017

45 5 0
                                    

Y/n sedar dari lenanya. Hatinya terluka apabila ingat kembali kejadian semalam.

Dia lihat suaminya yang tengah tidur di sofa yang masih berbaju semalam. Dengan senyap, air mata Y/n mengalir dengan perlahan.

Y/n tidak tahu kenapa banyak sangat masalah yang dia perlu lalui. Apa salah dia sampai semuanya dia kena?

Dia pasti. Dia akan cari sesiapa yang buat hati dia sengsara, kecewa, merana dalam hidupnya. Dia bersumpah yang dia akan bunuh walau macam mana sekalipun pembunuh itu merayu, menangis air mata darah sekalipun.

Dia juga bersumpah yang dia tak akan biarkan hidupnya sengsara kerana dia. Dia bersumpah tiada siapa boleh sentuh orang yang dia sayang, cinta.

Air mata Y/n makin lama makin laju mengalir di pipi. Dia cuba untuk menenangkan dirinya supaya orang lain tidak perasan yang dia tengah nangis.

1 minggu berlalu~

"Y/n, makan lah.. Awak tak nak makan ubat ni dah seminggu dah. Macam mana nak-" ayat Minho terhenti.

"Aku tak sakit. Diri aku ni bukan bergantung pada ubat." kata Y/n sambil memandang tingkapnya.

"Please sayang.. Kalau awak tak boleh buat untuk saya, fikir pasal Jieun, family awak. Kesiankan lah si Jieun. Dia takut nak tegur maknya sendiri yang asyik termenung je luar tingkap." Minho cakap dengan cara baik.

Y/n diam tidak beri apa-apa respon. "Kalau awak, masih ada perasaan, hati...jangan fikir hati dan perasaan awak sahaja, orang lain pun ada hati dan perasaan." Minho letak ubat di meja tidur.

"Awak fikirlah sebaik mungkin. Orang yang tiada, tidak akan kembali. Dan orang yang hidup perlu teruskan hidup." Minho peluk Y/n dari belakang lalu ciumnya di pipi.

"I love you" Minho lepaskan Y/n lalu keluar dari bilik itu dengan perasaan sedih kerana sudah seminggu Y/n masih begitu, makan sedikit, minum sedikit, makan ubat tak nak, termenung banyak, muka sembab kerana setiap malam nangis.

"Aku nak keluar jap" Han ambil kunci kereta lalu memakai kasut sneaker di depan pintu.

"Aku tengok sejak akhir-akhir ni asyik keluar je kau pergi mana? Nak kata pergi rumah Minho tak pun." Felix cakap sambil makan cereal di meja makan.

Han berdiri depan pintu. "Suka hati aku lah nak keluar pergi mana... Bukannya aku bawa kereta kau pun" Han betulkan kasutnya yang agak tidak selesa.

"Tak arh. Kau kata sekejap tapi balik malam. Kau ingat rumah ni hotel ke?" Felix berhenti makan sambil memerhati Han.

Han gelak sedikit yang boleh buat Felix annoying. Han pusing badannya ke arah Felix.

"Rumah ni.. Aku punya, aku yang beli. Barang rumah ni asal dari aku. Suka hati nenek moyang aku nak buat ni hotel ke tak." Han tahan kemarahannya dengan Felix yang sengaja cari pasal.

"Ouh. Sekarang kau nak cakap yang kau tak ikhlas bagi kitaorang duduk sini. Kau nak cakap yang kitaorang ni hanya sedara kau je sebab tu, kau bagi kitaorang duduk sini? Macam tu?" Felix terus bangun kerana kemarahannya telah membara dalam dirinya.

"Aku tak cakap. Ada tak perkataan yang kau, cakap tadi keluar dari mulut aku? Ada? Tak ada kan? Yang kau nak kecoh kenapa? Aku keluar lama ke, sekejap ke suka hati lah." Han selak rambutnya ke belakang.

"Tapi! Cara kau cakap itu bermaksud macam tu! Aku tanya je kan tadi! Kau pergi mana?! Itu pun susah ke nak jawab?!" Felix sudah melepaskan kemarahannya kepada Han.

"Cara kau tanya macam aku ni keluar pergi kelab malam! Aku just bagitahu aku nak keluar at least, seorang dalam rumah ni tahu lah yang aku ni keluar.. Tak adalah tercari-cari macam orang bodoh" Han cekak pinggangnya.

"Hey! Hey! Apa ni bising-bising? Han? Felix?" Chan tanya yang baru turun dari biliknya.

"Tak ada apa arh" Han cakap. Dia malas nak keruhkan keadaan.

"Sedara bagus kau ni.. Tak ikhlas bagi kita duduk sini. Berkira! Aku pun ada duit lah nak beli rumah!" Felix jerit dari meja makan.

"Lagi bagus kau je keluar dari rumah ni. Mata aku ni. Sakit tengok kau! Aku tak ikhlas atau kau tu yang tak ikhlas terima kitaorang ni sebagai sedara kau sendiri?! Cermin diri tu sendiri kalau nak tegur orang! Nak kata dalam bilik tu tak ada cermin, tersusun pulak rambut tu" Han lepaskan kemarahannya. Cukuplah Felix tu menuduh dia bukan-bukan.

"Sudah! Sudah! Kau kenapa Han? Tiba-tiba je berubah lately ni? Benda boleh bincang dengan baikkan kenapa nak kena bertekak dekat sini?" Chan pandang Han lalu ke Felix.
"Aku berubah atau mamat tak sedar diri ni berubah? Kau kalau nak berambus dari rumah ni. Berambus. Sebab aku tak ada sedara yang tak pandai nak hargai jasa orang setelah apa yang berlaku sebelum ni." Han hempas pintu rumah dengan kuat sebaik sahaja keluarkan ayat perli kepada Felix.

"Felix-" Chan baru nak cakap dengan Felix, dia sudah pergi dari situ menuju ke tingkat atas.

Chan mengeluh. Dia tidak tahu apa yang berlaku sekarang ni. Sejak Y/n keluar dari hospital minggu lepas, hubungan antara Han dengan Felix semakin renggang.

"Sini perang mulut, sana merana... Apa lagi yang malapetaka datang ni?" Chan hanya mampu tanya pada diri sendiri sahaja.


AGENT LOVE (THE END)Where stories live. Discover now