•Chapter 9•

56 15 1
                                    

D-Day

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Hari dimana mereka bakal mempersembahkan hasil daripada latihan mereka yang penuh dengan cabaran.


YH Gyeonggi-Do mendapat giliran ke-4 untuk membuat persembahan.


Kesemua tenaga pengajar tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan hanya dibenarkan untuk duduk di tempat yang telah disediakan.


“aku sure kita boleh buat yang terbaik dan dapat tempat pertama. Fighting!” Yugyeom cuba memberikan semangat kepada rakan-rakannya yang sedang gementar menunggu giliran mereka.


“Bomi-ah, kalau kita tak menang macam mana?” soal Hyojung risau.


“aku tak tahu” jawab Bomi pendek.


“kalau kita tak dapat tempat pertama macam mana?” soal Hyojung lagi.


“Hyojung-ah aku sure kita boleh menang.” Bomi cuba untuk menenangkan Hyojung yang sedang gementar sekaligus menenangkan dirinya sendiri.


“baiklah, sekarang giliran kamu semua.” beritahu seorang staff yang bertugas.


“ok guys, fighting!” Yugyeom mengetuai sorakan.


Selepas itu, mereka pun memulakan persembahan mereka. Hwang ssaem dan Jung ssaem tidak dapat menonton persembahan mereka dengan tenang kerana terlalu gementar.


Setelah hampir 40 minit, mereka semua pun berjaya menamatkan persembahan mereka tanpa mewujudkan kejadian-kejadian yang tak diingini.


Keputusan hanya akan diumumkan selepas 2 jam.


<skip>


Setelah tamat tempoh 2 jam yang diperlukan oleh para juri untuk menentukan pemenang, kesemua peserta dan tenaga pengajar dipanggil semula ke atas pentas untuk mengumumkan pemenang bagi Pertandingan Teater antara Yeoreum High.


Hanya seorang wakil dari setiap kumpulan dibenarkan berada di atas pentas. Seramai 6 kumpulan telah menyertai pertandingan tersebut dan kini kesemua mereka gementar menunggu keputusan.


Yeoreum High Ulsan dan Yeoreum High Gyeonggi-Do bersaing untuk mendapatkan gelaran johan.


“saya hanya akan menyebutkan nama Yeoreum yang mendapat tempat pertama bagi pertandingan teater kali ini. Selama 5 tahun berturut Yeoreum High Ulsan mempertahankan gelaran mereka sebagai ‘King Of Yeoreums’. adakah mereka bakal menjadi juara lagi tahun ini?”
Jinyoung tertunduk. Jika sebelum ini dia menyertai pertandingan teater di bawah nama Yeoreum High Ulsan, kini dia bertanding di bawah nama Yeoreum High Gyeonggi-Do.


“yeay!!”


Lamunan Jinyoung terhenti apabila Hyojung, Yugyeom dan pasukan teater Yeoreum High Gyeonggi-Do bersorak dengan tersangat kuat.


“kena-” tidak sempat menghabiskan pertanyaannya, tangan Jinyoung terlebih dahulu ditarik untuk naik ke atas pentas.


“Bomi-ah!” jerit Hyojung sambil berlari ke arah Bomi yang sedang terpaku di atas pentas seorang diri memandangkan Hwang ssaem dan Jung ssaem sedang menerima hadiah di tengah pentas.


“chukkahe!!” ucap Bomi kuat sebelum menyertai Hyojung dan rakan-rakannya yang lain melompat kegembiraan.


“ssaem! Kita menang!” jerit Yugyeom teruja.


Jinyoung juga teruja melihat rakan-rakannya yang lain gembira dengan kemenangan mereka. Setelah 4 tahun mengalahkan mereka, kini dia menyertai pertandingan tersebut sebagai ahli kumpulan YH Gyeonggi-Do.


_____



-Villa-

Kesemua pelajar yang menyertai pertandingan teater telah pun bekumpul di hadapan Villa mereka untuk menikmati makan malam istimewa bagi meraikan kemenangan mereka.


