— ☁️
no one's pov
"Park Jeongwoo, cepatlah pilih perisa aiskrim tu!"
"Ish, sabarlah kejap." Jeongwoo masih buntu memikirkan perisa aiskrim yang mana patut dia beli.
"Won, oreo ke salted caramel?"
"Cookie dough." Jiwon menjawab malas. Kembarnya itu buang tebiat agaknya mahu mencuba perisa lain.
Selama ini, mereka memang sukakan aiskrim perisa cookie dough saja. Jaranglah mereka memilih perisa yang lain.
Jeongwoo buat muka cemberut. Apalah kembarnya ini, tidak membantu langsung. Dia ingin menukar selera hari ini.
Dia memandang kembali pelbagai pilihan aiskrim di depannya.
"Strawberry sorbet ke rocky road?" Jeongwoo bertanya lagi.
"Park Jeongwoo! Kau—"
"Ehehe, cookie dough satu!" Jeongwoo berkata. Terus tidak jadi mahu tukar selera.
Jiwon menarik pipi Jeongwoo dengan perasaan geram. "Kalau ajak makan aiskrim, tak sah kalau tak sejam pilih perisa. Heish!"
"Sorry Won, sorry! Adududu, sakit! Sakit!" Jeongwoo cuba menahan tangan kembarnya. Dia rasa kembarnya ini ada keturunan ketam.
"Cik, aiskrim cookie dough dua." Penjual aiskrim tersebut menghulur dua batang kon aiskrim.
Jari Jiwon melepaskan pipi Jeongwoo. "Terima kasih!" Dia berkata sambil tersenyum. Dia menyambut huluran penjual aiskrim itu.
"Nah," Jiwon menghulur aiskrim tersebut pada Jeongwoo.
"Kau buat lagi perangai tak tetap pendirian macam ni, aku tonyoh aiskrim ni dekat muka kau." Jiwon mengugut.
"Eleh, haritu pun dia cakap benda yang sama." Jeongwoo membisik perlahan.
Yalah, tidak pernah lagi orang bisik kuat-kuat.
"Jeongwoo, jom balik. Panaslah cuaca harini." Jiwon mengelap peluh di dahi.
Sudahlah dia lupa bawa kipas tangan elektriknya itu. Lagipun, dia belum cas bateri kipas itu.
Jeongwoo menyeluk poket beg sekolah sebelum menghulur sepaket tisu. "Nah."
"Aww, ingat sweetlah ni?" Jiwon mengusap kepala Jeongwoo. Dia tersenyum lega.
Yeay! Tak adalah rambut aku melekat dekat muka.
"Eh, kau kena bersyukur eh dapat kembar yang gentleman macam aku." Jeongwoo berkata bangga.
"Ya Tuhan, terima kasih ke atas nikmatMu yang telah mengurniakan aku kembar yang gentleman—"
"Baik, pandai, smart, handsome, soleh—" Jeongwoo menambah.
"Dah, dah. Tak payah lebih." Jiwon menolak pipi Jeongwoo. Jeongwoo ketawa.
Jiwon mula melangkah meninggalkan kedai aiskrim tersebut. Jeongwoo mengikut dari belakang.
Mereka berjalan ke rumah sambil menikmati angin petang musim panas.
Buk!
"Akh!" Aiskrim yang berbaki separuh dari tangan Jiwon terlepas.
Ya, Park Jiwon jatuh buat sekian kalinya.
"Jiwon!" Jeongwoo membantu kembarnya bangun dengan sebelah tangan.
Yalah, sebelah tangan tadi pegang aiskrim.
"Jeongwoo, aiskrim aku..." Jiwon mencebik. Dia memandang sayu aiskrimnya yang mula mencair di atas tanah.
Jeongwoo memandang aiskrim kembarnya yang jatuh dengan sayu.
"Tak apalah, kau kongsi dengan aku sajalah."
Jiwon memandang Jeongwoo. "Tak apa ke?"
Jeongwoo mengangkat bahu tanda tidak kisah. "Macam tak biasa pula."
Jiwon tersenyum. "Terima kasih, sayang!"
Dua beradik tersebut berjalan balik ke rumah sambil berkongsi satu kon aiskrim.
— ☁️
- short update gois!

ANDA SEDANG MEMBACA
𝙘 𝙡 𝙪 𝙢 𝙨 𝙮 + 𝙠 𝙙 𝙮
Teen Fiction❛❛ eh, kau dah kenapa? kau suka dia ke? ❜❜ | warning ⚠︎ : this is treasure doyoung not nct doyoung, check before you read :) | status : [ edited and hiatus ]