•Chapter 13•

54 15 4
                                    

Beberapa hari kemudian…


Hubungan Jinyoung dan Bomi semakin rapat. Mereka kini sering menghabiskan waktu bersama.


Walaupun ramai yang tidak suka dengan hubungan Bomi dan Jinyoung, namun tiada siapa berani untuk menyuarakan hal tersebut kecuali Hana yang telah beberapa kali cuba mencabar Bomi.


________________


-Yeoreum High-


“guys, kita kan dah nak cuti jadi, aku nak bawak korang pergi Ulsan” beritahu Jinyoung.


“Ulsan? Kita cuti seminggu je”


“Ulsan bukan jauh pun” Jinyoung cuba meyakinkan mereka.


Hyojung dan Yugyeom terus memandang Bomi. Mereka akan pergi jika Bomi bersetuju untuk pergi.


“aku…” Bomi teragak-agak. Jika dulu dia sangat teruja setiap kali nama Ulsan disebut, kini segalanya telah berubah. Sejak beberapa tahun lalu, Bomi agak tidak selesa apabila Ulsan disebut.


Bomi memandang satu per satu wajah di hadapannya. Sebelum melepaskan keluhan pendek.


“nae” akhirnya Bomi bersetuju.



<skip>


Selepas beberapa hari berlalu, akhirnya mereka telah pun bersedia untuk pergi ke Ulsan.


Hyojung, Yugyeom, Arin dan Jinyoung telah pun tiba di tempat yang mereka janjikan. Hanya Bomi yang masih belum tiba.


“mana Bomi?” soal Yugyeom sambil melihat jam ditangannya.


“dia kata dia dah nak sampai.” beritahu Hyojung.


Beberapa minit kemudian, Bomi dan Jinsol tiba di lapangan terbang.


_______________


Setelah hampir 1 jam, akhirnya mereka tiba di sebuah kawasan perumahan.


Jinyoung, Hyojung, Yugyeom, Jinsol dan Arin berjalan sambil bergelak ketawa namun, Bomi tidak bersuara sejak mereka mula menjejakkan kaki di Ulsan.


“Bomi mana?” soal Hyojung apabila Bomi tidak berada di sisinya.


Sebaik mendengar pertanyaan Hyojung, mereka semua memandang belakang dan terlihat Bomi sedang berdiri tegak sambil merenung salah sebuah rumah disitu.


“unnie” panggil Jinsol seraya memegang tangan kakaknya. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran kakaknya dikala itu.


Sedar namanya dipanggil, Bomi terus mengalihkan pandangannya kepada Jinsol yang sedang berdiri di hadapannya.


Jinsol melemparkan senyuman sebelum menarik tangan Bomi.


Selepas melepasi beberapa buah Bomi, akhirnya mereka tiba di sebuah rumah mewah milik keluarga Jinyoung.


Tit! tit! Tit!


Mereka semua hanya memerhati Jinyoung yang sedang fokus menekan nombor pin pintu rumahnya.


“eomma!” panggil Jinyoung sebaik sahaja pintu dibuka.


Beberapa saat kemudian, terlihat seorang wanita pertengahan usia berjalan ke arah mereka.


“wahhh~” Hyojung dan Yugyeom kagum melihat wajah wanita itu. Walaupun telah pun berada di pertengahan usia, tidak dapat dinafikan wanita itu kelihatan agak muda.


“annyeonghaseyo” sapa mereka serentak seraya menunduk.


“kamu semua pelajar Yeoreum ke?” soal Puan Han.


“nae” jawab mereka.


“eomma, ni… Bomi” Jinyoung memperkenalkan sekaligus mengingatkan Puan Han tentang Bomi, sahabatnya dahulu.


“Bomi? Yoon Bomi?”


Bomi hanya mengangguk bersama senyuman.


“eomma mana? Appa?” soal puan Han sambil memegang kedua tangan Bomi. Sejak kecil lagi Bomi sering datang ke rumahnya untuk bermain dengan Jinyoung dan rakan mereka yang lain namun segalanya berubah sejak Bomi berpindah.

Puan Han tidak sangka kanak-kanak itu membesar dengan baik dan kini berada di hadapannya sekali lagi.

'cantik' detik hati Puan Han.



Bomi memandang rakan-rakannya. Dia terkedu dengan soalan Puan Han. Dia tidak bersedia dengan soalan itu tetapi dia tidak dapat menolak untuk menjawab.


“eomma… dekat Seoul. Appa…” Bomi teragak-agak untuk meneruskan ayatnya.


