°°°°°°
'Kalau kau milik aku, lari lah ke hujung dunia sekali pun kau tetap akan kembali kepada aku. Dengan izin allah'
••••••
"Terima kasih cikgu" serentak itu kelas bergema dengan suara murid yang berbicara. Ardell tersenyum memandang guru kelasnya sehingga beliau keluar. Kemudian buku-bukunya dikemas masuk ke dalam beg.
"Dell, nak lepak tak petang ni?" Ara disebelah bersuara sambil bermain dengan tali botol air Ardell.
"Tak boleh lah." Beg sekolah terus disarung dan botol air dicapai kedalam tangan. Muka Ara yang frust itu dipandang seketika. Pandang lama-lama nanti muntah pula.
"Ala asall!!" Ara merengek gedik. Ardel terus tayang muka geli tahap sejuta. Fikir comel ke merengek merengek ni? Sungguh lah gedik dimata seorang Ardell Lily.
"Aku ada hal." dengan nada kereknya Ardell berkata. Siap angkat kening gaya boss besar! Ara terus sepetkan mata gaya curiga dengan kata-kata Ardell.
"Hal apa hah? Ohh dah tak nak roger aku dah sekarangg. Mentang-menta-"
"Lily!"
Kata-kata Ara dipotong oleh satu suara garau dari belakang Ardell. Terhinjut bahu Ardell dibuatnya. Terkejut.
"Yes?" Ardell terus berpusing menghadap si pemanggil. Ara pula mula mengukir riak nak mengusik. Pantang nampak Ardell dengan crush dia je terus sengih merenyam tu terukir dibibir Ara.
"Petang ni jangan lupa tau! Macam biasa dekat gelanggang futsal." Ardell senyum kecil lalu mengangguk. Faham apa yang dikatakan oleh Encik Imamnya didepan ini. Study setiap petang yang dah start sejak 2 minggu yang lepas antara mereka.
"Okay." Ardell mengangguk faham. Iqbal masih memandang dengan riak tak puas hati.
"Apaa??" Iqbal yang berkerut dahi dipandang tak faham. Apa pandang-pandang ni? Seram okay?!
"Okay apa?" Mendengar suara nakal Iqbal tu, Ardell dah faham dah nak apa tu. Terus dia melirik memandang Ara yang asyik pandang-pandang sejak tadi.
"Okay Iqiee" sedikit melirit suaranya. Ardell terus meraup muka tatkala mendengar Iqbal ketawa. Tak tau la ketawa suka ke ketawa terhibur ke apa.
"Okay bye Lily" iqbal melambai lalu terus berlalu pergi selepas Ardell membalas lambaiannya. Mata kembali dipusatkan ke wajah Ara. Dan ya Ara sedang tersenyum nak mengenakan dia. Haih habis gue.
"Lily? Iqie?" Ara mengangkat keningnya. Ardell terus berdehem. Membetulkan kotak suara yang tiba-tiba terasa kesat.
"Apaa..!" gaya hopeless Ardell bersuara. Ni nak mengejek lah ni. Menyampah gue.
YOU ARE READING
Hai Encik Imam!
Teen Fiction| My Love: Highschool series | ▪︎Volume 1= Hai Encik Imam!▪︎ ■□■□■□■□■□■□■□■ Crush. C.R.U.S.H. Benda yang basic untuk setiap perempuan ada waktu zaman sekolah mereka. Dan bagi Ardell Lily, kalau ada...