°°°°°°
'Kalau kau milik aku, lari lah ke hujung dunia sekali pun kau tetap akan kembali kepada aku. Dengan izin allah'
••••••
Ustazah Najla
Petang ni iftar jangan lupaa.
Pakai menutup aurat okay.
No tudung singkat.
No kurta ketat.Mesej Ustazah Najla, Ardell baca pada bar notification sahaja. Shawl satin di kepalanya di betulkan. Di lilit cantik dan dibentuk awning sesempurna mungkin. Lip balm dicapai dan dicalit sedikit di bibir. Menjadi penyeri wajah. Minyak wangi disembur ala kadar.
"Haa... kan dah cantik Ardell Lily ni." Ardell gerakkan tubuhnya kekiri dan kanan. Jubah baby blue itu dibelek. Setelah berpuas hati telefon dan sling bagnya dicapai lalu Ardell melangkah turun ke ruang tamu.
"Hah,siap dah anak ibu ni. Ingatkan lama lagi." Ibu yang sudah duduk disofa ruang tamu itu Ardell pandang bersama senyuman. Tahu lah dia lambat siap!
"Ehee... sorry la, tadi cari tudung tak jumpa." Ibu hanya menggelengkan kepala. Perangai anaknya yang suka campak sahaja tudung merata-rata selepas pakai itu amat difahami olehnya.
"Bu, cantik tak?" Ardell pusing ala-ala princess depan Ibunya. Siap tersenyum comel lagi.
"Anak Ibu, of course cantik. Dah jom, nanti lambat sampai." Ibu bangun dari sofa. Ardell terus masuk kedalam kereta diikuti ibu.
♡
"Turun lah dah sampai" Ibu disebelah bersuara setelah hampir 5 minit, Ardell masih duduk dalam kereta sedangkan kereta sudah elok berhenti didepan pintu pagar sekolah.
"Ala... jap bu. Ara tak sampai lagi." Ardell sengih memandang ibunya bersilih ganti dengan telefon ditangan.
"Ya allah tunggu juga si Ara tu! Turun je lah. Ibu nak balik, nak hidang makanan. Air tak buat lagi. Nak berbuka lagi. Amik adik awak dekat sekolah agama lagi." Ibu dah mula membebel. Ardell terus memandang jam di dash board kereta. 5.30 petang.
"Iya laa akak turun." Tangan kanan ibu, Ardell capai lalu dikucup lembut.
"Akak tak nampak over kan?" Untuk entah berapa kali Ardell bertanya soalan itu kepada ibunya. Takut dia saja yang melawa harini.
"Tak akak. Akak nampak ayu je pakai jubah longgar dan tudung labuh macamni." Ardell senyum bila ibunya mencubit sedikit pipinya. Geram la tu.
YOU ARE READING
Hai Encik Imam!
Teen Fiction| My Love: Highschool series | ▪︎Volume 1= Hai Encik Imam!▪︎ ■□■□■□■□■□■□■□■ Crush. C.R.U.S.H. Benda yang basic untuk setiap perempuan ada waktu zaman sekolah mereka. Dan bagi Ardell Lily, kalau ada...