•Chapter 27•

51 11 15
                                    

Sebaik sahaja keluar dari bilik pengetua, Bomi terus beredar meninggalkan Jinyoung. Segala apa yang keluar daripada mulut Jinyoung sebentar tadi seakan menghina dirinya. Jinyoung seolah-olah menyalahkannya dan Jinsol.

Sebaik sahaja tiba di dalam kelas, Bomi dengan pantas memasukkan segalanya ke dalam bag sebelum beredar.

Kelas yang tadinya senyap kerana semua sedang menjawab soalan, mula riuh apabila Bomi hanya membiarkan kertas soalannya kosong di atas meja dan beredar begitu sahaja.

Ketika sedang melangkah keluar, tanpa sengaja Bomi terlanggar Jinyoung namun Jinyoung tidak langsung memandangnya.

"korang kenapa?" soal Hyojung ingin tahu punca mereka berdua masuk ke dalam kelas dengan wajah yang dingin.

"korang gaduh?" teka Heejin.

Jinyoung tidak memberikan sebarang tindak balas atau jawapan pada soalan-soalan mereka.

"lantak korang lah. Malas nak masuk campur" ujar Yugyeom sebelum menumpukan semula perhatiannya pada kertas soalan.

__________

Pada waktu yang sama, Bomi menekan nombor pin untuk masuk ke studio.

Sebaik sahaja melangkah masuk, dengan segera Bomi menukar kata laluan. Dia tidak mahu sesiapa menganggunya lebih-lebih lagi Gowon dan Bambam.

_____________

[flashback]

"saya yakin Arin tak salah dan hal ni sepenuhnya salah Jinsol. Siapa tak kenal dengan Jinsol? Pelajar Level-1 yang suka buat masalah. Ssaem dah berurusan dengan kakak dia lama, tak mungkin ssaem tak kenal perangai adik-beradik ni" ujar Jinyoung mempertahankan Arin.


Bomi yang terkejut dengan kata-kata Jinyoung terus menoleh memandang lelaki itu.

"lagipun saya rasa punca utama masalah ni terjadi pun dah jelas. Mereka nak kekalkan kedudukan mereka sebagai Top Student dekat Level-1 dan Level-2." sambung Jinyoung lagi tanpa memikirkan perasaan Bomi.

Pengetua Lee memandang Bomi inginkan penjelasan mengenai perkara yang melibatkan adiknya dan Arin itu.

Jung ssaem yang turut berada di situ terkejut dengan tuduhan Jinyoung. Bukankah baru dua bulan lepas Jinyoung meluahkan cintanya, namun kini dia juga yang menghancurkan hubungannya.


"Kitorang memang suka buat masalah, tapi kitorang takkan jadi serendah tu untuk kekalkan kedudukan kitorang dekat sekolah ni. Kitorang tak pernah minta gelaran Top Student." balas Bomi dengan nada geram bercampur kecewa.

Tanpa teragak-agak Bomi menanggalkan lencana Top Student yang terletak kemas di bajunya.

"lencana ni, aku susah payah dapatkan. Tapi aku akan serahkan balik sebab aku tak nak orang macam kau pandang aku dengan pandangan yang sangat hina tu." ujar Bomi sebelum meletakkan lencana yang telah menjadi miliknya selama hampir 5 tahun.

Jinyoung memandang Bomi dengan pandangan yang penuh kebencian. Saat ini, gadis dihadapannya itu bukanlah teman wanitanya tetapi seorang pelajar bermasalah yang cuba menjatuhkan anak buahnya.

"aku percaya Jinsol takkan buat benda kotor macam tu. Ssaem, saya keluar dulu. Kitorang akan terima denda yang ssaem cakapkan tadi." sambung Bomi lagi sebelum menunduk 90 darjah dan berlalu keluar bersama Jinsol.


Jinsol juga menyerahkan semula lencana top student sebelum beredar.

"even if I die, I will never let you touch my sister. Aku akan buktikan yang aku tak salah dan sampai mati pun, aku takkan benarkan kau dekat dengan kakak aku lagi." Jinsol sempat memberikan amaran sebelum mengikuti langkah Bomi.



[✔] SSBFA V: Will it Snow for Christmas (크리스마스에 눈이 내릴까) || JinMiWhere stories live. Discover now