007

38 6 0
                                    

Yn bersiap untuk keluar berjumpa dengan lelaki yang minta kerja dengan dia.

"Awak? Awak nak pergi mana malam-malam buta ni?" Minho tegur isterinya yang baru ambil kunci motor.

"Nak jumpa El kejap" Yn terpaksa tipu suaminya sebab dia tahu kalau jawapan yang dia beri tak munasabah Minho tak akan bagi dia keluar malam-malam buta.

"Ouh. Be careful." Minho beredar dari situ menuju ke dapur.

Yn keluar dari rumah lalu menuju ke destinasi yang telah dia bincang dengan orang yang ingin dia berjumpa.

Cafe

Yn masuk ke dalam sebuah cafe yang telah dia janji untuk bertemu dengan lelaki itu.

Dia sudah nampak lelaki itu sebaik dia masuk ke dalam cafe. Yn menuju ke lelaki yang bernama Jung hyun.

"Lama ke sampai?" Yn tanya sebaik sahaja mengambil tempat duduk di hadapan Jung hyun.

"Baru je." Jung hyun senyum sambil memandang wajah Yn. "Saya tak nak lama-lama dekat sini. Jadi, saya dah fikir masak-masak yang saya ada kerja untuk awak" balas Yn membuat mata Jung hyun terbeliak.

"Serious? Erm.. Kerja apa?" Jung hyun tanya dengan gembiranya. "Jadi bodyguard saya dan driver saya." Yn peluk tubuh.

"Tapi.. Kalau cik.. Yn nak saya pakai suit hitam tu semua-" belum sempat Jung hyun habiskan ayatnya, Yn potong. "Tak apa,itu saya yang tanggung." senyuman Yn terukir di wajahnya diikuti Jung hyun.

"Terima kasih sangat cik Yn." Sebaik sahaja Jung hyun habiskan ayatnya, Yn tegakkan jari telunjuk tangan kanan. "One more thing, Tak payah panggil saya cik bagai. Rasa kekok pula. Just call me Yn." kembali peluk tubuhnya.

Jung hyun senyum "baiklah." Yn lihat jam di tangannya sudah menunjuk jam 11 malam.

"Saya pergi dulu. Awak mula kerja pada hari esok. Pukul 1 tengah hari tunggu depan bangunan yang kita terserempak hari itu. Selamat malam" Yn bangun lalu beredar cepat dari situ.

Rumah

Yn tutup pintu rumah dengan perlahan supaya tidak menganggu suami dan anaknya terjaga dari tidur.
"Lambat balik" perbuatan Yn terhenti sebaik mendengar suara yang menegurnya.

Yn melepaskan tombol pintu itu dengan perlahan. Dia menarik nafas sebelum memusing badannya.

Sebaik sahaja Yn memusing badannya, kelibat Minho yang sedang duduk atas sofa solo memandangnya dalam suasana tanpa lampu.

"Arh.. El tadi dia tersesat time nak pergi cafe." Yn tersenyum sendiri sambil mengaru kepala yang tidak gatal itu.

"Ouh. Sesat. Dah jom tidur." Minho bangun dari sofa menuju ke tangga. Yn masih lagi tercegat depan pintu sambil melepaskan nafasnya. Nasib tidak kantoi.

"Tunggu apa? Tunggu matahari terbit baru tidur?" itulah Minho kalau dia tengah marah. Yn menganggukkan kepala walaupun Minho tak memandangnya.

Yn naik tangga dengan cepat.

'Aduh.. Macam mana ni.. Minho merajuk lah pula..' detik hati Yn sambil menuju ke dalam bilik tidur.

Sebaik sahaja dia habis membersihkan dirinya, dia lihat Minho sudah baring tapi belakang badannya menghadap ke arah Yn.

Yn hanya mengeluh sahaja kerana dia tahu itu salah dia sebab lambat balik, keluar malam, tidak bagitahu dia awal-awal sebelum keluar.

Yn tidur menghadap belakang badan Minho. Yn peluk suaminya sebelum menutup mata tetapi Minho menolak tangan isterinya dari memeluk tubuhnya.

Yn terdiam dengan perbuatan Minho ini kali pertama Minho merajuk selalunya dia yang merajuk ini terbalik pula.

Keesokan hari

Yn bangun dari mimpi kelibat Minho tiada di sebelahnya. "Dekat bawah kot" Yn bangun dari katil lalu menuju ke bilik mandi.

Sebaik sahaja Yn habis siapkan diri,lalu turun ke bawah untuk sarapan.

