°°°°°°'Kalau kau milik aku, lari lah ke hujung dunia sekali pun kau tetap akan kembali kepada aku. Dengan izin allah'
••••••
"Kakak dah sampai" suara Ibu membangunkan Ardell dari tidur. Mata terkebil kebil memandang kawasan sekitar. Ada padang futsal, motor berlambak, gerai makan kecil.Oh, lupa...dia janji nak study dengan Iqbal macam biasa harini.
Hiks, itu lah! Tidur lagi dalam kereta! Kan dah pening. Laju sahaja kakinya disarung semula dengan kasut Adidas pink pemberian Ayahnya lalu Ibu disebelah disalam.
"Balik pukul berapa?"
"Ibu amik dalam pukul 5.30 la. Akak ingat nak singgah bazar kejap sebelum balik." Ardell berkata sambil beg sandang yang dicampak kebelakang cuba dicapai. Tak sampai. Sedih betul tangan pendek ni.
"Duit cukup tak?" Terus Ardell pandang Ibunya yang sedang membuka dompet itu. Tangan terhulur menutup dompet Ibu.
"Ehh..tak payah! Duit akak, Ibu bagi haritu cukup lagi. Bukannya akak nak beli banyak pun" Ardell sengih bila Ibu tayang muka tak percaya.
"Betul ni? Selalu cepat je habis duit" tergelak Ardell dengar ayat Ibunya. Tau lah dia boros kalau bab makanan tapi sekarang kan puasa. Bila je duit dia nak pakai? Nak pergi bazar dekat kawasan rumah dia? Malas lah. Lagipun Ayah dia bukannya bagi. Membazir katanya.
Ni pun nak pergi bazar sebab bazar betul-betul sebelah padang futsal. Kalau tak, memang susah dia nak jejak kaki pergi bazar. Malas yang amat.
"Ish tersentap kita hahaha. Iyaaa bulan puasa ni bila je la akak pakai duit." Ardell buka pintu kereta lepas Ibu membalas okay. Pintu kereta belakang dibuka dan beg nya diambil. Ibu dilambai kecil lalu kakinya bergerak ke padang futsal.
Dari jauh dah nampak dah Zafran dengan semangatnya melambai Ardell. Gigih weh siap menjingkit bagai. Tergelak Ardell dibuatnya.
"Apa benda la Zafran ni" Ardell geleng kepala. Langkah semakin besar diatur. Jam dipergelangan tangan kiri ditatap. 3 petang. Patut lah tak ramai orang. Bazar pun baru sikit bukak.
Tiba tiba Ardell nampak si Zafran yang gigih melambai tadi dengan Zrfan datang kesebelahnya. Dengan lagak bodyguard pulak tu! Nak muntah Ardell tengok muka acah macho masing-masing. Geli anak tekak.
"Dah apahal datang sini tetiba ni?" Muka Zafran dan Irfan dipandang bersilih ganti.
"Let us escort you, milady." Zafran berkata dengan penuh 'gentleman' nya siap tunduk ala ala orang zaman diraja! Irfan pun sama. Tergelak lagi Ardell dibuatnya.
"Tiber sangat asal. Selama ni takde pun."
"Saja. Nak tunjuk kau la our queen not her."
YOU ARE READING
Hai Encik Imam!
Teen Fiction| My Love: Highschool series | ▪︎Volume 1= Hai Encik Imam!▪︎ ■□■□■□■□■□■□■□■ Crush. C.R.U.S.H. Benda yang basic untuk setiap perempuan ada waktu zaman sekolah mereka. Dan bagi Ardell Lily, kalau ada...