•Chapter 31•

56 12 15
                                    

-Yeoreum High, kelas-



“seperti yang telah saya beritahu minggu lepas, hari ini merupakan giliran kelas kita untuk membersihkan dan mengindahkan lagi Yeoreum’s Garden. Jadi, dalam masa 30 saat, saya nak semua berkumpul dalam kumpulan masing-masing.” terang Jung ssaem sebelum melihat jam di tangan.




“ready? Go!”


kesemua pelajar dengan pantas bergerak untuk berkumpul dengan kumpulan masing-masing. Satu kumpulan terhad kepada 3 orang sahaja.


“baiklah, siapa yang takde kumpulan lagi, sila berdiri sebelah saya” arah Jung ssaem.



Jinyoung berjalan ke arah Jung ssaem dengan sangat bersahaja memandangkan Jung ssaem rapat dengannya.


Pada masa itu juga, Bomi masuk ke kelas dalam keadaan tidak tahu apa-apa kerana Bomi baru sahaja tiba selepas berjumpa dengan Lee ssaem.


Secara tiba-tiba, Bomi menjadi pusat perhatian para pelajar di dalam kelas. Tanpa sedar, senyuman terukir di bibir Jung ssaem namun sempat dia mengawal sebelum dilihat oleh mereka.



“Bomi ssi, kamu satu kumpulan dengan siapa?” soal Jung ssaem walaupun dia sebenarnya tahu jawapan gadis itu.


“nae? Kumpulan?” Bomi keliru. Dia tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut.



“ssaem, dua minggu dia takde. Kes tu…” beritahu Hyerim selaku president kelas.



“ah. Jadi, kamu nak kumpulan dengan siapa?” soal Jung ssaem walaupun terang-terang tiada tempat kosong dimana-mana kumpulan.




Bomi memerhati sekeliling mencari Hyojung dan Yugyeom. Namun, pencariannya berakhir dengan kehampaan apabila Hyojung, Yugyeom dan Heejin telah pun membentuk satu kumpulan.


“saya boleh buat seorang.” ujar Bomi.



“tapi saya nak kamu berada dalam kumpulan. Jadi, Bomi ssi mari sini” panggil Jung ssaem.



Lambat-lambat Bomi melangkah ke arah Jung ssaem. Bomi cuba untuk tidak bertentang mata dengan Jinyoung.



“baiklah. Jadi semua telah pun berada dalam kumpulan. Jadi, Hyerim ssi, lead the way”



“nae”



Kesemua pelajar berjalan dalam kumpulan menuju ke Yeoreum’s Garden.



<skip>



Setibanya di Yeoreum’s Garden, Jung ssaem mengagihkan tugas kepada setiap kumpulan kecuali satu.




“Jinyoung ssi dan Bomi ssi, saya nak kamu berdua tukar ‘dinding’ di sekeliling kebun ni” arah Jung ssaem.



Bomi tidak menjawab sebaliknya mengambil peralatan yang diperlukan dan menuju ke store untuk mengambil plastik yang telah disediakan.



Ini bukan kali pertama Bomi menukar dinding kebun tersebut kerana sebelum ini dia pernah didenda untuk membuat perkara yang sama jadi dia tidak lagi kekok membuat perkara itu.




Jinyoung yang tidak tahu hendak buat apa hanya berdiri memerhatikan Bomi.




“ish dia ni! Lembablah. Bukan nak tolong angkat tangga ke apa ke, dia tengok je?” bebel Yugyeom.




Ketika sedang memerhatikan Bomi, tiba-tiba telefon Jinyoung berbunyi menandakan ada mesej masuk.




Kau tengok je ke mampu? Sekarang ni kau pergi ambil tangga dekat store sebab dia akan perlukan benda tu - Yugyeom



Dengan pantas Jinyoung beredar ke store untuk mengambil tangga seperti yang diberitahu oleh Yugyeom.


Bomi menanggalkan plastik yang lama dengan bantuan Jung ssaem memandangkan Jinyoung tidak berada di situ. Lagipun, Bomi sememangnya tidak mahu bekerjasama dengan lelaki itu.




Beberapa minit kemudian, Jinyoung tiba semula sambil membawa tangga.



Jinyoung hanya meletakkan tangga di hadapan Bomi tanpa berkata apa-apa. Mereka yang ‘menonton’ pula yang berasa geram dengan tindakan dungu Jinyoung.



‘tolong Bomi pegang tangga tu’ Jung ssaem memberikan isyarat kepada Jinyoung.



