•Chapter 6•

60 15 3
                                    

“baiklah, hari ini saya akan mengedarkan skrip dan kamu semua akan berlatih bermula esok. semua tahu kan watak masing-masing?”


“nae ssaem” jawab mereka serentak. Pemilihan watak dilakukan secara rawak iaitu melalui cabutan.


“baiklah. Kalau takde apa-apa lagi, kamu semua bol-”


“ssaem” Bomi memotong kata-kata Jung ssaem dan menyebabkan perhatian para pelajar kini padanya.


Jung ssaem memandang pelajar-pelajar lain sebelum memandang Bomi yang sedang tertunduk.


“kenapa?” soal Jung ssaem lembut.


“saya… saya...”


Jung ssaem memerhati anak muridnya itu. Ini kali pertama dia mendengar suara Bomi selembut dan selemah itu.


Jinyoung memerhati Bomi yang sedang duduk di sebelahnya manakala Yugyeom dan Hyojung pula gementar menunggu apa yang bakal keluar dari mulut Bomi.


“saya nak tarik diri” Bomi memberanikan diri dan menghabiskan ayatnya.


Jung ssaem memandang wajah Bomi dengan agak lama. Pandangan Bomi menunjukkan bahwa gadis itu benar-benar serius dengan keputusannya.


Para pelajar lain pula terdiam mendengar apa yang baru sahaja keluar dari mulut gadis itu.


“tapi kenapa?” soal Jung ssaem inginkan jawapan.


“saya tak rasa saya boleh bawa watak ni dan saya tak rasa saya nak bawa watak ni” jawab Bomi tidak teragak-agak.


“tapi kamu tahu kan saya takkan luluskan permintaan kamu tu?”


“ssaem, ssaem tahu kan saya takkan buat perkara yang saya tak suka? Kalau ssaem paksa saya sekalipun, saya tak rasa saya boleh perform dengan baik.” jawab Bomi lembut.


Jung ssaem terdiam. Dia menarik nafas panjang. Melepaskan keluhan. Dan hanya memerhati wajah-wajah yang berada di hadapannya.


“saya akan bagi kamu masa 2 hari. Selepas tu, saya akan tanya kamu semula samaada kamu nak sertai kumpulan ni lagi atau tak. Kalau kamu tetap dengan keputusan kamu, saya akan batalkan penyertaan Yeoreum High Gyeonggi-Do. Kamu semua boleh balik ke villa kamu” jelas Jung ssaem. Dia tahu bukan mudah untuk memaksa seorang pelajar bernama Yoon Bomi.


Kesemua 8 pelajar beredar dengan wajah yang tak dapat ditafsirkan. Bomi berasa bersalah namun dia sendiri tidak mampu memaksa dirinya.


“mian…” ucap Bomi sebaik sahaja keluar dari villa Jung ssaem.


“gwaenchana” beberapa orang pelajar tersenyum dan cuba untuk tunjukkan pada Bomi bahawa mereka tidak kecewa dengan keputusannya tadi.


Tidak seperti yang lain, Bomi pergi ke arah bertentangan. Yugyeom dan Hyojung yang menyedari hal itu terus berpatah balik untuk menyertai Bomi.


“kau rasa dia ok ke?” soal Hyojung.


“molla. Tapi, hari tu dia yang paling semangat nak join pertandingan ni” jawab Yugyeom.


“kalau macam tu, maknanya ada lah tu sebab dia tiba-tiba nak tarik diri” teka Hyojung.


Mereka berdua berhenti apabila Bomi tida-tiba duduk menghadap laut.


Perlahan-lahan mereka meneruskan langkah dan menuju ke tempat dimana Bomi sedang duduk.


“cantik kan warna pasir ni” soal Yugyeom walaupun dia sedar soalannya aneh.


“korang nak apa ikut aku?” soal Bomi sebaik sahaja dua kawannya itu melabuhkan punggung.


