015

36 6 0
                                    

Minho pegang tangan kanan Y/n dekat erat. Dia sedih kerana anak keduanya gugur. Tapi dia fikir positif mungkin apa yang jadi ni mungkin ada hikmahnya.

Satu tangan mengusap belakang badan Minho. "Sabar... Dan tabah apa yang akan berlaku nanti" Chan pandang keadaan Y/n yang tidur dengan tenang.

"Han. Kenapa dengan muka kau tu?" Chan tanya. "Ni. Aku kena perang dengan penjahat. Sampai Yeri kena koma. Then tadi aku baru tahu. Mesin bunyi aku tak tahu ape yang jadi. Hanya Y/n je tahu." Han duduk di sofa.

"Kau time tu tengah buat apa?" El masuk campur yang dari mana entah muncul.

"Aku penat sangat. Jadi aku tidur lah. Aku tidur mati. Then aku dengar bunyi mesin tengok2 Y/n dah pegang perut dia dekat lantai. Aku minta maaf sangat. Aku rasa menyesal. Tapi tak guna juga sebab semua dah jadi" Han selak rambutnya ke belakang.

"Aku faham. Kau baru je lepas berperang mesti penat jadi aku faham kau tidur tak sedar apa yang jadi." Minho cakap sambil senyum ke arah Han.

"Aku harap Y/n tabah lepas tahu apa berlaku dengan kandungannya." Irene silang kakinya.

Suasana senyap semula. Semua mata memerhati keadaan Y/n yang terbaring atas katil dengan wajah yang pucat lesu kerana kekurangan darah.

Telefon El berdering. "Ouh. Kejap"

"Haah. Okay." El simpan masukkan semula telefonnya ke dalam poket seluar.

"Siapa?" Han tanya. "Felix. Dia cari kita." El sandar badannya ke dinding.

Han angguk dengan perlahan. Mulutnya ringan nak bagitahu semua kecuali Felix. Tetapi dia dengan Y/n dah janji yang tak akan bagitahu sesiapa.

Han mengeluh. Dia tertunggu-tunggu apa yang akan jadi pada masa akan datang. Secara tiba-tiba dia teringat John.

Tidak tahu kenapa hatinya rasa yang John berada di sekeliling ni. Tapi dia teringat juga akan kubur John.

Kepala Han geleng dengan perlahan. Tanpa dia sedar, Minho perhatikan wajah Han yang kusyuk memikirkan sesuatu.

Minho ingin tanya tetapi dia buat keputusan untuk diam. Tak sampai beberapa saat, pintu dibuka dengan perlahan.

Felix datang ke arah katil. "Kenapa dengan Y/n? Kenapa semua orang duduk dalam bilik ni? Yeri macam mana?" banyak soalan yang keluar dari mulut Felix.

"Yeri dah tak ada. Y/n dia kena tikam dengan siapa yang jahanam tu." Minho cakap.

"Kandungan?" Felix tanya. "Gugur" Chan jawab sebab dia tahu Minho tak mampu nak jawab.

"Kau pergi mana tadi? Lama betul menghilang" Han tanya sambil tutup matanya. Dia rasa dikhianati bila lihat wajah Felix.

"A-aku pergi tandas." Felix tergagap-gagap pada mulanya.

Dan dalam masa yang sama, Y/n membuka matanya dengan perlahan. "Minho.. " itu perkataan yang keluar dari mulut Y/n.

"Sayang? Ye. Saya dekat sini. Nak air?" Minho usap kepala Y/n. Y/n anggukkan kepalanya.

Minho dengan cepat tuang air ke dalam cawan lalu menyuap air ke mulut Y/n.

Y/n cuba untuk duduk tetapi dia rasa sakit. "Ouch!" Y/n pegang perutnya. "Eh! Jangan bangun. Nanti jahitan terbuka. Baring balik" Minho tolak
Y/n dengan perlahan.

Chan cuba naikkan katil kepada posisi yang selesa. "Okay?" Chan tanya Y/n. Y/n anggukkan kepala.

Orang pertama yang Y/n pandang Felix. Felix elak dari bertembung eye contact.

"Baby macam mana?" Y/n toleh ke arah suaminya. Dia lihat Minho tengok orang lain soalannya tidak terjawab.

"Kenapa senyap?" dahi Y/n berkerut tandanya tidak faham apa yang tengah jadi sekarang ni. Dia lihat setiap wajah yang ada di sekelilingnya.

Sedih.

Y/n pandang wajah suaminya yang masih tidak jawab soalannya. "Awak jangan cakap.. Yang.. Anak kita.. " Y/n tidak dapat sambung ayatnya.