“nae?” soal Jinyoung kuat. Suaranya menarik perhatian Bomi dan Bomi terus mengalihkan pandangannya pada Jung ssaem. Jung ssaem yang sedar Bomi sedang memerhatikannya, berpura-pura sedang membantu kumpulan lain.



“Hyojung!” panggil Bomi.



“nae?”



“tolong aku pegang tangga. Aku tak boleh percaya orang lain” ujar Bomi bersama sindiran.



“nae” Hyojung mengalah. Rancangan yang dibuat oleh Jung ssaem dan Yugyeom berakhir tanpa apa-apa hasil dan semuanya disebabkan oleh Jinyoung.



_______



Malam itu…



Salji turun dengan sangat lebat. Semua pelajar dibenarkan untuk pulang awal. Namun, Bomi baru sahaja mendapat panggilan bahawa kereta Puan Han rosak jadi Bomi membuat keputusan untuk menunggu teksi.



Disebabkan keadaan tersangat sejuk, Bomi memeluk dirinya sendiri. Dia tidak membawa payung memandangkan salji pada sebelah pagi tidak terlalu lebat.




Bomi setia menanti teksi di hadapan pintu utama. Namun, walaupun selepas hampir 2 jam, teksi masih tidak kelihatan. Jam ditangan telah pun menunjukkan hampir jam 11 malam. Salji juga turun dengan semakin lebat.


Akhirnya sebuah teksi berhenti di hadapannya. Setelah memastikan teksi tersebut tidak mempunyai penumpang, Bomi dengan segera masuk ke dalam teksi.



“ahjussi, tolong hantar saya dekat alamat ni” Bomi menyerahkan alamat yang ditulis di atas kertas kepada pemandu teksi tersebut.


Tanpa menjawab, pemandu tersebut pun mula memandu. Keadaan di dalam teksi sangat tenang. Hanya bunyi ‘wiper’ yang menemani perjalanan Bomi.



“ahjussi, kalau kita ambil jalan ni, mana jalan ni akan bawa kita?” soal Bomi tiba-tiba.


“ahjussi, am I your first passenger tonight?” soal Bomi lagi.



Pemandu teksi tersebut hanya mengangguk dan tidak bersuara.
Pandangan Bomi masih lagi tertumpu pada keadaan bersalji di luar tingkap.



Setelah hampir 30 minit, akhirnya Bomi tiba di rumahnya.


Sebelum keluar, Bomi menyerahkan beberapa keping wang kertas kepada pemandu tersebut.



“keep warm” ucap Bomi seraya menyerahkan dua pek pemanas.



Bomi terus berjalan masuk ke rumahnya dan menuju ke biliknya sebelum menutup pintu.



______


Pada masa yang sama, di dalam teksi…



Dikala itu, hanya bunyi ‘wiper’ yang menamani Jinyoung. Tanpa sedar, Jinyoung telah memerhatikan wiper tersebut agak lama.



Wiper yang semakin condong dan berkeriut itu seakan mengejek dirinya kerana menjadi bodoh. Bunyi yang dihasilkan oleh wiper tersebut juga seakan memarahinya kerana menjadi terlalu menyedihkan.



“Mian. Kalau aku tahu kita akan jadi macam ni, aku takkan kenalkan diri aku sebagai Jinjin” Jinyoung menyesal dengan tindakannya yang telah pun membuatkan Bomi menjadi lebih jauh darinya.



Jinyoung tidak berganjak. Sejam telah berlalu sejak Bomi turun dari teksinya. Hot pack yang diberikan oleh Bomi juga telah hilang kehangatannya tetapi masih tiada tanda-tanda bahawa Jinyoung akan beredar.




“when it snows, you have two choices, shovel or make snow angel” tiba-tiba kata Encik Yoon terngiang di telinganya.




“I’m sorry samchun for choosing shovel this snow” ucap Jinyoung sedih.



________



Pada masa yang sama, Bomi yang berada di biliknya hanya memerhati teksi tersebut bersama air mata. Dia tahu Jinyoung berada di dalam teksi itu tetapi dia berpura-pura tidak menyedari perkara tersebut.



“kenapa kau kena datang balik kalau kau cuma nak sakitkan hati aku? Salah aku juga sebab senang sangat bagi hati aku dekat kau.”



Bomi tahu terlambat untuknya menyesali semua itu tetapi bukan mudah juga untuknya melupakan Jinyoung.



                             <<>>


Thanks for reading ^^

[✔] SSBFA V: Will it Snow for Christmas (크리스마스에 눈이 내릴까) || JinMiWhere stories live. Discover now