012

47 5 0
                                    

Bilik pejabat

Y/n buka pintu bilik dengan lemahnya diikutkan Minho tak bagi dia pergi kerja sebab pregnant sick teruk sangat pagi tadi.

Macam biasalah Y/n kan degil orangnya. Minho pun terpaksa menyerah kalah.

Y/n duduk di kerusinya. Dia agak bosan apabila dia dah settlekan kerjanya lebih awal. Y/n bangun dari kerusi lalu pusing di sekeliling bilik.

Selama dia masuk dalam bilik ini, belum pernah dia sentuh atau tengok benda yang ada dalam bilik itu dengan lebih dekat.

Y/n sentuh satu patung hiasan yang berbentuk kunci berwarna emas yang terletak di dinding belakang mejanya. Dia sengaja pusingkan kunci itu ke kiri.

Tanpa dia sedar, lantai yang dia berdiri tadi,turun dengan perlahan. Terbeliak mata Y/n apabila kejadian ini berlaku depan matanya.

Y/n lihat ke atas jauh dari biliknya. "Apa benda ni?" Y/n mula panik. Mana taknya dalam hidupnya tak pernah lagi jadi kejadian seperti ini.

Lantai itu berhenti di tempat yang penuh dengan kaca. Y/n turun dari lantai itu ke atas kaca. Dia melihat ke arah bawah, pantulan dirinya.

Y/n ternampak satu pintu di kiri, kanan, depan dan belakang. Hatinya menyuruh dia menuju ke depan. Jadi dia buat keputusan masuk ke dalam bilik dihadapannya.

Y/n buka dengan perlahan-lahan. Dia tengok disekeliling bilik itu. Penuh dengan surat khabar yang ditampal di dinding.

Y/n lihat semua surat khabar itu dengan satu persatu. Tetapi hanya ada satu sahaja yang menarik perhatian Y/n.

3 ahli keluarga yang terlibat dengan menjual senjata api yang paling berbahaya dapat dibunuh oleh 2 orang agent.

Terdapat 3 gambar yang menjual senjata api. Seorang perempuan mungkin berusia 30-an,seorang lelaki berusia 30-an juga dan seorang lelaki remaja berusia belasan.

Lelaki yang berusia belasan itu mempunyai muka yang sama dengan Jung hyun.

"Sama tak semestinya ada kena mengena" Y/n keluar dari bilik itu, lalu dia masuk ke bilik sebelah kiri dia sekarang.

Apabila Y/n masuk ke dalam bilik, penuh dengan gambar seperti hargai. Y/n dengan muka berkedut, pergi ke satu gambar yang buat dia tertanya-tanya.

Gambar ibunya yang dengan riak wajah serious. Betul-betul menujukkan sisi seorang agent.

"1987-2007? Apa maksud ni?" selama Y/n hidup dia tidak pernah tahu ibunya kerja apa dan sebagainya. Yang dia tahu ibunya hanya memakai pakaian hitam setiap pagi.

"Tak akan.. Mama.. Agent?" Y/n lihat sekeliling. Ingatan Y/n kembali.

Flashback~

"Mama! Ni apa?" Y/n tanya sambil memegang satu benda yang boleh bunuh orang.

"Eh! Sayang! Jangan pegang pistol tu! Bahaya lah!" Ibu Y/n tarik pistol itu dari tangan Y/n dengan cepat lalu simpan di dalam almari.

"Itu apa ma.." Y/n merengek untuk mengetahui benda berbahaya itu. "Itu pistol. Y/n tak boleh sentuh barang yang pelik dalam rumah ni. Faham?" Ibu Y/n pegang kedua belah bahu Y/n.

"Faham" Y/n jawab dengan sedih kerana dia tidak dapat mengguna benda yang berbahaya itu.

End flashback~

Satu titisan air mata Y/n jatuh ke atas pipi kanan. Y/n lihat gambar ibunya sambil menggelengkan kepala kerana dia tidak percaya ibunya seorang agent.

Tanpa membuang masa, Y/n keluar dari bilik itu. Dia kena kuatkan semangat untuk siasat ruang rahsia ini.

Y/n toleh ke kiri, pintu bilik itu terbuka sedikit. Dia tidak perasan pula tadi. Dengan rasa ingin tahu, Y/n masuk ke dalam bilik itu.

Bilik itu ada satu potrait seorang lelaki yang besar. Y/n baru nak lihat potrait itu dengan dekat, terdengar bunyi ketuk di atas.

Dengan pantas, Y/n keluar dari bilik itu tanpa tutup semula. Dia kembali naik ke atas dengan kelam kabut.

"Y/n? Y/n?" El ketuk pintu banyak kali. Tak lama selepas itu, baru pintu buka.
"Kau tahu tak tangan aku dah lenguh asyik ketuk je memanjang" El membebel sambil menuju ke meja.

"Ouh! Aku dengar lagu tadi. Sorry"
Y/n lap air matanya lalu menghadap ke arah El.

"Whatever. Ni Han ada mesej untuk kau" Y/n ambil Ipad yang dihulurkan oleh El.

Video dimainkan

"Maaf sebab aku tak cakap dengan kau face to face tapi, aku nak bagitahu yang budak-budak yang kena culik tu sudah dilepaskan sejak 3 hari yang lepas. Diorang selamat. Aku dekat busan untuk cari jejak penculik tu. Aku kena pergi. Bye!"

Han matikan video itu dengan kelam kabut. Dahi di wajah Y/n berkedut sejuta.

"Budak-budak yang kena culik tu dah dilepaskan macam itu sahaja?" Y/n tanya El yang tengah berdiri dihadapannya.

El anggukkan kepala. "Tengok ni" El slide skrin di Ipad. Kemudian video dimainkan.

"Kanak-kanak yang diberi laporan diculik oleh pengganas dilepaskan begitu sahaja. Kanak-kanak itu masih selamat tiada sebarang kecederaan yang berlaku. Dan pihak polis masih mencari dimana lokasi pengganas itu berada. Sekian daripada ini-"

Y/n pause video. "Pelik. Tak pernah berlaku macam ni" Y/n beri Ipad itu kepada El. "Ada yang tak kena." Y/n meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja.

"Suruh Han balik sekarang" Y/n duduk di kerusinya dengan perasaan musykil.

"Tapi-" Belum sempat El habiskam ayatnya, "NOW!" Y/n tinggikan suaranya. "Okay." El keluar dari bilik itu dengan lajunya.

"Kenapa aku rasa orang yang culik budak-budak ni, orang yang sama bunuh abang aku?" Y/n tanya pada diri sendiri.

Y/n lihat sekeliling dan dia baru teringat akan komputer khas. Dia buka komputer khas itu dengan perlahan.

Satu kejutan yang diberikan kepada Y/n apabila melihat satu wajah di skrin. "Kau ingat aku bodoh? Huh?" senyuman sinis terukir di wajah Y/n.

To be continued

AGENT LOVE (THE END)Where stories live. Discover now