E14

37 7 1
                                    

Hye yoo....guys. Apa Khabar? Hihihi. Org dsni saja nk ingtkn yg jalan cerita ni semuanya rekaan semata-semata xda kena mengena dgn realiti. Kalau ada ter'typo' tu sorrylh guys sbb saya mls nk edit balik. Ok...ep kali ni mungkin pendek dan ep yg akn dtg juga. Kalau saya rajin n byk idea saya buat panjanglh ye, kalau pendek tu tandanya saya kekurangan idea. Tpi saya harap cerita rekaan saya ni dpt diterima olh koranglh ye..Sekian.

Selamat membaca~

Junior membuka matanya perlahan-lahan untuk menyesuaikan cahaya yang masuk ke dalam retina matanya dari langsir bilik tidurnya yang ditiup-tiup oleh angin. Dengan malas dia memejamkan matanya semula. 'Hmmm...peliknya hari ni. Suara nenek tak kedengaran langsung. Eh! kejap...kenapa katil aku besar dan empuk semacam ni? Mimpi ke apa ni?' Junior terus membuka matanya lalu bagun. "Aik! Ni bukan bilik aku! Aku kat man...rumah abang Jb?!" Dia bercakap sendirian. Baru sahaja dia ingin meninggalkan katil pintu bilik tidur itu terkuak lalu menampilkan Jb dengan senyumannya yang membawa sedulang sarapan pagi.

"Apa benda ni bang? Kenapa Junior kat sini? Bukan ke abang nak hantar Junior balik?" tanya Junior bertubi-tubi.

Jb meletakkan sarapan tersebut dimeja tepi katil terlebih dahulu sebelum duduk berhadapan dengan Junior. "Kalau abang cakap ni kamu janji jangan marah abang atau tinggalkan abang eh" kata Jb lembut. Junior tertawa kecil.

"Kenapa pulak Junior nak marah kalau abang belum cerita apa-apa lagi."

"Tak penting! Junior janji dulu dengan abang.."

"Hmm..yelah-yelah"

Jb terus membawa Junior ke dalam dakapannya lalu menangis. Junior jadi pelik. "Kenapa ni bang? Kenapa abang menangis pulak ni?" tanyanya sambil menggosok belakang Jb dengan lembut.

"Maafkan abang Jinyoung..abang tak dapat jaga Jinyoung sampai jadi besar macam ni..maafkan abang sebab tak dapat cari Jinyoung dulu..maafkan abang Jinyoung" tutur Jb tersekat-sekat. Dia memeluk Junior dengan ketat seakan-akan tak mahu membiarkan adiknya itu pergi darinya lagi.

Junior langsung tak terkata apa-apa selepas mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Jb sebentar tadi. Air matanya turut mengalir tanpa ia sedari. "Apa yang abang cakapkan ni?" tanyanya masih bingung.

Jb meleraikan pelukannya lalu menatap mata Junior. "Junior adalah adik abang Jinyoung yang selama ni abang cari..." ujar Jb sambil tersenyum.

"Tak mungkinlah...kalau abang nak bergurau pun pagi-pagi ni janganlah merepek macam ni" sangkal Junior. Namun dia tidak mengesat air matanya yang mengalir.

"Abang terdengar pertengkaran nenek Jinyoung dengan Mark dan Jackson kemarin semasa abang hantar Jinyoung. Mesti Jinyoung sangka abang tipu kan. Tapi abang tak tipu Jinyoung. Semua yang abang dengar tu jelas. Tak mungkin abang tersalah dengar" jelas Jb.

"Patutlah nenek selalu nak singkirkan Junior rupanya Junior bukan anak mama dengan papa" kata Junior merasa sedih.

"Jinyoung tak marah abang?" tanya Jb lembut. Junior menggeleng lalu tersenyum kemudia memeluk Jb.

"Junior bersyukur sebab dapat tahu keluarga kandung Junior masih ada lagi. Tapi abang kena bersabar ye. Bagi Junior masa untuk terima semua ni"

"Abang tak kesah Jinyoung...yang penting Jinyoung gembira. Abang tak kesah semua tu. Jinyoung tak kesah kan abang panggil dengan nama Jinyoung" balasnya turut membalas pelukan adiknya. Junior hanya mengangguk.
Setelah suasana reda Jb menceritakan semuanya kepada Junior.

{1} Junior✓Where stories live. Discover now