001

124 9 0
                                    

3 tahun kemudian~

Yn menikmati suasana pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sehingga membuat rambut Yn berkibar.

Tipulah kalau Yn tak teringat John iaitu bekas ketua ASC. Yn sudah anggap dia seperti bapa angkatnya.

Tipulah kalau dia tak rindu suasana dia dan John bergurau semasa latihan, semasa bertengkar, semasa Yn melakukan misi yang bahaya, semasa pertama kali Yn berjumpa dengan John.

Tipulah kalau Yn tak rasa bersalah atas apa yang berlaku. Setiap hari dia masuk ke office atau bangunan ASC, orang pertama yang muncul dalam kepala otaknya ialah John.

Dan dalam masa yang sama dia terima dengan takdir. Tanpa dia jumpa John dia tak akan ada Minho yang sentiasa memberikan kasih sayang yang sepenuhnya yang sekarang telah menjadi suaminya.

Tanpa dia jumpa dengan Minho, dia tidak akan berjumpa dengan abangnya iaitu Changbin.

Yn juga bersyukur kerana dia telah menerima cahaya mata yang comel sekali. Sekarang dia sudah ada keluarga yang lengkap.

Yn percaya apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Tiada benda yang akan berlaku tanpa sebab.
Yn sayang dengan orang sekelilingnya yang sentiasa bersusah payah tolong dia selama Yn hidup. Yn tidak tahu bagaimana untuk membalas jasa mereka yang hidup mahupun yang mati.

Setitis air mata Yn jatuh ke pipinya dengan perlahan. "Yn?" suara yang selalu membuat Yn rasa dikasihi.

Yn toleh ke belakang dengan perlahan. "Hey.." Yn nyaut dengan sopan. Minho datang ke arah Yn lalu memegang tangan dia. "You cry again.. " Minho lap air mata Yn di pipi dengan menggunakan ibu jari kiri.

"Macam mana saya nak hargai jasa diorang yang dah mati at least ya-" Ayat Yn terputus apabila Minho sentuh bibirnya dengan ibu jari sambil "shh.. Please.. Stop asking that question.." Minho pandang tepat mata Yn.

"But.. " pandangan Yn jatuh ke tangan mereka. "Its okay.." Minho peluk Yn.

Dan dalam masa yang sama telefon Yn berdering. Minho lepaskan Yn.

Yn: hello?
Han: we need your help!
Yn:kenapa?
Felix: sekarang plan untuk misi ni gagal. Jadi huru hara!

Yn dengar bunyi tembakan dan bom.

Yn: macam mana boleh jadi macan ni?!
Han: kawan kau ni dia terkantoi!
Changbin: Yn cepat datang! Kitaorang perlukan pertolongan sekarang! Tak ada masa untuk tanya soalan!

Suara Changbin jerit dari talian.

Yn: alamat?
Han : jalan xxxx bangunan lama!

Talian terputus. "Hello?!" Yn tengok skrin. "Putus?!" Yn simpan telefon dalam poket seluar.

"We need to go now" Yn baru nak pergi, Minho tahan dia. "Apa jadi?" wajah dia cemas. "Kita cerita dalam kereta" Yn lari ke arah kereta diikuti dengan Minho.

XXX

Minho parking kereta di tempat yang jauh. "Nah." Minho bagi besi. "Seriously?" Yn pandang besi dari atas sampai bawah.

"Pakai apa yang ada" Nak tak nak Yn terpaksa ambil. Mereka keluar dari kereta dengan senyap.

Yn berikan isyarat kepada Minho untuk dia masuk dahulu. Minho membuat isyarat OKAY.

Sebaik Minho masuk ke dalam, Yn melihat sekeliling bangunan itu. "Why so dumb" Yn panjat tingkat dua dari luar lalu masuk ke dalam melalui tingkap yang terbuka.

