•chapter 7•

58 15 4
                                    

Pejam celik pejam tak celik celik, akhirnya tempoh dua hari yang diberikan oleh Jung ssaem telah pun berakhir.


Mereka semua dikumpulkan di ruang tamu villa tersebut.


“jadi macam mana? Yoon Bomi ssi?” soal Jung ssaem sebaik sahaja kesemua mereka mengambil tempat masing-masing.


Bomi memandang wajah kesemua mereka yang berada di situ. Hwang ssaem yang juga ketua persembahan teater kali ini juga turut berada di situ.


“saya…” Jung ssaem perasan dahi Bomi yang tiba-tiba berkerut.


Bomi memandang wajah Jung ssaem dan Hyojung sebelum melepaskan keluhan.


“saya akan teruskan persembahan teater kali ni”


“yeay!!!” beberapa pelajar mula bersorak sebaik sahaja Bomi menghabiskan ayatnya.


Bomi hanya memandang para pelajar tersebut sebelum bersandar pada sofa.


“baiklah semua, latihan akan bermula esok. Kita ada seminggu sahaja lagi sebelum hari pertandingan. Jung ssaem akan balik ke Seoul esok untuk menguruskan rekaan pentas dan sebagainya jadi, kamu semua perlu berlatih sendiri” terang Hwang ssaem.

“saya akan memantau kamu semua pada sebelah malam sahaja. Yoon Bomi dan Kim Yugyeom, kamu berdua sertai pertandingan ni setiap tahun jadi saya akan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kamu berdua untuk sesi latihan nanti” sambung Hwang ssaem.


“kepada yang lain, buat sebaik mungkin dan pastikan latihan dan persembahan kamu tu berbaloi untuk dibayar dengan piala emas”


“nae ssaem!” jerit mereka bersemangat.


“baiklah. Kami pergi dulu. Yoon Bomi, pastikan mereka semua ikut jadual yang akan saya hantar melalui email malam ni”


“nae ssaem” jawab Bomi.



“malam ni jom buat campfire. Esok kan kita dah mula sibuk jadi tak salah kan kalau kita enjoy malam ni?” cadang Hayoung.



“Bomi.. boleh lah!” beberapa orang termasuk Yugyeom cuba memujuk Bomi memandangkan dia yang bertanggungjawab mengetuai mereka semua sepanjang dua minggu itu.


Bomi memandang wajah-wajah yang berada di hadapannya sebelum tersenyum. “ok! Party tonight!”



Jeritan Bomi menambahkan keterujaan semua. Masing-masing mula masuk ke bilik mereka dan membawa sleeping bag masing-masing keluar.


_______________




“Bomi! Cepatlah! Matahari nak terbenam dah ni! Kata nak tengok sunset sama-sama!” jerit Jiyeon dari luar.


“nae! Nae! Sekejaplah!” balas Bomi seraya berlari menuruni anak tangga.



Kini kesemua mereka telah pun mengambil tempat msing-masing untuk melihat matahari terbenam bersama-sama.


Beberapa orang daripada mereka mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk merakam manakala selebihnya pula hanya menikmati keindahan yang sedang terpamer di depan mata mereka.



Beberapa minit selepas itu, matahari pun mula terbenam dan kawasan sekeliling mereka perlahan-lahan menjadi gelap.


Tetapi… sebuah lampu yang terpasang secara tiba-tiba membuatkan mereka semua berpaling dan memandang dari mana datangnya cahaya tersebut.



Terlihat seseorang sedang berdiri di tempat lampu tersebut terpasang.


“ssaem~!” jerit mereka semua sebelum berlari ke arah Jung ssaem


Yugyeom dengan selamba memeluk Jung ssaem kerana terlalu terharu dengan layanan Jung ssaem yang agak memanjakan mereka.


“malam ni kamu semua boleh enjoy. Tapi, pastikan kamu tunjuk persembahan dan kerjasama yang baik atau kamu semua akan dipindahkan ke sekolah yang berasingan” ugut Jung ssaem.


“ssaem~”



“ok…ok… saya gurau je. Malam esok kamu semua akan mula berlatih jadi…. enjoy. Saya balik dulu” ujar Jung ssaem sebelum beredar.


“gomawo ssaem!” jerit semua pelajar.


“Yah Yoon Bomi, pergi ambil grill” arah Yugyeom selamba.