“kau ok ke? Kenapa tiba-tiba je kau nak tarik diri?” soal Hyojung.


“sebab aku malas lah nak join. Sekejap lagi dah musim sejuk so aku kena prepare untuk musim kegemaran aku” jawab Bomi.


‘heol tak masuk akal betul alasan aku’ detik hati Bomi.


“sekarang ni pun dah sejuk. Baik kau cakap apa sebenarnya punca kau nak tarik diri?” Hyojung tidak termakan dengan alasan bodoh Bomi.


“takkan sebab…” Yugyeom cuba menguji Bomi.


“sebab apa?” soal Hyojung manakala Bomi memberikan jelingan maut.


“takde apa lah. Nanti kau tahu juga. Dah lah aku nak pergi lepak dengan Jinyoung” Yugyeom sengaja menyebut nama Jinyoung dengan agak kuat.



“yah! Kim Yugyeom!” jerit Bomi sebelum membaling kasutnya dan terkena pada seseorang…

oooppsss!



Bomi yang terkejut terus berdiri. Begitu juga Hyojung yang lebih terkejut berbanding Bomi. Dia tidak sangka dia dapat melihat kasut terbang ‘menyerang’ perut Jinyoung.


“mi…mian” pinta Bomi apabila Jinyoung sedang membongkok memegang perutnya yang kesakitan akibat terkena ‘kasut terbang’.


“Jinyoung-ah!” jerit Yugyeom sebelum berlari ke arah Jinyoung dengan gaya seakan-akan ‘slow motion’.


Bomi yang berasa bersalah terus pergi ke arah Jinyoung. Bomi memegang bahu Jinyoung untuk membuat lelaki itu berdiri namun gagal.


“kau ok tak ni?” soal Bomi cemas. takut juga sekiranya dia disaman oleh ibu bapa Jinyoung.


“dah kau tak payah nak drama. Kasut je pun” Yugyeom yang baru tiba bersuara.


Jinyoung perlahan-lahan mula menegakkan badannya.


Bomi yang sedar Jinyoung menipunya terus memberikan pandangan maut.


Hyojung dan Yugyeom mula tergelak. Bomi dengan pantas menendang kaki Jinyoung dan membuatnya melutut sebelum beredar.


‘ada hati nak mainkan aku. Heol!’ marah Bomi dalam hati.


“ok, kalini betul-betul sakit” adu Jinyoung sambil mengurut lembut pehanya yang menerima ‘hadiah’ daripada Bomi tadi.

Bomi tidak memandang belakang dan meneruskan langkahnya. Dia sememangnya tidak selesa berada berdekatan dengan Jinyoung.

'kenapa dia asyik mengelak daripada aku?' detik hati Jinyoung.


Sejak pertama kali dia menjejakkan kaki di Yeoreum High Gyeonggi-Do, tidak pernah sekali pun Bomi bersembang dengannya. Lebih teruk lagi, gadis itu berkelakuan seakan-akan mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini.


Hyojung pula tidak dapat menyembunyikan perasaan ingin tahunya. Bomi sentiasa berkelakuan pelik apabila berhadapan dengan Jinyoung.

"kau... kenal Yoon Bomi ke?" soal Hyojung tiba-tiba.

Dalam diam, Yugyeom juga ingin tahu kebenaran tentang hubungan Bomi dan Jinyoung.

"Yoon Bomi?" Jinyoung tidak menjawab sebaliknya menjongket bahu dan tersenyum sebelum beredar.


"Hyojung-ah, kau fikir tak apa aku fikir?" soal Yugyeom.

"tak" balas Hyojung.

"ish kau ni!" Yugyeom sempat memukul lengan Hyojung sebelum berlari mengejar Jinyoung yang telah pun berada agak jauh.



                             <<>>

Thanks for reading ^^

[✔] SSBFA V: Will it Snow for Christmas (크리스마스에 눈이 내릴까) || JinMiWhere stories live. Discover now