CINTA PENGGANTI 8

1.4K 52 1
                                    

Anim memulakan harinya sebagai seorang pelajar universiti yang dah bersuami bermula pada hari ini. Ira dan Mira pun tak tahu pasal ni, belum masanya lagi untuk diaorang tahu. Apatah lagi Farhan. Farhan masuk geng dah bermula daripada first semester hari tu. Satu fakulti tahu kalau Farhan ada hati pada Anim. Apatah lagi satu kelas, semua nak kenenkan Anim dan Farhan. Semua nak masukkan Anim dan Farhan dalam satu group work bila ada assignment berbasis team.

"Awak dengan Farhan eh, macam biasa" Seru pengetua kelas Khairol. Dia memang selalu diminta oleh rakan rakan sejawat untuk memasukka list nama Anim dan Farhan di dalam satu team.

Anim terdiam. Kalau dia menolak sudah pasti satu kelas akan kalut dan bertanya macam-macam soalan yang merapu "kauorang gaduh ke?" dan lain lain.

Kenapa pulak suaminya ni nak kan team work pada subject dia. Kalau Adam jealous nanti macam mana? Fikir Anim dalam hati.

"Doktor Adam tak ada pesan suruh cari member yang sesuai urutan nama ke?" Aishhhh merapu lah Anim mana pernah Adam buat macam tu, dia akan bebaskan pelajar dia memilih.

"Heh" satu kelas tak boleh brain soalan Anim.

"Kau tak nak satu team dengan Farhan ke canne ni?" Soalan Ira ni memang buat Anim rasa nak tutup je mulut dia yang celupar. Bercakap tak di filter dahulu pemilihan kosa kata. Sekurang-kurang nya pilih lah yang tak menyakitkan hati tuan si punya badan.

"Eh bukan macam tu. Okelah aku satu team dengan Farhan"

Farhan hanya diam saja di tempat dia duduk.

Celakanya Doktor Adam nak kan dua orang sahaja satu team. Jadilah Farhan dan Anim satu team untuk buat final project yang akan di submit pada paruh minggu kedua akhir pada semester ini.

###

"Awak kalau tak nak satu team dengan saya tak apa, Raina" Farhan menatap Anim sayu kali ini sambil meminum jus epal yang di pesan nya dari kedai aunty kolej ini. Geng membawang memang tengah lepak selepas kelas habis. Lepas ni tiada kelas. Tadi Doktor Adam tak dapat hadir sebab tu lah dia minta pengetua kelas pilih member team, kalau ada tak ada nya lah Anim akan satu team dengan Farhan.

"Bukan macam tu. Sumpah saya tak ada niatan nak kecikkan hati awak ke apa. Tapi, saya hanya macam "wow" dengan Farhan lagi ke, gitu! Jadi jangan kecik hati eh? Saya selesa satu team dengan awak, senang bekerja sama dengan awak. Awak bijak dan pintar"

"uwooooooo" Ira dan Mira bersorak macam cheers dah.

"dah mula saling puji memuji ye?" Sampuk Mira

"Aku cakap real lah, memang puji sebab Farhan memang macam tu kauorang pun pasti akan puji dia"

"Ye lah tu" jawab Ira dan Mira serempak

Wajah Farhan dah tersipu malu.

Kahwin disaat umur masih muda dan masih di bangku kolej memang banyak cabaran nya.

"Cantik cincin kau" Mira perasan dengan cincin yang diguna oleh Anim pada jari manis tangan kiri nya.

Anim segera menurunkan tangan nya kebawah.

"Kenapa kau pakai cincin tangan tu? Nanti orang ingat kau dah kahwin, nampak bentuk pun macam cincin nikah"

Ini memang cincin nikah lah, dalam hati Anim.

"Ha'a lah macam cincin nikah lah, kan Farhan?" Ira tanya pula pada Farhan.

Farhan mengangguk "ada lah macam nya. Tapi tak kan kot" jawab Farhan.

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now