E2

58 8 2
                                    

Hai 👋. Kita jumpa lagi. Bagi sesiapa yang baca ni tolong lah bagi komen serta pendapat. So...bolehlah saya perbaiki penulisan saya ni. Okey, selamat membaca. Sorry for typo. 😊

Junior membuka matanya dengan nafas yang tidak teratur. Dia menekup wajahnya. "Mimpi rupanya...nasiblah..." katanya sambil mengurut-urut dadanya. Dia menoleh kanan dan kirinya. Nampaknya abang-abangnya tertidur bersama dengannya malam tadi. Dia memandang jam dinding. "Dah pukul 5:30 pagi rupanya. Mandi dululah nanti lewat pulak masuk sekolah" dia bercakap sendiri. Tanpa membuang masa dia terus bangkit dari katilnya.

Semasa jam menunjukkan pukul 6:30 Junior terus sahaja bersiap untuk ke sekolah. Tanpa disadarinya seseorang mengintai segala gerak-gerinya sehinggalah menyarungkan stokin ke kakinya. Tanpa membuang masa Junior bergegas mendapatkan basikalnya dan meninggalkan kawasan rumah neneknya. 

Song Ra menghela nafas panjang mengenangkan nasib cucu yang sangat dibencinya itu. "Kenapalah kau tak lari je dari rumah ni! Taklah keluarga aku susah nak urus kau! " katanya dengan nada yang marah. Padahal Junior tidak pernah menyakiti perasaannya malah budak itu sering mengambil hatinya. Tetapi dia langsung tidak mahu menerima layanan baik yang diberikan oleh Junior.

~~~

JB meberhentikan keretanya apabila lampu isyarat bertukar berwarna merah. Sedang dia menunggu matanya menangkap seorang budak lelaki (Junior) yang menunggang basikalnya dan beruniform sekolah. JB tersenyum sekajap kerana budak tadi itu mengingatkannya kepada masa silamnya sewaktu berumur 19 tahun.

~~~~

JB mengayuh basikalnya dengan laju untuk menuju sekolahnya. Sampai sahaja ke sekolah dia terus sahaja menyimpan basikalnya di tempat letak basikal tidak lupa menguncinya. Dalam perjalanannya ke kelas dia ditahan oleh seorang rakannya yang memang memunculkan diri dengan mengejut. JB sudah biasa dengan perangai kawannya seorang itu. "Awal kau hari ni" tegurnya.

"Eh..aku bukannya selalu datang awal dari kau apa" ujar Gong Myung dengan senyumannya.

"Hem..yelah! " balas JB tertawa kecil dengan perangai kebudak-budakan Gong Myung itu. Mereka berjalan beriringan menuju ke kelas. Masuk di kelas seperti biasa mereka akan mendengar sindiran-sindiran yang buruk terhadap JB. Tetapi JB sudah masak dengan semua tu dan dia hanya membuat tidak tahu sahaja.

"Wei! JB emak dan bapak kau mati sebab apa eh? Mushkil juga aku. " tanya seorang daripada rakan sekelasnya. JB tersengih mendengarkan pertanyaan tersebut.

"Kenapa kau nak tau? "

"Ala....saja nak tau. Kenapa tak boleh kah? " cabar orang itu.

"Tak payah sibuk pasal oranglah! Lebih baik kau fikirkan masalah kau tu. Kau ingat kau tu sempurna sangat ke? Exam pun selalu gagal! Belum lagi kau tu sebenarnya anak angkat kan! " tempelak Gong Myung menyebelahi JB.

"Kau sebok apa hal! "

"Kau yang sebok masalah orang dulukan! "

"Eh, dahlah! Aku malaslah dengan semua ni" ujar JB lalu terus keluar daripada kelasnya. Gong Myung turut membuntuti rakannya itu.

~~~~

Bunyi hon yang bertalu-talu menyedarkan JB ke alam nyata. Tanpa membuang masa dia terus menggerakkan keretanya. Selain seorang penulis komik yang terkenal dia juga seorang guru art di sebuah sekolah menengah. Namun identitinya sebagai seorang penulis komik tidak diketahui oleh orang awam kerana dia sendiri yang ingin menyembunyikan identiti sebenarnya.

{1} Junior✓Where stories live. Discover now