Selamat membaca...sorry jarang update...and sorry kalau byk typo. Saya pun manusia juga dan jangan lupa cerita ni hanya rekaan semata-mata tak bermaksud nak sakit kan hati siapa-siapa. ✌😁sorry for typo.
Junior merebahkan badannya ke atas tilam setelah selesai membersihkan diri. Dia teringat kembali perbincangannya bersama abang-abangnya petang tadi.
(flashback)
"Lepas ni Junior abang ni...tak payahlah bersusah diri lagi nak dengar cakap orang macam si hidung besar tu" Mark berkata sambil tangan kanannya mengusap kepala adiknya. Junior tertawa kecil mendengar abangnya sengaja menekankan ayat 'si hidung besar itu'😂.
"Dan mulai esok Junior tak payah sekolah dekat sekolah tu lagi. Abang dah sedikan semua barang sekolah Junior tu dekat bilik Junior. Barang-barang tu semua barang sekolah untuk sekolah baru Junior." beritahu Jackson panjang lebar.
"Nenek macam mana? " tanya Junior pulak.
"Hal nenek serahkan je dekat your brother ni. Don't worry. " jawab Mark. Junior hanya mampu mengangguk.
"Jadi sekarang pergilah tengok-tengok dulu barang-barang tu. " ujar Jackson.
"Tapi kali ni yang terakhir eh...Junior tukar sekolah. "
"Uhmmm...yang tu belum pasti. " jawab Mark dengan senyuman manisnya itu. Junior buat wajah cemberut.
"Ala...lagi pun ni untuk kebaikan Junior jugakan. Junior untung tau sebab sekolah tu ramai perempuan cantik lepas tu cikgu dia pun baik-baik" beritahu Jackson. Mark mengangguk mengiyakan.
"Hish! Abang ni. Asyik perempuan cantik je! "
"Ala mana tau nasib Junior baik esok."
"Tapi kalau nasib tak menyebelahi Junior esok macam mana? "
"Jangan berfikiran negatif boleh tak Junior....jadi positiflah" kata Jackson.
"Yelah...yelah..."
"That's our little boy..." ucap Mark dan Jackson turut tersenyum.
"Junior dah besarlah.."
"Nope...your are still baby to us"
"Jap, abang pasang spy ke apa ni. Kalau tak macam mana abang boleh tau pasal ni? " tanya Junior pelik.
"Ermm...yang tu rahsia" jawab Jackson. Mark turut tersenyum nakal.
"Abang....bagitaulah. "
"Budak kecik tak perlu tau! " perli Mark.
"Abang...! "...
(endofflashback)
Junior memandang seragam sekolah sekolah barunya. Dia menghela nafas panjang. Masuk kali ini sudah tiga kali dia berpindah sekolah. Junior mengelap rambutnya yang masih basah menggunakan tuala kecil berwarna putih. Untungnya dia tidak mempunyai rakan-rakan karib. Walaupun dia banyak kali berpindah sekolah. Lagipun dia lebih suka menyendiri daripada mempunyai rakan karib. Junior membaringkan tubuhnya ke atas katilnya yang sederhana besar itu lalu menyelimuti badannya.
YOU ARE READING
{1} Junior✓
Fiksi PenggemarWatak: Junior@Park jin young Park jae bum Mark Jackson Sinopsis: Sebuah keluarga terpaksa dipisahkan demi menjaga keselamatan anak-anak mereka. Kerana dendam dan kisah silam membuatkan mereka diburu. Mampukah keluarga tersebut kembali hidup dgn bah...