“heol. Kau nak kau lah ambil” balas Bomi seraya tangannya pantas memukul bahu Yugyeom.


“auch. Sakitlah. Nak ambil lah ni. Ish” adu Yugyeom berserta keluhan.



Bomi dan Hyojung tergelak melihat perangai Yugyeom yang agak bangang.


“Hyojung-ah!” panggil Yugyeom dari jauh.


“kenapa?”


“teman aku! Tolong aku bawak bahan-bahan bbq!” jerit Yugyeom lagi.


Tanpa banyak soal, Hyojung terus berdiri dan bersedia untuk membantu Yugyeom.



Tiba-tiba Bomi terasa seperti seseorang sedang duduk di sebelahnya. Dengan pantas Bomi berpaling untuk meihat siapakah yang sedang duduk di sebelahnya dan tekaannya tepat.


“kau… kau kenapa duduk dekat sini?” soal Bomi.


“kau tak jawab soalan aku. Kau kenal aku kan?” Jinyoung tidak berputus asa dan masih lagi bertanya soalan yang sama seperti tempoh hari.


Namun, sekali lagi Bomi mengelak untuk menjawab.



“Bomi-ah! Tolong aku ambil bahan dekat atas meja. Tangan aku penuh lah” pinta Hyojung.


Dengan pantas Bomi beredar dan pergi mengambil bahan yang mereka perlukan untuk sesi bbq nanti.


‘aku takkan berhenti sampai kau jawab’ detik hati kecil Jinyoung.


_______________


Setelah hampir 30 minit menyediakan bahan-bahan dan peralatan, akhirnya bbq party mereka pun bermula. Sambil-sambil menunggu makanan yang dibakar oleh Jinyoung dan Yugyeom siap, beberapa orang dari mereka mula mendirikan khemah.



<skip>


Setelah selesai menikmati makan malam, mereka semua berkumpul berdekatan unggun api untuk memulakan aktiviti mereka.


Untuk permainan pertama, mereka akan bermain truth or dare yang telah dicadangkan oleh Jinyoung.


“aku nak mula!” Yugyeom menawarkan diri.



“Gowon-ah, kau dah ada boyfriend?” soal Yugyeom berani.


Gowon yang agak pemalu memandang sekeliling. Perlahan-lahan Gowon menggeleng.


“Bomi ssi, boleh tak kalau kau serahkan title top student kau dekat aku?” soal Gowon pula.



“boleh. Tapi kau kena berusaha untuk ambil title tu dari aku” jawab Bomi tenang membuatkan Gowon tidak berpuas hati.


Ketika Bomi telah bersedia untuk mengajukan soalan, tiba-tiba Jinyoung mengangkat tangannya menandakan dia ingin menjadi orang seterusnya yang bertanyakan soalan.


Bomi mengalah dan melepaskan gilirannya untuk 'menyerang'.



“Yoon Bomi, kau kenal aku sebelum aku datang sini lagi kan?” seperti yang dijangka, Jinyoung menggunakan peluang itu untuk mendapatkan jawapan.


Bomi terdiam. Begitu juga para pelajar yang lain. Entah mengapa ramai yang tertarik dengan kisah mereka.


“aku pilih dare” dan seperti yang dijangka oleh Jinyoung, Bomi cuba mengelak.


“dare? Jawab soalan aku sekarang juga” nada suara Jinyoung tiba-tiba berubah membuatkan Hyojung dan Yugyeom berpandangan sesama sendiri.

Bomi kalah. Dia tidak tahu bagaimana lagi hendak mengelak dari menjawab soalan Jinyoung.


“aku takde jawapan untuk soalan tu”


"kenapa takde? semua soalan ada jawapan. Dan jawapan untuk soalan aku adalah samaada ya ataupun tak" ujar Jinyoung.


"aku tak rasa soalan kau penting untuk aku jawab" balas Bomi tidak mengalah.

"kau-"


“ok! Bomi dah jawab now giliran Hyojung pula” Yugyeom cuba mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih teruk.


Permainan pun berterusan sehingga jam 11 malam. Setelah tamat bermain truth or dare, mereka beralih pula ke beberapa jenis lagi permainan sebelum masing-masing masuk ke khemah dan tidur.


                            <<>>

Thanks for reading ^^


A/N: idea terhad hehe...

[✔] SSBFA V: Will it Snow for Christmas (크리스마스에 눈이 내릴까) || JinMiWhere stories live. Discover now