“Bomi mana?” soal Hwang ssaem apabila hanya Bomi masih belum menyertai mereka.


Hyojung memandang kiri dan kanannya untuk mencari Bomi. Namun usahanya sia-sia apabila dia tidak menjumpai kelibat gadis itu.


“ssaem, saya cari dekat atas lah. Mana tahu dia terlupa ke. Ssaem mula je dulu. Nanti saya bawa dia turun” ujar Hyojung sebelum melangkah masuk ke dalam Villa.


Dengan pantas Hyojung berlari naik ke biliknya.


Seperti yang dijangka, Bomi masih lagi lena di atas katil.


“Bomi-ah…” Hyojung cuba mengejut Bomi.


“urmmm…”


“Kau tak nak turun ke?” soal Hyojung perlahan.


Namun tidak dijawab oleh Bomi. Gadis di hadapannya itu terus membisu.

“ish dia ni. Orang tanya, dia tidur pulak” rungut Hyojung.


“Bomi-ah~” panggil Hyojung lagi seraya menarik tangan Bomi. Walaupun dia tahu gadis di hadapannya itu penat, dia tetap memaksa Bomi untuk bangun. Tak mungkin dia turun semula tanpa Bomi.


“Hyojung-ah~” dalam keadaan mamai Bomi memanggil nama sahabatnya itu.


“kau kena turun juga. Semua dah tunggu kau.” paksa Hyojung sambil berjalan ke arah almari yang menempatkan pakaian mereka.


Hyojung mencapai salah satu padding coat berwarna putih dan memaksa Bomi memakainya.


Bomi yang tersangat mengantuk hanya membiarkan badannya diperlakukan seperti anak patung oleh Hyojung.


“jom” Hyojung menarik tangan Bomi dan berlalu kerluar menuruni anak tangga dan menuju ke tempat dimana mereka semua sedang berkumpul.


Yugyeom dan Jung ssaem sedang menyediakan makan malam manakala pelajar yang lain menikmati pemandangan di luar villa tersebut.


Setibanya di depan pintu, mata Hyojung sibuk mencari Yugyeom dan Jinyoung.


“aha!” akhirnya Hyojung menjumpai orang yang sedang dicarinya.


“Jinyoung-ah, tolong jaga dia ni. Aku nak ambil makanan. Lapar” pinta Hyojung sebelum tersenyum dan beredar meninggalkan Bomi yang masih lagi mengantuk bersama dengan Jinyoung yang sedang duduk di atas buaian kayu.


Jinyoung tidak mengendahkan Bomi yang sedang mengantuk dan hanya menumpukan perhatian pada telefon bimbitnya.


Ketika sedang sibuk membaca berita-berita di chatroom YH, tiba-tiba Jinyoung terasa seperti ada sesuatu terjatuh di bahu kirinya


Perlahan-lahan Jinyoung menoleh. Tanpa sedar, tangannya laju membetulkan ‘kedudukan’ rambut Bomi yang telah pun tertidur di bahunya.


Jinyoung mengalihkan rambut Bomi yang menutupi wajah gadis itu. Dia merenung setiap inci wajah gadis itu dan tersenyum.


“kau still cantik” puji Jinyoung perlahan.


Seakan baru tersedar akan perlakuannya, Jinyoung dengan pantas melihat tempat lain dan membiarkan Bomi lena di bahunya.


_____


Pada masa yang sama, Hyojung dan Yugyeom memerhati Jinyoung dari jauh. Entah mengapa, mereka berasa lega dengan kehadiran Jinyoung.

Tanpa sedar, Jung ssaem juga memerhati mereka berdua. Terukir senyuman di bibirnya. Senyuman yang tiada siapa tahu makna disebaliknya.

                         <<>>

Thanks for reading ^^


[✔] SSBFA V: Will it Snow for Christmas (크리스마스에 눈이 내릴까) || JinMiWhere stories live. Discover now