CINTA PENGGANTI 41

1.1K 42 0
                                    

Rina membetulkan tudung nya banyak kali. Farhan membawa Rina ke sebuah restoran yang majoriti pengunjung nya adalah anak muda.

"Awak tak kisah ke kalau saya terlalu berterus terang nak kenal dengan awak?" Tanya Farhan.

Rina tersenyum "Awak patut berbangga sebab Awak berbeza dengan yang lain. Awak terus bagitahu saya niat awak"

"So awak tak kisah lah?"

Rina mengangguk sambil tersenyum.

"Rina, saya nak bagitahu awak yang dulu saya pernah suka kat Anim. Awak tak kisah kan?"

Rina berhenti dari memainkan sudu. "Farhan, siapa saya nak marah? Semua itu masa lalu awak dan kita tengah hidup di masa sekarang bukan masa lalu, kan?"

Farhan senyum sambil mengetap bibir nya. "Saya pun pernah gaduh dengan Abang awak sebelum ini"

"Tapi awak dah berbaik kan dengan dia? Saya rasa tak ada masalah. Farhan, dah ye? Saya tak kisah"

"Sorry, saya cuma nak jujur dan saya nak awak terima saya seada-ada saya"

"Saya pun sama, kurang saya banyaaaaak lagi. Let's work together, jom?!" Ajak Rina.

Mata mereka bertembung "Jom" Jawab Farhan.


###

Rina keluar dari kereta nya dengan banyak buah tangan. Kedua buah tangan nya sibuk membawa buah tangan untuk anak buah dan juga orang dalam rumah ini.

"Assalamualaikum.... your beautiful aunty is coming!!" Rina mengetuk pintu dengan laungan yang boleh buat orang muntah.

"Waalaikumsallam" Jawab Cik Nur seraya buka pintu.

"Cik Nuuuur, lama tak jumpa. Nah, tauhu bergedil" Rina menghulurkan plastik berisikan auhu bergedil kepada Cik Nur.

"Thank youuu... masuk lah. Cik Nur nak salin ini dulu"

"Okay" Rina terus masuk dan menutup pintu.

###

Anim dan Adam berada di ruang televisyen dengan Suria sekali yang berada di katil baby.

"Amboi... seronok nya hari-hari Minggu ni lepak depan tv" Suara Rina membuat Adam dan Anim berbalik.

"Rinaaaa" Anim nampak excited sebab Rina datang. Dah nak dekat seminggu dah tak jumpa best friend nya ni.

"Nah untuk Suri" Rina menghulurkan kotak transparant yang isi nya boleh kelihatan dari luar. Rina membelikan anak buah nya itu baju siap dengan aksesori nya.

"Terimakasih aunty Rinaaa" Anim mengambil kotak itu kemudian menaruh nya diatas meja.

Suri yang gebu gebas ni tengah tertidur dengan nyenyak nya. Rina hanya mampu tengok sebab kalau dia kacau habis dia kena marah Adam.

"Jangan kacau dia tidur ye. Kalau dia bangun sebab Rina, siaaap ye!" Adam siap-siap memberi amaran pada adik nya.

Rina jeling mata dekat Adam. "Ye Ye Ye... tak. Bising je Abang ni" Rina terus duduk di samping Anim selepas itu Cik Nur datang denga  bergedil yang tadi di bawa Rina dengan sirap bandung.

Anim menepuk peha Adam tanda ia tak bersetuju Adam marah kan Rina macam budak-budak.

"Sedap tauhu ni, beli kat mana?" Tanya Cik Nur

"Online, nanti Rina bagi IG dia ye Cik Nur"

"Cik Nur boleh buat okay" Ucap Anim. Terbuka mulut Rina "Laaaa ye ke? Boleh lah Rina belajar masak ye, nak kahwin ni kena lah belajar"

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now