014

36 6 0
                                    

Telefon Felix berdering. "Excuse me" Felix jauhkan diri dari El untuk jawab panggilan telefon itu.

Felix: kau nak apa lagi? *bisik*

??: hidup lagi ke minah tu?

Felix: aku tak suruh kau bunuh dia lahanat! Jung hyun. Aku tolong kau, kau tolong aku apa ni lari plan kita. Kau tahu tak?! *bisik*

Jung hyun: Siapa suruh diorang masuk kawasan aku. Nasib arh! Kalau dia mati, kau selamat. Sebab kau tak terkantoi. Kalau dia hidup. Bye bye.

Felix: aku tolong kau kan. Sampai aku bagitahu alamat office apa semua. Apa ni? Yang aku tahu aku tolong kau, kau tolong aku full stop. *bisik*

Felix matikan talian. Dada dia naik turun dari tadi kerana tahan marah.

"Haah. Saya dekat hospital Busan sekarang ni. Dengan Han, Felix, El. Okay. Bye." Y/n masukkan telefonnya ke dalam poket jaket.

"Y/n kau duduk lah. Jangan ke hulu ke hilir. Kau tu dah lah fasa pregnant sick" Han yang duduk di sofa tegur kawannya.

"Hmm.. Aku cuma terfikir. Apa punca semua ni berlaku. Kenapa aku rasa macam hidup aku ni tak tenang dari dulu lagi? Kenapa? Apa?" Muka Y/n mempunyai seribu kedut di dahi.

"Y/n. Please jangan fikir macam tu. Semua yang jadi pasti ada hikmahnya. Mungkin. Mula-mula kau susah, sedih banyak bala yang timpa dalam hidup kau. Mungkin lepas ni kau happy selamanya? We don't know right? So think positive" Han senyum.

"Okay." Y/n senyum sedih. Dia duduk di atas kerusi. "Nanti Minho dengan Chan dan Irene datang. Rahsia kan dulu pasal Felix. Kau tahu je lah mulut Chan tu. Nanti terlepas." Y/n pandang Yeri yang penuh dengan lebam, luka di wajah.

"Okay." Han anggukkan kepalanya lalu baring. Dia tutup matanya. Y/n juga makin lama matanya makin berat.

"Weh aku pergi cafeteria kejap. Nak kirim apa-apa ke?" El tanya. "Arh.. Tak ada." Felix geleng kepala.

El jalan dengan perlahan menuju ke lif yang berada di hujung jalan.

Dan dalam masa yang sama, Felix dapat mesej dari Jung hyun

Jung hyun

Bunuh Yeri tu sekarang kalau kau nak selamat.

Felix tergamam. Tapi dalam masa yang sama, dia terfikir betul juga apa yang Jung hyun cakap.

Felix ambil topeng muka separuh hospital di tepi singki lalu dia ambil pisau operate di ruang kakitangan hospital dengan senyap.

Dengan perlahan, Felix masuk dalam wad. Dia nampak Han dan Y/n tidur mungkin kerana keletihan.

Dia berdiri sebelah katil Yeri. "I'm sorry." Felix potong wayar drip lalu ambil bantal tutup muka Yeri.

Setelah beberapa minit, mesin berbunyi tit. Y/n terjaga dari tidur setelah dengar bunyi mesin.

Matanya terus terbeliak bila nampak kelibat lelaki di hadapannya. "Woi!"
Y/n bangun dengan cepat, lelaki itu baru nak larikan diri, Y/n dapat tangkap lelaki itu.

Secara tiba-tiba perutnya terasa sakit. Dia pegang perutnya, dan tapak tangannya penuh dengan darah.

Y/n lihat wajah lelaki itu. Mukanya agak terkejut dengan tanpa berasa salah, lelaki itu keluar dari wad.

Y/n jatuh ke atas lantai mengadu sakit. Han terbangun dari tidurnya. Dia lihat mesin yang berbunyi tit lalu ke arah Y/n.

"Y/n!" Han melutut di sebelah Y/n. "Tunggu kejap aku panggil nurse. Tahan" Han keluar dari wad dengan kelam kabut.

