006

48 7 0
                                    

Belum sempat Yn masuk ke dalam bilik pejabatnya, El dengan tercungap-cungapnya berdiri sebelah Yn.

"Aku ada benda nak tunjuk dekat kau" El cakap dengan penat. "Okay" Yn letakkan ibu jari di tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Belum sempat El masuk, pintu itu tutup dengan automatik sehingga membuat dahi El terhantuk. "Aduh! Kau kan bos kau tak ajar eh?! Sakit tahu sakit?" El usap dahinya yang merah kerana terhantuk dekat pintu.

Pintu itu automatik dibuka semula. El masuk ke dalam dengan malasnya. "Apa benda kau nak tunjuk?" Yn tanya sambil mencari file untuk tunjuk kepada sahabatnya. "Aku ada record suara lelaki tu" El keluarkan telefon bimbitnya lalu mainkan rakaman suara.

Perbuatan Yn terhenti seketika kemudian dia letakkan file di atas meja lalu dia mencari sesuatu.

Laptop khas yang dia cari tadi lalu dibuka atas meja. "Kau mainkan balik suara dia" El ikut apa yang Yn suruh.

Sebaik rakaman itu habis, Yn tekan butang ENTER. Dengan lambat, laptop itu mencari siapa pemilik suara itu.

Sementara tunggu laptop itu cari pemilik suara itu, Yn letak kertas maklumat depan mata El.

"Apa ni?" El tanya. "Ni maklumat yang aku dapat. Orang yang kau cakap dia ada parut yang kemungkinan orang yang sama bunuh Changbin. Sebab orang yang bunuh Changbin itu juga ada parut di lengan. And this" Yn letak gambar atas meja.

"Lelaki ni ada sebiji parut yang aku nampak hari itu." Yn pandang muka El yang berkerut melihat gambar.

"Bila kau ambil gambar ni?" El tanya tetapi pandangan masih ke arah gambar itu. "Bila aku ambil gambar tu semua tak penting yang penting sekarang, kenapa muka kau berkerut?" giliran Yn pula berkerut.

"Tak. Lelaki ni macam aku kenal tapi tak tahu dekat mana" El jawab sambil menilik muka orang itu walaupun gambar itu hanya dapat tengok dari tepi sahaja.

Belum sempat Yn tanya soalan, ada seseorang mengetuk pintu. Yn tekan butang. Kelibat Minho yang tercegat depan pintu masuk.

Yn kelam kabut simpan kertas ke dalam file. Laptop khas itu hanya tutup sahaja tetapi tidak Shut down lalu letak di sebelah komputer.

Yn dan El memandang Minho dari atas ke bawah sebanyak 5 kali. Rambut Minho serabai, kameja putih terkeluar dari seluar, tali leher dilonggarkannya.

"Ouh. Hai El." Minho dengan malasnya lambai tangan ke arah El. Pandangan Minho jatuh ke arah isterinya yang sudah berpeluk tubuh.

"Arh.. Boleh tolong handle kan jakun anak awak tu?" Minho senyum comel sehingga tidak nampak mata.

"Anak saya, anak awak, tu lah bawa dia lagi datang sini awak pun dah tahu dia tu jakun gila kalau nampak benda-benda teknologi ni. And awak pun dah tahu dia ikut perangai awak" Yn membebel sampai ke luar bilik.

Minho ikut Yn dari belakang sambil membetulkan penampilannya. "Tengok tu orang cakap bukan nak dengar" Yn tarik telinga Minho.

El sadar dekat dinding luar bilik sambil tergeleng kepala melihat gelagat sahabat karibnya dengan suaminya gaduh manja di ASC.

"Aku tak tahu lah kalau Jieun tu suka membebel ke tak" El senyum sendiri.

Dan dalam masa yang sama, laptop khas itu sudah siap mencari pemilik suara itu.

Luar Bangunan

"Gotcha!" Yn dukung anaknya dengan erat. Sebaik Yn memusingkan badannya, dia terlanggar seseorang.

"Ouh! Sorry" Yn bongkokkan badannya 45°. "Tak apa" lelaki itu balas dengan senyuman.

Belum sempat Yn menyambung langkahnya, lelaki itu bersuara.

"Erm.. Saya nak tanya sini ada tempat kerja tak? Saya tak kesah kerja apa asalkan dapat belanja sara hidup saya" Lelaki itu tanya dengan sopan sekali.

Yn diam seketika. "Awak pandai tak lawan like.. Karate? Taekwondo?" Yn angkat kening sebelah.

"Pandai saya ada tali pinggang hitam dalam taekwondo" Lelaki itu berikan senyuman semasa menjawab soalan Yn.

"Erm..  Macam ni lah. Ni, kad saya. Malam nanti pada pukul 9 malam, awak call saya." Yn hulurkan kad berwarna hitam kosong dan hanya ada nombor telefon sahaja.

Lelaki itu menyambut kad yang diberi oleh Yn. "Saya pergi dulu." Yn menuju ke pintu masuk.

Langkah Yn terhenti. "By the way. Apa nama awak?" Yn menanyakan soalan sambil memberi senyuman manis.

Lelaki itu senyum lebar apabila mendengar Yn menanyakan nama dia.

"Jung hyun." senyuman yang terukir di wajah lelaki itu cukup membuat Yn percaya kepadanya.

"Ouh okay. And don't forget to call me. At 9pm." Yn berikan kata-kata terakhir lalu masuk ke dalam bangunan.

Jung hyun tidak berganjak dari tempat dan memerhati Yn sehingga hilang dari pandangannya.

Senyuman sinis terukir di wajah Jung hyun. "Of course aku tak akan lupa untuk call kau." Lelaki itu beri pandangan yang seram sekali.

Sebelum Jung hyun pergi dari situ, dia pandang sekilas bangunan ASC.

Lagi sekali senyuman yang lebar terukir "GAME START" Jung hyun pergi dari situ sambil mengibas kad yang diberi oleh Yn sebentar tadi.

To be continued

AGENT LOVE (THE END)Where stories live. Discover now