Dari jauh Yn dapat lihat presiden bawa ke luar. "I need to think.... Huh!"
Yn hentak besi itu dengan kuat di lantai sambil jalan. Dia jalan dengan selambanya sambil bersiul.

Bunyi tembakan semua dihentikan apabila Yn memulakan plan yang pintar itu.

Semua mata ke arah Yn yang mula turun melalui tangga. Yn memberi isyarat kepada Changbin dan Chan pergi ke luar. Mereka faham maksud isyarat yang Yn berikan.

"Kau siapa huh?!" salah seorang dari kumpulan gangster tengking ke arah Yn dari jauh. "Erm.. Manusia?" Yn senyum manis yang dapat membuat mana-mana lelaki cair melihat senyuman itu.

"Memanglah manusia.. Maksud aku nama kau!" orang yang sama bersuara. "Oo.. Aku.. Kawan.. Kepada isteri.. Kau." Yn tunjuk lelaki yang bertanyakan soalan tadi.

Yn sendiri tidak tahu yang lelaki itu ada isteri ataupun tidak. Tapi tengok gaya lelaki itu seperti ada isteri.

"Huh? Isteri aku mana ada kawan macam kau?" ting! Betul tekaan Yn yang lelaki itu mempunyai isteri.

"Dia tak nak kenalkan dekat kau..sebab.. Kau busy bunuh orang.." Yn buat muka kesian.

"Betul juga kau ni. Aku jarang layan isteri aku dekat rumah. Sibuk kerja cari duit." Lelaki itu keluar dari tempat perlindungan dia.

"Aku pun sama. Anak-anak aku selalu tanya kenapa baju aku berdarah. Aku tak tahu nak jawab apa aku cakap itu sos cili" seorang lagi lelaki berdiri.

Dan dalam masa yang sama Minho, Han dan Felix mengambil kesempatan untuk ketuk kepala mereka berdua sehingga pengsan.

Yn hembus nafas lega. "Good plan!" Felix hi five dengan Yn. "Asal kurang orang eh?" Han tengok sekeliling.

"PRESIDEN!!" mereka semua cakap serentak lalu kelam kabut keluar dari bangunan.

Sebaik mereka keluar, Yn nampak dari jauh ada seorang lelaki memegang pistol ke arah Changbin yang sedang membuka ikatan di badan Presiden.

"CHANGBIN!!" tidak sempat Yn lindung, peluru itu tepat kena jantung Changbin. Langkah Yn terhenti apabila melihat Changbin jatuh ke tanah.

Bagaikan masa terhenti apabila Changbin terkena tembak dari seseorang dari arah jauh.

Perasaan marah mula timbul dalam diri Yn. Dia terus rampas pistol kecil lalu menundingkan ke arah lelaki itu. Malangnya lelaki itu sudah larikan diri.

Yn campak pistol itu dengan perasaan tak puas hati. Tanpa membuang masa dia pergi ke arah abangnya.

"Abang? Wake up! Please.. Dont leave me.. Abang je satu-satunya waris yang Yn ada..." air mata Yn jatuh bercucuran.

Minho rasa nadi Changbin. Tiada denyutan lagi. Minho tak kuat untuk bersuara dia hanya menggelengkan kepalanya.

"No.. No.. No.. No!!" Yn jerit sekuat hati sambil menumbuk dada Changbin yang berlumuran darah.

Keesokan pagi

Grave

Mayat Changbin selamat dikebumikan. Hidung Yn merah menyala, mata Yn sembab kerana semalaman dia nangis tanpa henti.

Lepas seorang, seorang yang meninggalkan Yn. Mula-mula ibu bapanya, kemudian John yang sudah anggap seperti bapa dan akhir sekali abangnya iaitu Changbin.

Yn melihat gambar Changbin yang tersenyum di situ. Perasaan dendam mula tumbuh dalam diri Yn.

'Aku akan cari kau tidak kira siapa diri kau' detik di hati Yn yang penuh dengan dendam.

To be continued

AGENT LOVE (THE END)Where stories live. Discover now