Yn cari kelibat Minho di ruang makan, dapur, ruang tamu tiada. Kemudian Yn lihat ke tingkap sama ada kereta Minho masih ada atau pun tidak.

Tiada.

"Hmm.. Dia dah pergi.. Tulah kau Yn tak bagitahu dia awal-awal yang kau nak keluar malam tu, ni nasibnya." Yn cakap sambil menuju ke dapur.

ASC

Yn masuk ke dalam bilik pejabat lalu letak beg sandangnya dia atas meja. Dia ambil file untuk beri kepada hacker.

Sebaik sahaja sampai di tingkat hacker, Yn terus jumpa dengan El.

"El. Cari maklumat tentang misi ni." Yn hulur file yang dia bawa ke hulu ke hilir tadi. "Ouh okay." El ambil file itu dari tangan Yn.

Belum sempat Yn pergi dari situ, "kau ada keluar ke semalam?" El tanya. "Huh?" Yn pandang El yang dari tadi pandang komputer.

"Semalam punya malam kau ada keluar ke?" El ulang soalan. "Arh.. Kalau ada,kenapa?" Yn tanya semula.

El diam. "Minho tanya kau? Yang semalam aku keluar dengan kau?" Yn tanya lagi. Dan soalan ini buat El jawab.

"Yes. Aku tak tahu pula yang kau guna nama aku untuk keluar time malam." El jawab. Yn mengeluh sebelum balas.
"Aku ada jumpa orang. Someone ni dia minta kerja. Jadi aku nak keluar and aku lupa nak bagitahu Minho yang aku nak keluar pukul 9. And kalau aku tak guna nama kau mesti Minho tak bagi. So.. Yeah.. " Yn jelaskan kenapa.

"And dia tak percaya pastu dia datang awal tak sarapan, tanya aku pasal kau, and bila aku terus terang, muka dia terus berubah. Kau rasa apa perasaan dia?" El pandang wajah sahabat intimnya.

Yn tutup mukanya dengan muka. "Aku pergi dulu." Yn tolak rambutnya ke belakang. "And. Thank you." Yn keluar dari bilik El.

"Haih.. Yn.. Yn.." El sambung buat kerjanya.

Sebaik sahaja Yn tutup pintu bilik El, mata Yn bertembung dengan mata Minho. Mereka bertatap tak sampai 10 saat, Minho patah balik ke arah lift.
Yn kejar suaminya. "Awak. Tunggu." Yn tarik tangan Minho sebelum Minho masuk ke dalam lift.

Minho tarik tangannya dengan kasar. "Kalau awak nak cakap pasal rumah tangga kita, cakap dekat rumah. Ni tempat kerja be profesional sikit." Minho cakap dengan tegasnya.

Yn gigit bibir sebelum cakap. "I don't care. I'm really sorry. Okay saya tahu ni salah saya." Yn pegang pipi Minho.

"Look at me" Minho pandang mata isterinya. "I'm sorry. Kalau awak nak cakap yang saya curang, no. You the only one I love. Eh tak. Second. Jieun first." kata-kata Yn itu mampu membuat Minho tergelak.

"Yes.. That's my boy" Minho pegang kedua-dua tangan isterinya. "Promise me. Jangan buat lagi macam tu" Minho cakap. "Okay dear." Yn senyum lebar.

Seseorang berdeham. Dan itu membuat Yn dan Minho betulkan baju sendiri untuk menjadi profesional.

"Fikir sweet? Nak sweet sangat dekat rumah. Ni ASC. Tegas. Be profesional sikit. Agent 000. Dan Agent 001." Han berdiri antara Yn dengan Minho.

"Tahu lah jealous." Minho cakap perlahan. "Aku belum pekak lagi." Han cakap sambil pandang depan. Minho pandang Han dengan muka pelik. Yn tahan gelak dengan perangai mereka berdua.

"Kau diam." Minho cakap dekat Han. "Betullah apa yang Han cakap tu." Felix yang dari mana pun tak tahu masuk campur.

"Lambat pula lift ni." Yn pergi naik tangga. "Hey! Dia lari pula." Minho pandang ke arah tangga. "Apa pandang-pandang ada hutang?" Minho betulkan rambutnya lalu masuk ke dalam lift.

Belum sempat Han dan Felix masuk, Minho dah tutup pintu. "Woi! Kurang ajar punya bapa budak. Minho!!" mereka berdua jerit serentak di luar lift.

"Padan muka kenakan aku lagi kan" Minho senyum sinis.

To be continued

AGENT LOVE (THE END)Where stories live. Discover now