E8

55 7 10
                                    

Amaran: Cerita ini hanyalah rekaan dan tak bermaksud nak sakitkan hati siapa2. Sorry for typo.

Terima kasih kerana masih sudi meneruskan pembacaan korang. Love u guys😊😙.

Selamat membaca...

Junior membalas dakap orang tua nya itu apabila mereka datang dan memeluknya. Pada mulanya dia hanya terpaku dan tak tau nak buat apa-apa kerana diberikan kejutan. Ya..kejutan yang besar. Dia masih duduk di tubir katilnya. Seketika isakkan kecilnya kedengaran. Langsung membuatkan Na Ra dan Daniel melepaskan pelukkan dan memandang Junior dengan pandangan yang pelik.

"Junior...kenapa ni? Hmmm...Junior tak sihat ke?" tanya Na Ra lembut seraya mendekapkan belakang tangannya ke dahi Junior. Junior menggeleng.

"Kenapa abang-abang Junior ni buli Junior ke?" tanya Daniel pulak melihat ke arah Mark. Mark menggeleng laju. Junior menggeleng lagi.

"Dah tu kenapa?" tanya Daniel lagi sambil mengusap ubun-ubun anaknya itu dengan lembut.

"Ju...junior terlalu rindu dengan mama ngan papa" jawabnya sambil mengawal sendunya sendiri. Dia mengesat air matanya yang mudah mengalir itu.

"Aloloo...Junior kita rindu rupanya. Mama dan papa pun rindu juga dengan Junior" pujuk Na Ra sambil tangannya mengusap lembut pipi gembul Junior lalu membawanya ke dalam dakapan hangatnya. Mark dan ayahnya berpandangan satu sama lain dan tersenyum senang. Dan ketika itu juga wajah Daniel berubah sewaktu matanya menangkap balutan di kaki Junior.

"Kenapa dengan kaki anak papa ni?" tanya Daniel risau. Na Ra yang baru menyadari setelah suaminya menegur juga memandang Junior meminta penjelasan.

"Hmm...Junior accident hari tu. Tapi taklah teruk sangat. Dua tiga hari lagi baiklah tu" jawab Junior selamba. Mark memandang kepada Junior tidak percaya yang adiknya itu langsung tidak memberi tahu bahawa neneknya yang menambahkan lagi seliuh pada kaki Junior sehingga terpaksa menggunakan tongkat.

"Lain kali hati-hati ye..sayang" kata Na Ra lalu mengusap kepala Junior mengalirkan rasa sayangnya pada anak itu. Junior hanya mengangguk faham.

"That's our baby boy" tambah Daniel.

Manakala di luar bilik Junior, Song Ra mencebikkan bibirnya kerana berasa menyampah dengan semua yang di dengarnya tadi. "Huh! Manja betul! Percayalah...tak lama kau akan tinggal dalam keluarga ni" gumamnya sendiri lantas berlalu pergi.

Kembali ke dalam bilik Junior "Mama...Junior nak makan" pinta Junior sambil mengesat air matanya.

"Aik...Junior belum sarapan ke?" tanya Na Ra memandang Mark dengan tatapan tak percaya. Mark hanya tersengih.

"Belum" jawab Junior manja.

"Mark! Kenapa biarkan Junior tak sarapan?!" Daniel mencubit telinga Mark.

"Aduh..aduh...aduhhhh..sakitlah daddy" kata Mark lalu mencerutkan bibirnya dan memandang Junior yang kini terkekeh menahan ketawa.

"Hey, sampai hati tak ajak Jackson gurau-gurau manja" sampuk Jackson yang berada di ambang pintu sambil memeluk tubuh.

"Sinilah" ajak Junior dengan wajah gembiranya.

"Amboi! mentang-mentanglah mummy dan daddy dah balik..." ejek Jaksom lalu melangkahkan kakinya mendekati mereka.

~~~~

JB memandang telefonnya masih tiada balasan daripada Junior. "Dia lupa ke apa?" kata JB sendirian. Kemarin dia mengajak Junior menemaninya jalan-jalan hari ini. Tapi sampai sekarang dia belum menerima balasan daripada Junior.

{1} Junior✓Where stories live. Discover now