009

36 6 0
                                    

"Kalau aku tahu lah macam ni si Minho tu buat macam tu, dah lama aku- haish sabar je lah" Irene mengenggam tangannya. Y/n tergelak melihat kelakuan ex housemate nya itu.

"Tak boleh salahkan Minho. Apa yang Minho cakap ada betulnya juga. Aku bukan nak sokong sesiapa sekarang. Tapi aku cakap benda yang betul. Aku tak nak masuk campur hal rumah tangga kau Y/n, tapi bila part macam ni aku kena masuk campur." El ke depankan badannya.

"Dalam keadaan macam ni, seorang kena jadi air, kalau seorang itu dah jadi api. Kau sebagai isteri kenalah hormat suami kau. Dah lama aku cakap. Soal menjadi isteri dan ibu dengan menjadi teman wanita ni lain caranya. Aku malas nak cakap lebih-lebih sebab kau dah tua dah boleh fikir." El diam seketika sebelum sambung.

"Dah sekarang ni. Kau nak tidur sini ke tidur sana ke tidur dalam hutan ke, aku tak nak ambil tahu yang aku tahu jangan merajuk lama-lama takut nanti menyesal. Aku tidur dulu" El bangun lalu bergerak ke biliknya.

"Hmm.. Aku rasa apa yang El cakap tu betul. Better kau balik. And minta maaf dengan dia. Maybe semua akan jadi baik semula? Kalau kau cintakan dia, sayangkan dia, kau tak akan tinggalkan dia, biar dia duduk rumah seorang. Okay?" Irene pegang tangan Y/n.

Y/n angguk sambil senyuman di wajah. "Aku pergi dulu." Y/n peluk sahabatnya lalu bergerak ke rumahnya.

Rumah

Y/n buka pintu bilik. Tiada bayangan suaminya. Y/n pergi ke bilik anaknya jikalau suaminya ada di dalam.

Y/n tersenyum apabila melihat Minho sedang usap kepala Jieun. Dia ingin tegur untuk meminta maaf, tapi tidak tahu apa yang halangnya dari meminta maaf.

Mungkin perasaan malu? Perasaan takut dengan keadilan? Y/n masuk balik ke dalam biliknya dengan perasaan serba salah.

Belum sempat Y/n ingin tutup mata, terdengar bunyi pintu di tutup. Y/n berpura-pura yang dia sudah tidur. Dia ingin lihat apa yang Minho akan lakukan.

Minho duduk sebelah Y/n dengan perasaan serba salah apa yang dia lakukan. Tangannya ingin mengusap kepala isterinya tetapi ada sesuatu yang menghalang.

Jadi dia tarik balik tangannya, lalu baring menghadap ke lampu tidur di sebelah kanannya. Dan Y/n menghadap ke kiri.

Y/n kecewa kerana dia tertunggu apa yang Minho akan lakukan. Tapi satu apa pun tidak. Jadi dia pusingkan badannya dan wajahnya menhadap belakang badan Minho.

"Saya minta maaf. Saya tahu semua ni salah saya. Saya tahu yang saya ni suka buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan awak. Saya tahu yang saya tak dapat menjadi isterinya baik, ibu yang baik. Saya tahu yang saya ni terlalu sibuk dengan kerja. Saya tahu-" ayat Y/n terhenti apabila Minho memusingkan badannya menghadap Y/n dan meletakkan satu jari di bibirnya.

"Saya tak nak dengar semua tu. Yang saya tahu awak selamat. Awak tahu tak saya risau bila awak keluar rumah tadi sampai saya tak boleh tidur. Saya jaga Jieun sampai lah tadi. Saya pun nak minta maaf sebab saya naik tangan. Lain kali bincang dengan saya sebab saya suami awak bukan boyfriend awak. Faham?" Minho cakap sambil usap pipi kiri Y/n.

Y/n angguk sambil senyum manis. Minho tarik isterinya untuk masuk ke dalam pelukannya.

Keesokan pagi

Y/n dan Minho masih dibuai mimpi sambil memeluk antara satu sama lain.

Y/n buka matanya dengan perlahan. Dia memandang wajah suaminya yang kacak walaupun tengah tidur.

Senyuman terukir di wajah Y/n. Dia bersyukur yang dapat suami yang seperti ini. "Hey.. Good morning.." Minho cakap dengan mata tertutup lalu senyum.

AGENT LOVE (THE END)Where stories live. Discover now