“appa dah takde” celah Jinsol apabila dia sedar akan perubahan wajah Bomi.


Semua yang berada di situ terkejut namun mereka sempat mengawal reaksi mereka.

"tu siapa?" soal Puan Han. Dia tidak pernah berjumpa dengan Jinsol jadi dia agak keliru apabila Jinsol menggelar Encik Yoon 'appa'.

"tu Jinsol. Adik Bomi. Sebaya Arin" Jinyoung cuba membuat Puan Han faham dengan keadaan itu. Dia tidak mahu Puan Han bertanya lebih lanjut mengenai keluarga Bomi.


“eomma, eomma kata nak masak. Jinyoung lapar lah” soal Jinyoung tiba-tiba ingin menukar topik perbualan.


“ada. Ada dekat situ. Biar eomma siapkan” Puan Han beredar untuk menyediakan makanan tengahari mereka.


_____________


[flashback]


9 tahun lepas…


“samchun, kenapa samchun bawa Bomi pindah? Lepas ni Jinyoung nak main dengan siapa?” soal Jinyoung bersama tangisan yang masih dapat ditahan.


“mian. Samchun janji, setiap tahun samchun akan bawa Bomi jumpa Jinyoung” ujar Encik Yoon.


“janji?”


“janji. Samchun nak tengok kamu dengan Bomi pakai tu” jelas Encik Yoon seraya menunjuk ke arah beberapa orang pelajar yang sedang memakai baju berwarna hitam dan skirt/seluar kelabu.


Sejak dulu lagi, mereka yang bergelar pelajar Yeoreum High sememangnya akan dipandang dengan pandangan yang berbeza berbanding dengan pelajar High school yang lain.


“tapi kenapa samchun nak kitorang pakai baju tu?” soal Jinyoung yang kurang faham dengan permintaan Encik Yoon. Padanya semua High School adalah sama namun Encik Yoon berkali-kali menyuarakan keinginannya melihat Bomi memakai baju sekolah tersebut.


“baju tu lain. Janji dengan samchun, kamu pun akan masuk sekolah tu. Lepas tu, kamu boleh lah jumpa samchun pakai baju tu.”


“nae. Jinyoung janji” jawab Jinyoung sebelum memeluk Encik Yoon yang sememangnya rapat dengannya.



[end of flashback]


_________________


“samchun, samchun dah janji nak tengok Jinyoung dengan Bomi pakai baju Yeoreum High. Jinyoung dah tunaikan janji Jinyoung tapi samchun pergi sebelum tengok Jinyoung tunaikan janji tu. I hate you samchun” Jinyoung memandang langit yang telah pun gelap.


“Jinyoung?” panggil Puan Han sebelum mengambil tempat di sebelah anaknya.


“eomma. Samchun dah janji nak tengok Jinyoung pakai baju tu, masuk sekolah tu. Tapi samchun pergi macam tu je” adu Jinyoung sedih. Siapa sangka itu merupakan perbualan dan janji terakhirnya dengan Encik Yoon, seseorang yang telah dianggap seperti bapanya sendiri.


Puan Han menarik Jinyoung ke dalam pelukannya. Jinyoung baring di bahu Puan Han.


Dia teringat saat-saat Jinyoung hampir meninggalkan rumah tersebut apabila Encik Park telah mendaftarkan Jinyoung di sebuah High School berdekatan dan bukannya Yeoreum High.


Disebabkan Jinyoung bukanlah pelajar yang terbaik di sekolahnya, agak sukar untuk Encik Yoon mendaftarkan Jinyoung di Yeoreum High. Walaupun dia didaftarkan, tidak semestinya Jinyoung akan diterima di sekolah tersebut.


Namun, atas bantuan Encik Jeon dan Jung ssaem, akhirnya dia diterima di sekolah tersebut.


Tetapi, sebelum sempat Jinyoung menunjukkan lencananya sebagai pelajar Yeoreum High, Encik Yoon terlebih dahulu meninggalkannya dan janjinya.


Malam semakin larut. Mereka yang lain telah pun tidur manakala Jinyoung masih lagi berada di luar rumah dan merenung langit.


Dia masih tidak dapat mempercayai apa yang dikatakan oleh Jinsol. Disebabkan Encik Park jarang balik ke rumah atas urusan kerja, Encik Yoon lah tempat dia bermanja. namun kini, encik Yoon telah pun tiada dan dia tidak sempat mengucapkan selamat tinggal.

                            <<>>

Thanks for reading ^^

[✔] SSBFA V: Will it Snow for Christmas (크리스마스에 눈이 내릴까) || JinMiWhere stories live. Discover now