

"Kenapa nak bawa-bawa mama ni? Tak ada kena mengena tau dengan kehamilan Anim"

Anim tersenyum sinis.

"Ha ini lah abang, abang pun tak perasan kan yang Anim sebenarnya tertekan dan stress masa mengandung ni? Anim tertekan sebab mama dan kakak abang yang selalu salahkan Anim. Sikit sikit salah Anim, Anim ini lah Anim itu lah. Macam semalam, Abang ingat Anim tak tertekan ke?"

"I thought it was settle dah. Anim, please don't be like this lah. Abang pun bingung. Dua-dua abang sayang. Mama keras Anim keras, sampai bila pun tak akan lembut. Kalau mama tak nak mengalah, Anim yang mengalah. Itu aje cara dia"

Anim mengambil beg sandang nya, kemudian ia naik ke atas.

Adam terdiam sekejap selepas itu mengikuti Anim daripada belakang.

"Abang faham sayang marah-marah ni sebab mengandung. Tapi jangan lah tinggikan suara kat Abang. Abang ni suami Anim tau" Sambil Adam menutup pintu bilik mereka.

Anim duduk diatas katil sambil melepas tudung nya.

"Anim minta maaf kalau Anim dah tinggikan suara kat Abang. Anim pun tak nak kita bergaduh, tapi sebab Abang tak faham keadaan Anim, nak tak nak Anim kena marah jugak. Abang bukan perasan kalau Anim diam je"

Adam duduk disamping Anim dan menggenggam tangan isterinya itu.

"Sayang.... meh peluk Abang. Mungkin boleh tenang sikit?" Pelawa Adam pada Anim.

Anim tak tunggu apa-apa lagi, dia terus peluk Adam. Tak terasa pulak air matanya menitis sebab berat sangat dada nya sekarang ni.

"Abang sure Abang cintakan Anim?" soal Anim masih dalam dakapan Adam.

"Soalan apa tu?" Adam terkejut dengar soalan itu daripada Anim.

"Kalau Abang sure abang tak akan balik bertanya macam tadi"

Adam melepaskan pelukannya.

"YaAllah... sayang ni kenapa? Tentulah Abang cintakan sayang. Abang tanya sebab Abang terkejut dengan soalan tu"

"Okaylah, setakat tu itu je lah yang Anim boleh tanya. Dah Anim nak mandi dulu"

Adam mengangguk sambil tersenyum. Dah setahun lebih berkahwin malam ni juga Anim nak tanya soalan tu. Fikir Adam dalam hati...

Hai!!! I'm back! Selamat Hari Raya in advance!

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now