H.E.I |6|

334 45 39
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


°°°°°°

'Kalau kau milik aku, lari lah ke hujung dunia sekali pun kau tetap akan kembali kepada aku. Dengan izin allah'

••••••


Kaki bergerak tanpa henti. Berjalan kedepan kemudian berpatah balik. Berulang alik di hadapan katil sendiri bersama phone dalam genggaman. Diketuk lembut hujung telefon ke dagu sendiri.

"Nak mesej ke tak eh?" Telefon dibuka. Menyala cerah dengan wallpaper wajah sendiri. Kaki yang terhenti berjalan itu kembali digerakkan ulang alik. Selipar bulu yang tersarung dikaki menghasilkan bunyi kerana geseran. Hujung lengan baju tidurnya ditarik dan digenggam.

Tahu kenapa Ardell tak tentu arah?

Sebab, Ardell tengah fikir nak mesej Iqbal ke tak! Tanya pasal Karlisha itu.

Iya lah, memang Iqbal ada menidakkan tapi...

Mana tau apa yang Karlisha cakap tu betul?

Dan kalau tak betul, boleh la Ardell cucuk jarum! Kalau nampak green light, Ardell confess terus!

Ceh, macam berani!

Akhirnya, duduk dilabuhkan disisi katil. Penat pula berjalan kehulu kehilir tanpa arah. Telefon kembali dibuka. Jari jemari runcingnya bergerak mencari whatsapp sebelum laju nama Iqbal dicari.

Online!

Telefon dibaling keatas bantal!

"Omooo!!! Nak mesej ke tak eh?" Ardell pandang telefonnya yang cerah menyala di atas bantal seakan memandang harta karun. Tangan sudah mengetuk bibir tanpa henti. Berfikir dan berdebar. Hiks!

"Kalau aku tanya, agak-agak dia annoyed tak? Ye la mana tau dia tak suka orang masuk campur hal dia?" Ardell berpeluk tubuh pula sambil mata kekal memandang screen cerah itu. Teddy bear kesayangannya dicapai dan dipeluk kuat.

"Tak pun kalau dia tak suka aku chat dia? Dia tak suka aku? Ommaaaa" Ardell menjerit kecil lalu muka disembam pada kepala teddy bear. Takutnya.

"Fuh! Okay.. no, Ardell! Selagi kau tak confess, kau tak tau! Maka, marilah menuju kejayaan!" Ardell tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam, lalu dilepas kuat. Fuh... lets get it!

Tangan terhulur ingin mencapai telefon yang kian malap setelah dibiar lama. Semakin dekat dan..

"Argh!! Tak boleh! Takut siot..." tangan kembali memeluk teddy bear. Tiba-tiba telefon yang selalu ditangan, terasa seram untuk dipegang. Screen yang kian malap terus gelap. Terpadam setelah lama dibiar menyala.

Hai Encik Imam!Where stories live. Discover now