E12

44 6 3
                                    

Hai...gyus..apa khabarnya? Maafkan saya kalau saya lambat update yee...hope korang faham.

Peringatan: sorry for typo. Mls nk edit.

Selamat membaca~

Song Ra mundar-mandir di dalam bilik tidurnya. Sejak Junior di tahan di hospital dia mengambil tindakan untuk berlakon seperti seorang yang tidak tahu apa-apa walhal memang salahnya sendiri. Sepanjang itu juga dia dijaga oleh anak dan menantunya kerana takut dirinya terkena trauma yang boleh menyebabkan sakit mental. "Tak...tu bukan salah aku. Dia yang jatuh sendiri kan? Aku tak salah...aku tak salah..." katanya sendiri. Kemudian dia tersenyum senget. Apabila dia terdengar bunyi tombol pintu dipulas dari luar Song Ra buat tidak tahu dan hanya menunggu siapa yang ingin masuk ke biliknya.

" Mak Daniel nak bagitau hari khamis ni Daniel dengan Na Ra nak pergi outsation lagi. Tolong mak jagakan Junior emm.." kata Daniel sebaik saja dia berhadapan dengan emaknya.

"Esok lah maknanya tu...bila kamu berdua balik?" tanyanya.

"Mungkin selepas sebulan"

"Lama jugak!"

"Daniel akan cuba balik lebih awal lagi mak. Cepat siap cepatlah balik" kata Daniel cuba meredakan hati emaknya.

"Na Ra ikut ke?"

"Hmm.."

"Budak tu macam mana? Mak ni taklah larat sangat nak papah dia tiap hari!"

"Takpa mak...Mark dan Jackson kan ada...nanti Daniel bagitau supaya tolong mak"

"Huh! Tak boleh ke kalau budak tu tak susahkan aku. Asyik nak susahkan orang lain je!"

"Mak...dia anak Daniel juga"

"Eh!! Siapa cakap dia anak kau! Kau dan isteri kau tu je yang sanggup anggap dia anak! Aku tak akan anggap dia sebagai cucu aku sampai bila-bila! Kau dengar tu!" jerit Song Ra melepaskan geram.

Daniel bercekak pinggang lalu merengus geram."Daniel tak fahamlah dengan mak ni. Tak boleh ke mak buka hati emak tu untuk terima Junior. Dari dia kecik..mak langsung tak layan dia dengan elok. Dia budak tak tau apa-apa mak. Tolonglah faham...dia pun mahu hidup jugak mak.." ujarnya panjang lebar.

~~~~

Junior mebelek satu demi satu nota yang diberikan oleh Bambam dan Youngjae kepadanya. Sudah 2 jam dia begitu. Orang disekelilingnya hanya memerhatikan dirinya tanpa banyak bercakap. Kefokusan Junior terhenti apabila buku nota yang ditelaahnya dirampas. Dia menjuihkan binirnya tanda protes kerana bukunya dirampas.
"Junior masa untuk rehat pulak. Juniorkan belum sihat sangat." kata Jackson sambil memberikan senyumannya yang terindah.

"Yelah Junior, aku pun dah letih tengok macam tu. Rehatlah..." sokong Bambam. Youngjae turut mengangguk. "Ha'ah betul tu". "Aku datang sini nak borak ngan kau. Boleh pulak lau dahulukan buku tu daripada aku" kata Bambam.

"Yelah...yelah..." sahut Junior. Junior melepaskan keluhannya. "Mama dan papa mana abang?" tanyanya kepada Mark dan Jackson. Mark dan Jackson berpandangan sebelum Mark memberi isyarat kepada Jackson supaya memberitahu sahaja.

"Mummy dan daddy kat rumah jaga nenek." jawab Jackson.

"Oh.." sahut Junior lalu menundukkan wajahnya. "Abang....Junior nak ke tandas boleh?" tanya sambil tersengih.

{1} Junior✓Where stories live. Discover now