E9

45 9 10
                                    

Hai korang...saya kta ep9 hilangkn so...saya buat ep9 yg baru lagi...tpi x sma dgn seblm nilah..😭. Harap korang suka..

Peringatan: Hanya cerita rekaan tak bermaksud nak sakitkan hati siapa2 dan mention siapa2. Sorry for typo.

Selamat membaca~


Di restoran~

Junior menyantap makanan yang di pesannya tadi dengan senyap tidak mahu ikut campur perbualan orang dewasa. Dia hanya akan bersuara apabila ada soalan yang perlu dijawabnya sahaja. Dan selebihnya dia akan berdiam diri saja sambil menikmati makanannya. Junior menyudahi sesi makannya dengan meminum air yang di pesannya tadi. Setelah itu dia meminta diri untuk ke tandas. Jackson sempat menawarkan diri untuk menemaninya namun dia menolak lembut.

Junior mencuci tangannya sebelum keluar daripada tandas. Namun ketika dia ingin keluar pintu tandas dibuka dari luar. Seorang lelaki yanv taklah juga tua sangat berdiri menghadapnya lalu tersenyum. Junior mematung apabila bertembung dengan mata lelaki itu. Dapat dirasakannya sekarang ini satu badannya bergetar ketakutan. 'Mata itu..' hatinya berbisik. 'Aku pernah melihat mata itu..tapi dimana?...ya..mimpi buruknya...aku ingat mata itu' Junior cuba mengontrol dirinya dengan beranjak sedikit ke belakang untuk memberi ruang untuk lelaki itu masuk.

"Kamu tak apa-apa?" tanya lelaki itu. Walaupun lelaki itu berkata lembut namun dalam pendengarannya sangat menakutkan sehingga berjaya membuat jantungnya seakan luruh. Junior masih tak bergeming. Tanpa membuang masa dia terus melangkahkan kakinya untuk pergi dari situ. Namun pergelangan tangannya di tahan.

"Kamu okey ke?" tanyanya lagi. Junior hanya mengangguk sebagai jawapan. Entah kenapa dia tidak mampu bersuara saat ini. Lelaki itu melepaskan pegangan tangannya mungkin kerana melihat Junior seperti ketakutan. Setelah itu Junior terus meninggalkan tempat itu dengan langkah yang besar seolah-olah lelaki tadi itu mengejarnya.

Tecyeon menampakkan seringainya. "Kenapa kau nak takut?...aku darah daging kau tau!" bisiknya sambil menggenggam penumbuknya. "Ini semua salah kau Park Bong Pal! Kau ambil dia dari aku!" geramnya menahan amarah yang tengah bergelegak di dalam dirinya.

Junior sempat terlanggar meja tempat mereka duduk membuatkan mereka yang ada di sana terkejut. Dan mereka lebih terkejut melihat wajah pucat Junior yang melabuhkan punggungnya di sebelah Mark ditambah lagi dengan nafasnya yang kian memburu.

"Junior kenapa ni?!" tanya Mark risau. Junior terus mendakap Mark dengan tubuhnya yang bergetar ketakutan dengan nafas yang memburu.

"Ju..ju..ni...or...ta..ta..takut...abang..." luahnya denga  suara yang bergetar. Matanya sudah mengalirkan air mata. Mark menolak Junior dari dakapannya lantas mendongakkan wajah Junior untuk memandangnya.

"Kenapa dengan Junior ni?! Siapa yang buat Junior macam ni?!...bagitahu abang!" katanya dengan wajah yang risau begitu juga mereka yang lain.

"Ju...ju..junior takut abang.." beritahunya lagi. Mark melihat itu tudak keruan jadinya lalu membawa Junior kembali ke dakapannya. Jackson yang tadi hanya duduk terus berdiri dan beralih ke sebelah Junior lalu ikut memeluk adik kesayangannya. Jb dan Gong Myung hanya dapat terdiam sahaja melihat drama dihadapan mereka itu. Jackson dan Mark langsung tidak mempedulikan tatapan orang lain yang berada di restoran itu yang lebih penting adalah membuat adik mereka kembali tenang.

Selepas memasukkan Junior yang terlena ke dalam kereta bahagian penumpang di belakang. Mark menutup pintu kereta itu lalu kembali bersemuka dengan Jb dan Gong Myung. "Sorry bro...aku tak tau ni yang akan jadi" ucap Mark sempat mengerling ke arah Junior yang terlena dengan kepalanya di pangkuan Jackson.

{1} Junior✓Where stories live. Discover now