Dia datang semula dengan ada 2 orang nurse 1 doktor.

1 jam berlalu~

Han dari tadi berdoa supaya semuanya selamat tetapi Yeri tidak dapat diselamatkan.

Doktor keluar dari bilik wad pembedahan "doktor? Macam mana kawan saya?" Han tanya dengan wajah yang penuh dengan kerisauan.

"Kawan awak selamat tetapi. Anak di dalam kandungan tidak dapat selamatkan. Saya harap suami kepada kawan awak tabah dalam ujian ini. Saya pergi dulu" Doktor pergi dari situ dengan nurse peribadinya.

Han terduduk semula di kerusi menunggu. Dia merasa menyesal kerana dia tidur. Tadi dia penat sangat sampai tidur mati tidak tahu apa yang jadi sebenarnya.

Tapi rasa menyesal tidak guna apabila semuanya telah terjadi. Dia tidak dapat kenal pasti siapa yang bunuh Yeri dan tikam Y/n.

"Han!" Han dengan perlahan toleh ke kanan dia nampak Minho, Chan, Irene dan El. Seorang hilang Felix. Dia tiada bersama mereka. Han mula syak wasangka pada Felix.

"Yeri macam mana?" El cakap sambil tercungap-cungap keletihan. "Yeri.. Dah tak ada." Han cakap lalu tundukkan wajahnya.

"Kenapa kau dekat sini?" Minho tanya. "Y/n." Han jawab sepatah.

"Y/n? Kenapa dengan dia?" Minho tanya dengan wajah yang penuh kerisauan, tertanya-tanya. Han angkat mukanya.

"Aku tak tahu. Aku bangun dari tidur, nampak Y/n terbaring atas lantai kena tikam oleh siapa aku tak tahu. Pastu, aku tengok mesin nadi Yeri dah bunyi" Han cerita dengan ringkas.

"Anak aku macam mana?" Minho tanya dengan tak sabar sekali. Han diam seketika.

"Y/n selamat. Anak kau.. Tak dapat diselamatkan." Han tundukkan kepalanya.

"Aku nak jumpa isteri aku dengan pembunuh jahanam tu" Minho lari cari wad Y/n.

"Mana Felix?" Han tanya El. "Aku tak tahu ni pun aku baru balik dari cafe." El bagi air tin nescafe kepada Han.

"Tadi aku dengan yang lain sampai nampak Felix pergi tandas. Macam kelam kabut tak tahan lah kot" Chan buka jaketnya.

"Jom pergi wad Y/n." Chan letakkan tangan atas bahu kiri Han. El dan Irene jalan belakang mereka berdua.

"Arh! Bodoh!" Felix campak pisau operate ke dalam tong sampah. Tangannya penuh dengan darah yang keluar dari perut Y/n.

Telefon Felix berdering dan nama Jung hyun tertera.

Felix dengan malasnya jawab panggilan itu.

Felix: aku dah buat. Masalah sekarang ni. Aku tikam kawan aku Y/n. Kalau kandungan dia gugur. Aku salahkan kau.

Jung hyun: cop cop. Aku suruh kau, bunuh Yeri. Bukan bunuh Y/n. Apahal salahkan aku?

Felix: sebab kau suruh aku bunuh Yeri lah aku panik bila kantoi dengan Y/n tadi kau faham tak?!

Jung hyun: *gelak* siapa suruh kau panik bodoh. Sekarang ni dia ada nampak muka kau ke?

Felix: tak. Aku pakai topeng

Jung hyun: so, relax arh. Kalau kau tak reti cover, nasib.

Felix: dah lah.

Felix simpan telefon ke dalam poket seluarnya. Jantung Felix berdebar apa yang akan jadi.

Dia dengan cepat basuh tangannya. Air yang jatuh dari tangannya berwarna merah.

Felix basuh mukanya supaya segar dari apa yang berlaku. Dia lihat cermin.

"Ini bukan apa yang aku nak" tanpa membuang masa dia keluar dari tandas supaya mereka yang lain tidak syak apa-apa ke atasnya.

To be continued



AGENT LOVE (THE END)Where stories live. Discover now