Minho pegang tangan isterinya dengan erat sekali. "Anak kita tak dapat diselamatkan sayang. Tabah sayang"

Sebaik sahaja dengar ayat itu keluar dari mulut Minho, setitis air mata Y/n jatuh ke pipi. Dan makin lama makin laju air mata keluar.

"No.. Tak.." Y/n gelengkan kepalanya. "Korang tipukan? Awak? Awak cakap dekat saya yang baby masih hidup lagi kan?" Y/n letakkan tapak tangannya di pipi kiri Minho.

Minho geleng kepalanya. "Anak kita dah tak ada. Please.. Jangan macam ni" Minho pegang tangan Y/n yang berada di pipinya.

"No! No no no! Anak aku hidup lagi! Han? Anak aku hidup lagi kan?" Y/n tanya Han yang berdiri di sebelah kiri katil.

Han hanya mampu gelengkan kepalanya. "Korang semua tipu?! Please someone tolong cakap yang anak aku hidup!!" Y/n tumbuk katil tu.

"Chan. Panggil doktor sekarang" Minho peluk isterinya untuk kawal tindakan Y/n. Chan anggukkan kepalanya selepas dengar arahan dari Minho.

"Awak tak sayang saya ke?!" Y/n pegang kepalanya. "Of course i love you.. Please.. Jangan macam ni" Minho masih memeluk isterinya.

"Then, kenapa tipu?! Siapa penyebab anak aku hilang?!" Tindakan Y/n tidak terkawal sekarang.

Chan kembali dengan doktor dan nurse di sisinya. "Pegang tangannya" Doktor suruh nurse tahan tangan Y/n dari lakukan apa-apa.

Doktor itu inject ubat tidur di urat
Y/n. Lama kelamaan Y/n menutupkan matanya. Minho hanya mampu mengeluh sahaja setelah apa yang jadi.

"Saya harap anda semua mampu mengawal dia. Dan berikan dia semangat. Dia sekarang dalam keadaan depress sebaik sahaja tahu kandungannya gugur. Itu normal. Mungkin dia mengambil masa 1,2 minggu untuk pulih. Paling lama, 1 bulan. Itu pun ikut kepada keadaannya. Dan jangan bagi dia stress. Saya pergi dulu" Doktor dan nurse keluar dari wad selepas memberi arahan kepada mereka.

Dada Han naik turun menahan kemarahannya ke atas Felix. Walaupum dia tidak nampak siapa yang buat semua ni, gerak hatinya berkata Felix.

Diikutkan hatinya dia nak tumbuk muka Felix. Tapi dia masih ingat kata-kata Y/n yang dia nak tengok permainan Felix dengan partner misterinya.

Sebelum kemarahan Han meluas, Han keluar dari wad ini tanpa melihat wajah sesiapa.

Minho duduk semula di sebelah isterinya. Dia betulkan rambut Y/n yang serabai kerana marah tadi.

Jantung Felix berdebar macam nak meletup selepas apa yang berlaku. Dia takut, yang dia akan ditangkap oleh sesiapa. Jadi dia buat poker face. Yang tidak boleh orang tahu.

Suasana sunyi.

"Erm.. Korang nak apa-apa tak? Aku boleh belikan" Chan hilangkan suasana sunyi.

"Boleh lah. Aku nak coffee" Irene duduk di sofa sebelah tingkap. "Tak apa." El geleng kepalanya.

"Kau?" Chan pandang Felix. "Aku ikut kau lah" Felix jawab. Chan anggukkan kepalanya.

"Minho?" Chan pegang bahu kanan Minho. "Tak apa" Minho cakap sambil pandang ke arah isterinya.

Chan dan Felix keluar dari wad untuk beli minuman dan makanan.

Tiba-tiba Minho buka mulut bertanya ke arah El. "Y/n dengan kau ada rahsiakan apa-apa ke?" Minho pandang ke arah El yang tengah berdiri dari tadi.

"Tak ada." El tak pandang mata Minho tapi dia pandang Y/n yang nyenyak tidur.

Ye. Dia dan Y/n sembunyi kan sesuatu dari Minho iaitu cari pembunuh yang bunuh Changbin. Itu pun atas kehendak Y/n untuk tidak memberi tahu suaminya.

Y/n terpaksa lakukan semua ni. Dia terpaksa berahsia dengan ramai orang kerana dia tahu di sekelilingnya ada orang yang tidak boleh dipercayai.Walaupun muka nampak baik tak semestinya dia baik.

To be continued

AGENT LOVE (THE END)Where stories live. Discover now