E11

48 9 0
                                    

Hai korang kita jumpa lagi. Sorry memang susah nk update masa2 sekrng ni. Sbb saya susah nk ada masa nk lawat wattpad ni. Kalau dikatakan sedih memang sedih. Tapi nk bwt mcm mna byk tugasan yg menunggu. Oklh mesti korang bosan dgr saya membebel nth apa2 ni. Terusknlh membaca. Jgn bosan dgn saya plz. Hihihi.

Peringatan: Sorry for typo. Sbb mls nk edit. Jgn cuba2 nk curi jln cerita ini!.

Selamat membaca~

Junior membuka matanya perlahan-lahan untuk menyesuaikan cahaya yang masuk ke dalam retina matanya. Setelah itu dia mendudukkan dirinya yang berbaring di atas lantai. Matanya meliar ke segenap tempat itu. Dia sekarang tengah berada di sebuah rumah yang cukup besar dan cantik. Namun dalam hatinya masih tertanya kenapa dia berada di situ?. Dia mula berdiri dan ketika itulah seorang lelaki sekitar 40-an sedang berlari ke tingkat atas secara tergesa-gesa. Junior pun mengikut langkah lelaki itu.

Sesudah berada di atas Junior dapat mendengar tangisan dua orang kanak-kanak dari dalam bilik yang tidak jauh dari situ. Lelaki tadi nampak tergesa-gesa menuju arah suara tersebut dan mesuk ke dalam bilik yang berada berhadapan dengan tangga. Junior juga turut melakukan hal yang sama.

Matanya membulat apabila melihat dua orang kanak-kanak di bawah kongkongan seorang lelaki yang bertopeng hitam dengan wanita seusia lelaki tadi terbaring berlumuran dengan darah. Yang Junior tahu perutnya ditikam oleh pisau.

"Tolong lepaskan anak-anak aku. Mereka tak salah!" ujar lelaki itu setengah menjerit. Lelaki bertopeng itu hanya tertawa menyeramkan. Dia menolak salah seorang daripada kanak-kanak itu kepada lelaki tersebut. Kanak-kanak itu nampak ketakuatan lalu memeluk ayahnya dengan ketat.

"Papa!..papa..tolong Jinyoung papa..." rengek si kecil yang masih berada dalam genggaman lelaki bertopeng itu. Nampak sangat badannya menggigil ketakutan.

"Tolong jagan apa-apakan anak saya. Saya merayu sangat-sangat dengan encik" rayu lelaki itu lagi sambil melutut.

"Ini bukan anak kau Park Bong Pal! Dia anak aku dengan isteri kau!" jerit lelaki bertopeng itu seperti orang gila.

Junior yang hanya memerhatikan babak tersebut terkejut melihat mata lelaki bertopeng itu. Dia terduduk lemah ke lantai. Mata itu...mata itu..serupa dalam mimpi. Apakah mereka orang yang sama?. Dia memandang kanak-kanak yang masih dalam genggaman lelaki bertopeng itu. Nafasnya sudah tidak terkawal mungkin kerana terlalu takut akibatnya dia pengsan. Junior memegang kepalanya yang tiba-tiba berdenyut sakit yang teramat sangat. Akhirnya dia terbaring lemah sambil matanya masih melihat kanak-kanak yang pengsan itu. Siapa pulak kanak-kanak tu?. Pandangannya terus gelap.

Hospital>
Mesin pengesan dekatan jantung yang disambung kepada Junior tiba-tiba berbunyi nyaring. Situasi ini membuatkan Mark dan Jackson panik.

"Jackson! panggil doktor! panggil doktor Jackson!" arah Mark panik. Dengan pantas Jackson menurut arahan. "Junior! Junior! Jangan tinggalkan abang..." kata Mark menangis sambil menggenggam tangan kanan Junior dengan kuat seolah-olah menyalurkan semangat.

Apabila keadaan kembali tenang Mark dan Jackson menghela nafas lega kerana Junior dapat di selamatkan. Yeojingoo menghampiri Mark dan Jackson yang menunggunya dari tadi.

"Kenapa dengan adik kami doktor?" tanya Mark ingin tahu.

"Junior tak apa-apa. Cuma tadi tu dia mengalami kekurangan oksigen dan membuatkan dia sukar bernafas. Sekarang ni dia dah stabil" terang Yeojingoo sambil tersenyum.

{1} Junior✓Where stories live. Discover now