♡●♡●♡●♡●♡
"Aku minta maaf. Aku sendiri tak kenal hati aku macam mana. Aku sendiri tak faham hati aku. Aku minta maaf sebab aku tak boleh bagi jawapan yang kau nak"
Dia tertunduk lemah. Sungguh, dia kelu untuk menjawab pertanyaan gadis di depannya itu.
"It's okay. Aku faham. Aku cuma nak bagitau supaya hati ini tak tertanya-tanya. Aku ada satu lagi benda nak bagitau kau"
Si gadis mengangkat muka. Senyuman palsu tertampal di wajah comel miliknya. Mata bulat miliknya kelihatan berkaca.
Si dia turut memandang wajah didepannya itu. Tuhan, mengapa hatinya sakit melihat mata sayu gadis itu?
"Aku dapat tawaran masuk sekolah berasrama penuh. Sebelum ni aku teragak agak untuk terima tapi sekarang hati aku dah tekad untuk pergi sana. Terima kasih sebab jadi sebahagian daripada memori terindah untuk hidup aku. Aku pergi dulu"
Si gadis senyum nipis sebelum dia laju berpaling pergi. Air mata yang ditahan sejak tadi kini turun laju membasahi wajahnya. Semakin laju langkah kaki diorakkan ke arah kereta ibunya.
Si dia hanya mampu memerhati. Ingin dia kejar namun kaki seakan digam di lantai dataran sekolah itu.
"I'm sorry Ardell. I'm truly sorry." Tertunduk si dia menahan tangis. Tuhan, betul kah apa yang aku lakukan ini?
♡
Awan yang indah menghiasi dada langit dipandang. Tak sangka dirinya betul-betul tiba disini.
Sekolah Menengah Sains, Tapah, Perak.
"Akak, jom lah masuk daftar."
Suara Ibu mengalihkan pandangannya. Bersama senyuman, si gadis mengangguk ceria.
Semoga dia bahagia sahaja disini.
♡●♡●♡●♡
APPLEARI PRESENT TO YOU
♡■♡■♡■♡
ARDELL LILY
♡
IQBAL MIKHAEL
'Kalau kau milik aku, lari lah ke hujung dunia sekali pun kau tetap akan kembali kepada aku. Dengan izin allah'
ENJOY! 🥰❤
YOU ARE READING
Hai Encik Imam!
Teen Fiction| My Love: Highschool series | ▪︎Volume 1= Hai Encik Imam!▪︎ ■□■□■□■□■□■□■□■ Crush. C.R.U.S.H. Benda yang basic untuk setiap perempuan ada waktu zaman sekolah mereka. Dan bagi Ardell Lily, kalau ada...