•Chapter 33•

51 14 5
                                    

-Yeoreum High-


Semua pelajar telah pun masuk ke kelas kecuali seorang.


“Hana mana?” soal Puan Hwang namun dibalas sepi oleh para pelajar.


“Yerim?”


“mollayo” jawab Yerim selaku class president.


Pada saat itu juga Hana tiba di hadapan kelas dan para pelajar mula berbisik dan ada juga yang tergelak melihat keadaannya.


“Hana, kamu pergi mana? Siapa yang buat semua ni?” soal Puan Hwang.

Tidak seperti kebiasaan, kali ini hanya berdiam dan tidak bersuara. Dia hanya menunduk. Wajahnya ditutupi dengan rambutnya yang basah. Keseluruhan bajunya basah seakan dia baru sahaja meredah hujan.

“duduk tempat kamu” arah Puan Hwang.


Hana melangkah ke tempat duduknya dan apa yang dilihatnya sangat menyakitkan hati. Tempat duduknya dipenuhi dengan tepung. Namun, dia tidak bersuara dan melabuhkan punggung seperti tiada apa yang berlaku.


Kedengaran suara beberapa orang pelajar ketawa melihat keadaan tersebut.


_______

Keesokan harinya,


-toilet-

Ketika hampir tiba di hadapan toilet, Bomi terdengar suara beberapa orang pelajar ketawa gembira di dalam tandas. Sebaik sahaja melangkah masuk, terlihat beberapa orang pelajar sedang menuang beberapa baldi air di dalam salah satu tandas secara bergilir.


Bomi tidak mengendahkan mereka dan terus menuju ke sinki untuk membasuh tangannya. Perkara tersebut tidak lagi baru padanya memandangkan Yeoreum High sememangnya sebuah sekolah yang dipenuhi dengan pelajar yang bermasalah.


Ketika itu juga, semua pelajar tadi berlalu keluar dengan gembira.


Bomi melangkah ke arah tandas tersebut. Bomi mengalihkan batang mop yang diikat di hadapan pintu supaya pelajar yang berada di dalam tidak dapat keluar.


Bomi membuka perlahan pintu tandas tersebut dan terlihat pelajar yang sangat dikenali sedang berdiri dalam keadaan basah.


Bomi bersedia untuk beredar sebaik sahaja mengetahui identiti mangsa para 'pembuli' Yeoreum High namun tangannya terlebih dahulu ditarik.



“Bomi-ah” panggil pelajar tadi lembut.


Bomi tidak menoleh dan hanya membiarkan tangannya dipegang.


“mianhae. Aku tahu mesti kau tak nak tengok pun muka aku seorang ni tapi aku nak minta maaf sebab buat semua tu dekat kau. Kau tahu kan aku buat semua tu sebab aku cemburu bila tengok kau rapat dengan Jinyoung. Aku tahu, kau tahu semua benda buruk yang jadi dekat kau semua disebabkan aku and kau tak pernah bagitahu ssaem pasal tu kan”

“aku tak bagitahu ssaem sebab aku malas nak ada kaitan dengan pelajar macam kau bukan sebab aku nak tolong kau.” balas Bomi sebelum menarik kasar tangannya dan beredar.


Hana hanya mampu melihat Bomi hilang dari pandangannya. Gadis itu kelihatan sangat marah dan tiada tanda-tanda bahawa gadis itu akan memaafkannya.


________

-Bomi’s class-

Para pelajar berada dalam keadaan yang tenang memandangkan Han ssaem berada di dalam kelas.


[✔] SSBFA V: Will it Snow for Christmas (크리스마스에 눈이 내릴까) || JinMiWhere stories live. Discover now